Bab 33

2.6K 77 0
                                    

Qaisara berjalan-jalan di mall tersebut. Setelah 2 minggu terperap di rumah, Qaisara membuat keputusan mahu berjalan-jalan di Damai Mall. Qalif pula menawarkan diri mahu meneman Qaisara bershopping. Sejak keluar dari kereta tadi lagi tangan Qaisara memeluk lengan sasa Qalif kerana Qalif tidak mahu Qaisara hilang.

Qaisara menarik lengan Qalif menuju ke salah satu kedai perfume. Dia mahu membeli minyak wangi memandangkan minyak wanginya hampir habis. 

Qalif hanya mengikuti langkah adiknya dengan pasrah.

Qaisara menghidu beberapa jenis minyak wangi yang berada di rak tersebut. 

"Adik cepat la." gesa Qalif. 

"Sabar la. Tak tahu nak pilih yang mana." balas Qaisara sambil menunjukkan 2 botol minyak wangi yang berlainan jenama.

"Amik je dua-dua" kata Qalif.

"Okay." Qaisara segera membawa 2 botol minyak wangi jenama Victoria dan Chanel ke kaunter pembayaran. Qalif mengikuti di belakang.

"Semuanya RM300" ujar juruwang perempuan tersebut.

Qalif memndang adiknya yang sedang leka bermain telefon. Apabila melihat juruwang tersebut menunggu, Qalif segera mengeluarkan dompetnya lalu kad kredit diserahkan kepada juruwang tersebut. Mereka berdua beredar dari kedai tersebut. 

Tiba-tiba Qaisara terlanggar seorang perempuan yang berjalan di hadapannya. Nasibnya baik kerana perempuan itu tidak jatuh cuma barang-barang yang dibelinya jatuh.

"Ya Allah. Sorry kak" kata Qaisara kalut. Dia menolong perempuan itu mengutip barang-barangnya yang jatuh.

"Qaisara?" soal perempuan itu apabila Qaisara menghulurkan barang-barangnya.

Qaisara tergamam memandang perempuan itu. Nazatul Farhah.

"Er sorry. I need to go." pamit Qaisara lalu dengan pantas, dia berjalan meninggalkan Farhah. Panggilan Farhah dia abaikan.

"Lamanya. Adik pergi mana?" soal Qalif apabila melihat Qaisara mendekatinya. Tadi keluar dari kedai minyak wangi tersebut, Qaisara meminta diri mahu ke tandas sebentar.

"Biar la." balas Qaisara acuh tak acuh.

Qalif yang perasan dengan perangai Qaisara berubah hanya mendiamkan diri.  Mereka kembali berjalan-jalan. 

"Abang...." panggil Qaisara manja. 

"Nak apa?" soal Qalif. Dia sudah tahu kalau Qaisara memanggilnya begitu pasti mahu sesuatu.

"Nak tu." soal Qaisara sambil memuncungkan bibirnya ke arah sesuatu.

Qalih memandang ke arah yang Qaisara tunjukkan iaitu restoran makanan segera KFC.

"Haihh yela." Qalif tidak membantah kerana perutnya juga sedang lapar.

Mereka berdua masuk ke dalam restoran tersebut sambil berpegangan tangan. 

"Q pergi amik tempat. Abang oder." arah Qalif melepaskan genggaman tangannya.

Qaisara hanya patuh akan arahan abangnya. Dia mengambil tempat di tepi cermin yang mempamerkan pemandangan di dalam mall.

Sedang Qaisara bermain telefon sambil menunggu abangnya, suara seorang lelaki telah menegurnya.

"Qaisara" 

^^

siapa lagi la yang tegur Qaisara.

spttnya update kol 4 tadi tapi dh mengantuk giler and benda ni baru siap separuh, so sis update lmbt sikit.

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now