Qaisara dengan teruja bergerak bersama-sama Ariana dan pemain lain masuk ke kawasan tertutup perlawanan bola tampar diadakan. Sambil berjalan, Qaisara melihat kawasan sekeliling. Terdapat 4 court bola tampar di tengah-tengah manakala di sekelilingnya ialah tempat duduk penonton.( korang byg la sendiri.. x tau nk desc mcm mne lgi). Setelah meletakkan barang-barang, semua pemain SMKF memanaskan badan di salah satu court. Selepas itu mereka mengambil tempat masing-masing dan memulakan latihan akhir sebelum perlawanan bermula.
Qaisara yang berada di tepi gelanggang memandang ke arah pintu masuk court dimana semasa itu pemain SBW baru tiba. Matanya meliar memandang seorang demi seorang pemain SBW sehingga matanya tercacap pada 1 figura yang sangat dia kenali, iaitu abang angkatnya, Fiqri Wafie.
Fiqri yang terasa diperhatikan pantas mencari orang yang memerhatikannya. Matanya terpaku pada Qaisara. Senyuman dihadiahkan buat adik angkatnya itu.
Qaisara yang melihat Fiqri senyum ke arahnya membalas dengan senyuman juga.Sememangnya hubungan antara Qaisara dan Fiqri semakin rapat kerana Qaisara kerap datang ke SBW untuk menjalani latihan bola tampar dan hampir setiap hari mereka chat di WhatsApp. Qaisara kembali mengalihkan perhatian kepada latihan akhir.
*****
Jam menunjukkan pukul 1.15 petang. Sekarang merupakan waktu rehat bagi semua pemain yang memasuki perlawanan ini. Penganjur memberikan mereka masa untuk makan,solat, rehat dan lain-lain aktiviti yang mereka nak lakukan dalam masa 1 jam 30 minit.
Pemain SMKF lain merayau ke tempat lain. Hanya tinggal 4 pemain sahaja termasuk Qaisara di situ bersama 2 guru pengiring. Memandangkan Qaisara tidak boleh solat, di hanya duduk di situ selepas makan tadi. Qaisara menoleh ke sebelah kanannya. Terdapat beberapa pemain dari sekolah lain sedang makan. Matanya ternampak Fiqri yang sedang memandangnya di antara pemain-pemain tersebut. Baru dia perasan yang Fiqri memakai jersi yang sama dengan pemain SBW semasa perlawanan tadi.
Qaisara hanya tersenyum dan menggeleng apabila Fiqri mempelawanya makan.
Fiqri segera bangun lalu berjalan menuju ke arah Qaisara bersama makanan tengah harinya.
"Hai dik" sapa Fiqri mesra.
"Hai bang. Sorry la tadi tak sempat nak jumpa. Macam mana game?" Soal Qaisara sambil mengensot(?) sedikit ke tepi umtuk memberi ruang kepada Fiqri.
"Alhamdulillah menang tiga-tiga game. Adik macam mana?" Soal Fiqri kembali sambil meneruskan makan.(ish2 ape la perangai)
"Menang 2 game. 1 game kalah 28-31 lawan Factor High School." jelas Qaisara.
Fiqri hanya menganggukkan kepalanya. Keadaan kembali senyap. Qaisara hanya menunggu Fiqri menghabiskan makanannya.
"Apek" satu suara telah menegur Fiqri.
Qaisara dan Fiqri mendongak memandang gerangan yang berada di sebelah kanan Fiqri.
^^
haii
Mornite kepada yang belum tido mcm sis.
abaikan typo. mls nk check blik
kk nk tido.. Esok sis update lgi..
bye..
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...