Qaisara berjalan bersama Ruhaila ke kafe hospital untuk mengisi perut. Qaisara yang sedang membalas WhatsApp dari mamanya tidak perasan Fiqri yang berada di hadapannya.
"Auch" Qaisara menggosok hidungnya yang berlanggar dengan belakang badan Fiqri.
"Kau okay tak?" soal Ruhaila.
"Aku okay. Tiang mana pula tengah-tengah jalan ni" rungut Qaisara yang masih tidak perasan Fiqri yang memandangnya sambil tersenyum mendengar rungutan Qaisara.
"Bukan tiang la. Kau terlanggar Dr. Fiqri" bisik Ruhaila perhalan di telinga Qaisara.
Qaisara tergamam. Dia mendongak sedikit melihat wajah Fiqri yang masih tersenyum. Matanya tertumpu pada tampalan yang berada di dahi Fiqri. Secara tiba-tiba tangan kanannya naik lalu jarinya menyentuh bahagian tersebut.
"Auch. Jangan tekan dik. Sakit" rintih Fiqri perlahan. Wajahnya berkerut apabila Qaisara tertekan bahagian luka tersebut.
"Sorry bang. Tak sengaja." Qaisara menarik kembali tangannya. Dia tersedar sesuatu lantas segera menarik tangan Ruhaila dan berjalan pantas meninggalkan Fiqri.
"Qaisara" laung Fiqri sambil berlari mengejar Qaisara. Tangannya pantas mencapai lengan Qaisara.
"Qaisara please jangan lari lagi. Penat tahu tak nak kejar" Fiqri melepaskan pegangannya apabila Qaisara berhenti berjalan.
Nurse-nurse yang melihat adengan tersebut berbisik-bisik sambil memandang Qaisara dan Fiqri.
"Tak yah la kejar kalau penat." petah mulut Qaisara menjawab.
Fiqri tersenyum apabila Qaisara membalas.
"Adik nak pergi mana?" soal Fiqri.
"Suka hati la nak pergi mana pun." Jawab Qaisara.
"Kami nak pergi kafe, doktor." sampuk Ruhaila.
Qaisara membesarkan matanya sambil memandang Ruhaila tanda memberi amaran.
"Good. Abang pun nak pergi kafe. Jom la sekali." Tanpa diduga, Fiqri mencapai tangan Qaisara lalu menarik Qaisara bersamanya menuju ke kafe.
Ruhaila yang tidak memahami apa yang sedang berlaku hanya mengikuti langkah mereka.
"Adik dengan doktor Ruhaila duduk dulu. Abang nak pergi pesan makanan.Hari ni abang belanja." Fiqri melepaskan pegangannya lalu beredar ke kaunter kafe untuk memesan makanan.
Qaisara hanya mengikut arahan Fiqri. Walaupun mulut berkata tidak mahu, tetapi hatinya suka dengan layanan yang Fiqri beri walaupun dia bersikap dingin dengan Fiqri.
"Weh apa hubungan kau dengan doktor Fiqri? Mesra semacam je." soal Ruhaila yang duduk di sebelah Qaisara.
Qaisara berfikir jawapan yang sesuai sebelum menjawab.
"Dia abang angkat aku" ringkas jawapan Qaisara.
Ruhaila yang mahu bertanya lagi mengambil keputusan untuk bertanya kemudian kerana Fiqri muncul bersama dulang yang berisi 3 pinggan nasi ayam. Dia kembali ke kaunter untuk mengambil air minuman pula.
"Makan la. Sorry doktor Ruhaila sebab tak tanya dulu apa yang doktor nak. Saya main oder je" Fiqri meletakkan jus epal di hadapan Ruhaila.
"Tak apa. Terima kasih sudi belanja." kata Ruhaila sambil mengacau perlahan jus tersebut sebelum minum.
"Sama-sama. Ni adik punya. Favourite adik kan?" tanya Fiqri sambil meletakkan air laici di hadapan Qaisara.
Qaisara sedikit tersentuh kerana Fiqri masih mengingati minuman kegemarannya.
"Thanks" perlahan Qaisara mengungkapnya.
Fiqri hanya tersenyum dan mengangguk. Dia membaca doa sebelum makan.
"Dahi tu kenapa?" soal Qaisara.
"Jatuh semalam" jawab Fiqri bersahaja.
"Kalau jatuh takkan la luka dekat dahi" Qaisara pelik dengan jawapan Fiqri.
Fiqri mula menceritakan kejadian yang berlaku hingga menyebabkan dahinya luka.
Qaisara hanya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk.
Mereka kembali makan dalam keadaan sunyi.
^^
sepatutnya b4 pukul 12 dh blh update.. tpi ade masalah sikit tadi
esk sis try update awal
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...