Bab 51

3.4K 86 6
                                    

"Assalamualaikum. Ma oh ma" Fiqri mengetuk pintu bertalu-talu.

"Waalaikumsalam. Sekejap." Kedengaran Puan Qalisya melaung dari dalam.

Tidak lama kemudian terpancul muka Puan Qalisya disebalik pintu yang terbuka.

"Ha Fiq. Dah balik pun. Eh Qaisara mana?" soal Puan Qalisya apabila kelibat anak daranya tidak kelihatan.

"Fiq cakap dekat dalam." Fiqri tidak menjawab soalan Puan Qalisya. 

"Ha masuklah." Puan Qalisya merasakan ada yang tidak kena dengan Fiqri kerana rambut Fiqri agak serabai dan Qaisara tidak bersama Fiqri.

Fiqri masuk dan duduk di sofa. Dia berfikir cara yang seusai untuk terangkan apa yang terjadi.

"Ha Qaisara mana?" soal Puan Qalisya lagi. Dia duduk bertentangan dengan Fiqri.

"Qai..Qaisara..Qaisara kena culik."kata Fiqri perlahan.

"Hah Qaisara kena culik?!!" bergema rumah 2 tingkat itu dengan suara Puan Qalisya. Dia terdiam sebelum perlahan-lahan air matanya gugur.

"Call semua. Suruh diaorang balik." arah Puan Qalisya tersedu-sedu manahan tangisnya.

Fiqri hanya mengikut arahan Puan Qalisya. Nasig Qaisara ada bagi nombor seluruh ahli keluarganya kepada Fiqri. Fiqri mula menelefon Encik Aryan terlebih dahulu diikuti dengan adik beradik Qaisara.

*****

Qaisara membuka matanya perlahan-lahan. Setelah sedar sepenuhnya, dia memandang sekeliling tetapi keadaan yang gelap membataskan penglihatannya. Kaki dan tangannya terikat ketat.

"Tolong!!!" jerit Qaisara. Dia mencuba untuk membuka ikatan di tangannya tetapi tidak berhasil.

Tiba-tiba pintu yang berada di hadapannya terbuka. Qaisara menutup mata kerana silau. Setelah beberapa minit, Qaisara membuka matanya kembali. Dia berada di dalam bilik yang lengkap dengan katil single dan almari. Matanya memandang ke arah pintu. Qaisara terdiam. Dia mengamati wajah yang berada di hadapannya. 

"Kenal kau lagi tak?" soal lelaki tersebut.

"Aku rasa aku pernah nampak kau. Sape eh?" soal Qaisara kembali. Dia cuba mengingati wajah tersebut.

"AIkk takkan tak kenal aku? Kita pernah dating 7 tahun lepas masa perlawanan bola tampar." senyuman sinin terukir di bibir lelaki tersebut.

Wajah Qaisara berubah apabila mengingati kejadian 7 tahun lepas semasa perlawanan bola tampar. 

"Firdaus Zikri" panggil Qaisara perlahan.

"Yup. Bagus la kalau kau ingat nama aku. Dah lama aku perhatikan kau. Aku ada bawakkan kawan untuk kau. Sekejap eh." Firdaus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Qaisara.

5 minit kemudian, Firdaus muncul semula dengan seseorang.

Bertambah terkejut Qaisara apabila melihat muka 'kawan' yang Firdaus bawa untuknya.

^^

agak-agak sape yg firdaus bwk tu?

korg tau?

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now