Bab 2

5.5K 150 0
                                    

Selepas balik dari sekolah, Qaisara segera bersiap untuk pergi latihan bola tampar di Sekolah Bestari Widad (SBW).

SBW merupakan sekolah berasrama penuh lelaki. SBW berdekatan dengan SMKF. Hanya beberapa kilometer sahaja. Bancik menyuruh para pemain SMKF training di SBW. Training dengan budak bola tampar SBW. Sambil-sambil tu dapat la Qaisara cuci mata tengok budak-budak hensem dekat SBW.

Flashback

Qaisara membuka telefon bimbitnya sambil berbaring di atas katil. Dia membuka notification terlebih dahulu. 250 massage from 4 chats. 'Haihh banyaknya. Sapa la yang chat aku ni' keluh Qaisara. Dia segera membuka aplikasi Whatsapp. Chat paling atas sekali ialah dari group FVC VC diikuti dengan chat dari group 4Berlian Members, 4 Berlian dan Eiman Amierul. Chat dari group  FVC dibuka terlebih dahulu.

FVC

BANCIK- esok dtg SBW blh? Training dkt sne

ARIANA- SBW? Ape tu

NAJID- Sekolah Bestari Widad la.

ARIANA- Ouh boleh je. Pukul brp?

BANCIK- 4.30 smpai 6.30 blh?

MIRA- Boleh

HAIRUL- Boleh

NAJID- Boleh

Boleh je

BANCIK- Okay good. jumpa esk

End Flashback

Qaisara menuruni tangga lalu mendekati mamanya.

"Ma, harini hantar Sara dekat SBW tau. Couch buat latihan dekat sana sekali friendly dengan SBW." Terang Qaisara yang lengkap berpakaian sukan. Dia hanya mengenakan jersy T90 bewarna merah dipadankan dengan tudung bawal bewarna hitam dan seluar track sports.

Mamanya hanya mengangguk lalu naik ke atas untuk bersiap.

*****

Sesampainya di SBW, Qaisara memerhatikan sekeliling dari dalam kereta. Sebelum keluar dia sempat berpesan kepada mamanya yang dia balik dengan Ariana. Qaisara terlihat Amirah yang sedang bermain telefon di atas motor miliknya kira-kira 6 meter dari tempat dia berdiri sekarang. Segera Qaisara berlari-lari anak menghampiri Amira.

"Hai kak." Sapa Qaisara sambil melambaikan tangan.

"Hai Q" balas Amira.

"Yang lain mana?" Soal Qaisara sambil memerhatikan sekelilig. Tidak seorang pemain bola tampar SMKF yang kelihatan.

"Diaorang tak sampai lagi. Ariana dekat toilet." Amira masih khusyuk bermain telefonnya.

"Ouhhh" Qaisara pun mengeluarkan telefon jenama Huawei Honor 4X kepunyaannya.

*****

"Semua budak Fantasia dah ada?" soal Bancik.

"Dah" Jawab Najid.

"Good. Sekarang Bancik nak kenalkan korang semua. SBW dulu." Kata Bancik. Selepas itu, Bancik memperkenalkan seorang demi seorang pemain SBW. Qaisara tidak memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh Bancik.Dia hanya memandang sahaja setiap pemain yang Bancik kenalkan.

"Okay sekarang Fantasia pula. Lelaki dulu eh. Leader Najid. Tu Hairul, Waled, Khairul, Ahmad and Adib. Perempuan pula Fiqa, Hafiza, Ecah, Mira Bad, Ariana, Zuhairah, Qaisara, Eisya dan Jiha. Semua dah kenal kan? So now jom turun court. Ehh jap. Apek mana?" Soal Bancik kepada pemain SBW.

"Dia baru bangun tidur. Sekejap lagi dia turun." Jawab salah sorang dari mereka.

"ouh okay. Jom." Bancik bangun lalu diikuti semua pemain SBW dan SMKF. Mereka menuju ke gelanggang bola tampar. Mereka menuruni anak tangga dengan berhati-hati kerana tangga yang menuju ke gelanggang bola tampar amat curam. Kira-kira 30 anak tangga yang mereka terpaksa turun.

Semasa menuruni anak tangga, Qaisara sempat memerhatikan sekeliling dari atas. Sebelah kanan gelanggang ada futsal. Depan gelanggang ada gelanggang takraw dan gelanggang bola tampar yang kedua. Ada padang softball dan juga rugbi.

Sesampainya di gelanggang bola tampar pertama, semua pemain memanaskan badan terlebih dahulu. Qaisara memerhatikan setiap pemain SBW. Ada dua pemain yang menarik perhatian Qaisara iaitu sepasang kembar. Kalau tak silap dia nama kembar tu Aqeel and Emeer. Tapi tak tahu la mana satu Aqiel mana satu Emier sebab dia bukan bagi perhatian pun tadi dan muka kembar tu seiras giler.

"Okay now, perempuan berlatih digging, lelaki SBW and SMKF friendly. Perempuan amik bola and pergi berlatih dekat court lagi satu." Kata-kata Bancik Berjaya menarik perhatian semua pemain.

Qaisara bergerak mengikuti pemain yang lain ke gelanggang bola tampar yang kedua. Sebelum keluar matanya sempat memerhatikan seorang lagi pemain SBW yang baru sampai masuk ke kawasan gelanggang dan bersalaman dengan Bancik.

^^

Abaikan typo

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now