Special bab khas untuk semua readers n supporters LYMAB.
^^"Baby!! Cepat siap. Dah lambat ni." Laung Farhah daripada bawah.
"Okay ma. Dah siap dah ni." sahut seorang kanak-kanak kecil yang baru turun dari tingkat atas bersama senyuman lebar. Rambutnya diikat tocang dua.
Farhah memimpin tangan kanak-kanak tersebut menuju ke meja makan yang terhidang dengan semangkuk nasi goreng dan seteko milo. Kanak-kanak itu didudukkan di kerusi meja makan besebelahan dengan kerusi utama. Nasi goreng dicedok sedikit lalu diletakkan di atas pinggan di hadapan kanak-kanak itu.
"Makan elok-elok. Mama nak naik sekejap tengok papa okay." pesan Farhah sebelum bergegas naik ke tingkat 2.
"Abang tak siap lagi ke?" soal Farhah tatkala terlihat Fiqri yang sedang membetulkan tali leher di hadapan cermin meja solek.
"Sekejap la sayang. Nak betulkan tali leher ni." jawab Fiqri.
Farhah mendekati Fiqri lalu berdiri berhadapan dengan Fiqri. Tangannya mencapai tali leher Fiqri lalu dibetulkan.
Tangan Fiqri pantas memeluk pinggang Farhah. Matanya meneliti raut wajah Farhah yang leka membetulkan tali lehernya. Matanya terhenti pada bibir Farhah. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Farhah.
Farhah yang sedar wajah Fiqri makin mendekat pantas mencubit perut Fiqri.
"Auchhh sakit la sayang" adu Fiqri sambil menggosok perutnya. Pasti merah kerana cubitan Farhah agak berbisa.
"Mengada eh. Dah cepat turun. Nanti lambat nak pergi kerja. Nak hantar baby lagi." arah Farhah sambil berjalan menjauhi Fiqri lalu turun ke bawah.
Fiqri tersengih sendirian sebelum mencapai beg kerjanya dan berjalan pantas mengejar Farhah.
"Morning Sarah." Ucap Fiqri kepada kanak-kanak yang berada di meja makan itu yang dipanggil Sarah. Fiqri mencium kepala kanak-kanak yang dipanggil Sarah itu sebelum duduk
Sarah Faqihah. Puteri sulung Farhah dan Fiqri yang kini berusia 5 tahun. Fiqri menamakan puteri sulung mereka dengan nama Sarah Faqihah atas persetujuan Farhah juga. Sarah bermaksud nama isteri nabi Ibrahim dan Faqihah pula bermaksud bijaksana.
"Morning too pa" balas Sarah. Dia membalas kembali ciuman papanya dengan mencium kedua pipi Fiqri.
"Abang nak makan apa? Roti ke nasi goreng?" soal Farhah sambil mengambil tempat di sebelah Fiqri.
"Nasi goreng." jawab Fiqri.
Farhah menyendukkan nasi goreng lalu diletakkan di atas pinggan Fiqri.
*****
Fiqri memberhentikan keretanya di tepi jalan sebelum mematikan enjin. Dia keluar dari kereta dan berjalan melepasi beberapa kubur sebelum berhenti di kubur Qaisara. Dia duduk mencangkung di tepi kubur Qaisara. Alfatihah disedekahkan buat arwah Qaisara.
"Assalamualaikum adik abang. Adik okay je kan dekat sana? Adik... abang rindu adik sangat-sangat.Rindu nak adik suapkan abang keropok lekor, rindu nak jalan sesama, rindu semua kenangan kita berdua. Kenapa adik tinggal abang cepat sangat? Adik tahukan abang sayang adik. Haihh. Sekarang Sarah 5 tahun. Dah 6 tahun adik tinggalkan abang. Abang hilang adik yang paling abang sayang walaupun adik cuma adik angkat abang. Thanks sebab sudi jadi tunang abang dulu. Okay la dik, nanti abang datang lagi. Abang pergi dulu. Assalamualaikum"
Fiqri mengesat air matanya yang mengalir sebelum beredar dari situ.
*****
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...