Bab 18

2.4K 75 6
                                    

Fiqri turun dari bas. Sekarang dia berada di SMK Converdas untuk mengikuti ceramah tentang SPM. Semua pelajar tingktan 5 SBW mengikuti ceramah ini. Sekolah SMKC merupakan sekolah berasrama dan sekolah harian. Hanya 1 jam sahaja dari SBW.

Fiqri memandang sekeliling sekolah SMKC. Sekeliling dipenuhi dengan pokok dan bunga yang berwarna warni.

Matanya tercacap pada seorang pelajar perempuan yang sedang duduk di meja pendaftaran beruniform pengawas. Dia memerhatikan gerak geri pelajar tersebut.

"Woi kau usya apa ha?" sergah Aiman yang melihat pandangan Fiqri hanya tertumpu di satu tempat.

"Tu budak perempuan yang dekat meja pendaftaran tu. Yang pakai baju pengawas tu." Jujur Fiqri.

"Lawa. Tak nak try?" Tanya Aiman sambil turut memerhatikan pelajar tersebut.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta." ucap Fiqri. 

"Wow. Apa yang kau cakap tadi? Cer ulang balik." Kata-kata Fiqri berjaya membuat Aiman terkejut.

"Aku dah jatuh cinta." Kata Fiqri bersahaja.

Tepukkan dari guru pengiring menghentikan perbualan antara Fiqri dan Aiman.

"Boys. Kamu semua dah boleh masuk dewan.Jangan buat bising. Jaga adab kamu di sekolah ini. Tunjukkan contoh yang baik. " Kata guru pengiring tersebut.

Semua pelajar SBW beredar ke dewan berpandukan papan arah yang telah disediakan. Fiqri melemparkan senyuman kepada pelajar perempuan yang berjaya mengetuk pintu hatinya ketika mereka lalu di hadapan meja pendaftaran. 

Pelajar perempuan tersebut membalas kembali senyuman Fiqri.

*****

Fiqri dan Aiman berjalan beriringan ke kantin SMKC. Mereka diberi masa setengah jam untuk berehat sebelum ceramah disambung. Kelihatan kantin sesak dengan pelajar yang sedang beratur membeli makanan.

"Wei sesak ah. Nanti datang balik la. Kita round la mana-mana dulu. Aku tak suka la sesak-sesak ni." Kata Fiqri. 

Aiman hanya mengikuti Fiqri yang berjalan-jalan di sekitar sekolah.

"Weh Fiq, tu bukan budak yang dekat meja pendaftaran tadi ke?" Soal Aiman apabila matanya terpandangkan seorang pelajar perempuan.

"Mana??" Fiqri tercari-cari pelajar tersebut.

"Tu" tunjuk Aiman  sambil mengambil(?) kepala Fiqri lalu diraptkan dengan kepalanya.

"Haah la wei. Kesian dia bawa kotak tu. Nampak macam berat je." kata Fiqri.

"Dah tau kesian pergi la tolong bengong. Yang kau tercegat dekat sini lagi kenapa. Kata dah jatuh cinta." Marah Aiman kepada Fiqri.

"Ye tak ye juga.  Kau pergi  kantin dulu.Aku nak pergi tolong dia." Fiqri menepuk bahu Aiman perlahan lalu berjalan mendekati pelajar perempuan tersebut.

"Goodluck bro" Aiman menjerit sedikit. Dia berjalan kembali ke kantin yang sudah kelihatan lengang.

^^

Wuu double update.. 

kk jgn gembira sgt..

grk dulu..

btw sape perempuan yg berjaya pikat hati fiqri tu? 


TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now