Bab 12

2.9K 85 0
                                    

Qaisara keluar dari sekolah dengan perasaan gembira. Mana tak gembira kalau peperiksaan pertengahan tahun baru habis. Boleh la dia rilex sekejap daripada membaca buku. Dia berjalan menghampiri kedai yang berada di hadapan sekolahnya untuk membeli ice blend mocha memandangkan hanya kedai itu sahaja yang menjual ice blend.

"Acik nak mocha" pesan Qaisara.

"Sekejap eh." Balas acik yang tidak diketahui nama itu.

Setelah menunggu beberapa minit, pesanannya pun siap. Dia menghulurkan dua not bewarna biru kepada acik tersebut dan berjalan ke tempat menunggu bas.

*****

"Assalamualaikum" Qaisara membuka kasut lalu meletakkannya di rak kasut bersebelahan pintu rumahnya.

Qaisara memandang seluruh isi dalam rumah. Senyap.

"Mana pulak semua orang pergi. Kereta mama pun tak de." Qaisara mengunci kembali pintu rumahnya lalu naik ke bilik untuk berehat.

Telefon bimbit dicapai. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Chat daripada group kelas diabaikan lalu menekan nama Fiqri.

Beberapa patah perkataan ditaip lalu dihantar ke Fiqri.

Qaisara mencapai tuala dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

*****

Fiqri yang baru balik dari kelas tambahan mencapai telefon yang disorok di bawah bantal. Well budak asrama kan tak boleh bawa telefon ke sekolah, so budak mana yang bawa tu kena la pandai sorok kalau tak nak kena rampas ngan warden.

Dia membuka aplikasi WhatsApp apabila notification telefon bimbitnya memberitahu bahawa adiknya menghantar chat kepadanya. Dia segera membalas chat tersebut. Selepas itu dia membuka pula instagram untuk melihat news feed terbaru.

"Apek, petang kang turun tak?" soal Aiman.

"Turun. But lambat sikit. Aku nak tidur dulu." Jawab Fiqri sambil kembali menumpukan perhatian terhadap telefonnya. Game minecraft pula dibuka.

"Kau ni asyik tidur je." Kata Aiman.

"Penat bro. Penat game Sabtu lepas pun tak hilang lagi." Balas Fiqri memberi alasan. Dia menutup Telefon bimbitnya lalu meletakkan di sebelah bantal. Dia menekup mukanya dengan bantal lalu melelapkan mata.

Aiman yang melihat Fiqri sudah melelapkan mata hanya diam.Malas nak membebel dekat kawan baiknya yang seorang ni. Dia keluar dari dorm dan berjalan ke dorm sebelah untuk berborak bersama rakannya yang lain.

^^

Sorry la pendek. Tak de idea.

abaikan typo

Cau cincau. Byee

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now