Bab 24

2.3K 74 0
                                    

Seorang pelajar perempuan beruniform sekolah bewarna biru sedang duduk bersendirian di salah sebuah kerusi yang terdapat di taman herba tersebut. Matanya ralit memerhatikan sekeliling sambil mulutnya mengunyah biskut oat crunch dark chocolate. Sesekali dia mengerling jam yang terdapat di pergelangan tanggan kirinya. Tanpa disedari, seorang lagi pelajar perempuan yang beruniform sama dengannya mendekati.

"Farhah" sergah pelajar perempuan yang baru tiba dari belakang. 

Pelajar yang digelar Farhah hanya mempamerkan riak terkejut.

"Kau kenapa terkejutkan aku, Ain?" soal Farhah kepada Ain.

"Saje. Tadi aku ternampak kau duduk sorang dekat sini. Tu yang aku datang sergah. Kau buat apa dekat sini? Tak bertugas ke?" soal Ain kembali.

"Jap lagi. Nak tak? Dah kenyang la." Farhah menghulurkan bungkusan biskut yang berlebihan kepada Ain.

Ain menyambut baik bungkusan tersebut. Sememangnya dia tidak akan menolak jika kawan- kawannya memberikan makanan.

"Kau dengan Fiqri macam mana? Okay tak?" Mulut Ain yang sedang mengunyah petah bertanya.

"Kau ni. Lain kali habiskan kunyah tu dulu baru cakap. Merecik hawau kau tau tak." Marah Farhah. 

Ain hanya tersenyum malu. 

"Aku dengan dia okay je. Dia baik, peramah, caring, selalu tanya khabar aku and dia sayang aku sangat. Dia ada cerita yang dia ade sorang adik angkat nama Qaisara dekat SMK Fantasia. Comel budak tu aku tengok. Umur dia 16. Fiqri kenal dia masa Qaisara datang latihan bola tampar dekat sekolah dia. Ada sekali dua Qaisara tu chat aku." terang Farhah panjang lebar.

"Kau tak cemburu ke?" soal Ain hairan.

"Buat ape nak cemburu?" soal Farhah kembali.

"Mana tau Fiqri sayang Qaisara lebih." provok Ain.

"Tak de lah. Dia pernah kata yang dia sayang Qaisara sebagai adik je. Aku tengok Qaisara tu baik je. Sekarang pun dia makin rapat ngan aku. Lagipun tak de masa la nak cemburu cemburu ni. Buang masa je." balas Farhah dengan senyuman. Sememangnya dia tidak kesah tentang Qaisara. Dia pun sudah menganggap Qaisara macam adiknya sendiri. Farhah bangun dari duduknya.

"Ok la. Aku gerak dulu. Nak pergi tempat bertugas. Bye Ain." ucap Farhah lalu meninggalkan Ain keseorangan di taman herba dan bergerak ke tangga pejabat iaitu tempat bertugasnya.

^^

this chapter just psl farhah. Baiknya Farhah.

sorry x update smlm.

mcm biasa, abaikan segala atok nenek typo di atas.(kalau ada)

esk update lgi..nk blik kg plk.. 

byee

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now