Bab 20

2.6K 87 0
                                    

Qaisara turun menuju ke dapur untuk makan malam bersama keluarganya.Dia berhenti di ruamg tamu. Kelihatan ayahnya masih berada di ruang tamu menonton tv bersama mamanya.

"Ma, tak hidang makan malam ke?" soal Qaisara. Dia mendekati mamanya yang sedang bersantai di sebelah ayahnya.

"Nope. Kita makan luar malam ni. Lepas Isya' kita gerak." balas mamanya. 

Qaisara melihat jam dinding yang terlekat di atas tv. 8.15 malam. Qaisara kembali mendaki anak tangga menuju ke biliknya semula.

Dia berdiri di hadapan almari baju.Berfikir mahu pakai baju apa. Tangannya menarik keluar baju t-shirt bewarna hitam kosong untuk dipadankan dengan seluar jeans putih. Dia mencapai tudung bawal bercorak bunga-bunga bewarna pinkdan membawa keluar menuju ke tempat untuk menggosok baju.

*****

Qaisara mengikuti langkah keluarganya masuk ke dalam restoran Bayu Village. Meja yang berdekatan dengan kaunter pembayaran mereka hampiri.

Qaisara duduk di hujung sekali berhadapan dengan kaklongnya. 

"Oder?" soal pelayan lelaki yang tiba di meja mereka sambil meletakkan menu.

"Nasi goreng pataya and air laici." kata Qaisara tanpa memandang menu.  Selepas itu dia leka membalas WhatsApp dari group kelasnya tanpa mempedulikan sekeliling.

Instagram dibuka. Story instagram Fiqri yang terbaru dibuka. Gambar Fiqri bersama seorang pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama emoji love terpapar. Qaisara segera membalas story tersebut.

fiq_wfie

Wow dah ada gf x ckp ngan adik pun

hehheeh

nama akak tu sape?

Nazatul Farhah <3

Nice name

sklh mne?

SMK Converdas

form?

Sebaya abang

Ouh

Lawa tak?

Lawa giler 

well ingt abang tak boleh dapat yang lawa ke?

hhahahah abang hensem la.. sesuai dengan akak Farhah

end conversation

Tubir mata Qaisara terasa panas. Dia menghidupkan silent mode lalu menutup telefon bimbitnya dan diletakkan kembali di dalam beg yangan yang dibawa. 

Kebetulan, masa itu makanan yang mereka sekeluarga pesan telah sampai. 

Hilang selera Qaisara apabila teringat kembali story instagram yang Fiqri post. Qaisara memaksa diri untuk mengahabiskan makanan tersebut tetapi tidak boleh. Baki suku lagi dia hulur ke mamanya 

"Kenapa tak habis?' soal mamanya.

"Dah kenyang" jawab Qaisara pendek. Dia menghirup air laici yang tinggal separuh sambil matanya memandang sekeliling.

'Adik sayang abang' bisik hati kecil Qaisara.

^^

dan bermulalah babak2 sedih selepas ini.

btw nk ckp ni... eh bkn ckp, nk bgitau.. cerita ni pendek je.. maybe x smpai 50 bab sbb sis mls nk buat pjg2... 

ending dia korang rse ape? 

mcm biasa abaikan segala mak nenek typo dkt atas tu.

thnks kpd semua yg support smpai bab 20 ni


TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now