Bab 23

2.3K 70 0
                                    

Fiqri membuka hadiah daripada Qaisara. Sebuah Eiffel Tower yag dipenuhi dengan bintang kertas dan gulungan kertas kecil  berwarna warni terpampang di hadapan matanya. Dia membuka penutup menara itu lalu menterbalikkan untuk mengeluarkan semua bintang dan scroll tersebut. Dia mengasingkan bintang-bintang dan gulungan tersebut.

Bintang kembali dimasukkan ke dalam menara Eiffel manakala kertas kecil tersebut di letakkan di atas katilnya. Dia mencapai gulungan kertas yang bewarna putih kerana kertas itu berwarna ganjil lalu dibuka. Fiqri membaca ayat yang tertera di kertas tersebut.

'Happy Birthday Fiqri Wafie. May Allah bless you. Good luck SPM. Adik sayang abang'

Fiqri tersenyum seorang diri. Dia menggulungkan kembali kertas tersebut. Kertas bewarna biru pula dicapai. Tindakannya yang hendak membuka gulungan kertas tersebut terhenti apabila Aiman menegurnya.

"Perghh dapat hadiah la. Macam best je. Siapa bagi?" soal Aiman lalu dicapai menara Eiffel yang dipenuhi bintang. Dia membelek-belek benda tersebut sebelum dirampas oleh Fiqri.

"Qaisara bagi masa dia dataang Open Day hari tu. Aku ingat dia tertinggal, rupanya dia memang bagi aku. Dia letak atas meja study aku." jawab Fiqri. Dia meletakkan kembali gulungan kertas tersebut dan mengumpulkan semuanya lalu diletakkan kembali di dalam menara Eiffel. 

"Aikk simpan terus? Bukan tadi kau nak buka kertas yang warna biru tu ke?" soal Aiman hairan. Dia ni memang banyak cakap eh?

"Dah kau datang, tak kan aku nak buka depan kau. Nanti mesti kau nak baca sekali. Ni Qaisara bagi aku je baca." Fiqri bangun lalu ke meja belajarnya. Dia meletakkan hadiah yang Qaisara berikan di sebelah rak bukunya. 

"Yela-yela. Aku tak kacau kau dah." kata Aiman.

"Kau tak yah nak sentap sangat la wei. Majuk lak. Nanti kau kacau aku gak." balas Fiqri sambil membuat muka meluat.

Aiman hanya tergelak mendengar balasan Fiqri. Dia kembali ke katilnya untuk berehat dan tidur. 

Fiqri tidak mempedulikan Aiman. Dia mencapai buku Matematik Tambahan dan memulakan ulang kajinya.

Setelah beberapa minit berlalu, Fiqri tiba-tiba teringat akan Qaisara. Dia bingkas bangun lalu mendekati katilnya. Telefon dicapai. Matanya sempat memandang kesemua pelajar yang berada di dorm tersebut. Hampir semuanya sedang tidur. Tinggal dia dan 2 orang pelajar yang masih berjaga. 

Tangannya menaip ayat ringkas lalu dihantar ke adiknya. Dia mencampakkan kembali telefon bimbitnya di atas katil dan kembali ke meja belajar untuk menyambung ulang kaji.

*****

Qaisara yang sedang leka mengscroll  instagram terhenti apabila WhatsApp daripada Fiqri masuk.

Thanks dik for special gift. Abg appreciate sgt. Goodnight princess. Love you

Qaisara tersenyum sendiri. WhatsApp tersebut ditinggalkan bluetick lalu menutup telefonnya dan meletakkan di atas meja tepi katil.

Qaisara mula melelapkan matanya dan berlayar ke alam mimpi.

^^

sorry late update. sis x sehat sgt. 

esk x update cause esk sis keje. so sis update mlm ni.

mcm biasa la, abaikan segala typo yang tertera di ats.

cau cincau byeee.


TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now