Bab 4

4K 115 1
                                    

 "Sara, bangun " kejut mamanya.

"Okay ma." 

Selepas mendengar sahutan daripada Qaisara, Puan Qalisha beredar ke dapur untuk menyediakan sarapan.

Qaisara segera mancapai tuala dan bergerak ke bilik air.

Selepas bersiap, Qaisara turun ke bawah membawa beg sekolahnya yang bewarna hitam ke bawah. Dia duduk di kerusi meja makan. Sarapan pagi itu ialah nasi goreng.

"Ni bekal." Bekas yang mamanya hulur diambil lalu dimasukkan ke dalam beg.

Selesai bersarapan dan menyalami mamanya, Qaisara bergerak ke sekolah.

*****

"Weii, harini cikgu Zul tak ada. Cikgu Juliana ganti." Berita yang Azrey sampaikan membuatkan pelajar 4 Berlian kecoh. 

Siapa je tak kenal dengan Cikgu Juliana atau nama gelarannya Cikgu Ju.Cikgu disiplin paling garang dekat sekolah ni. Asyik nak marah je kerja cikgu tu.Pantang silap sikit memang habis la. Kalau dia menjerit, fuhh 1 blok boleh dengar suara dia. Umur dia nak masuk 40-an kalau tak silap. 

"Tapi kan, aku dengar cerita yang Cikgu Ju baik. Dia tak garang pun bila mengajar. Bila budak tak buat homework or bising je dia marah." Terang Qaisara kepada kawan-kawan berdekatan dengannya.

"Wei, tak ada sesiapa yang bawa makanan ke? Aku lapar la."Tanya Iman secara tiba-tiba setelah beberapa minit mendiamkan diri.

Semua yang berada berdekatan dengan Iman memandangnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan.

"Apa? Jangan la pandang aku macam tu. Malu la." Iman menutup mukanya menggunakan tapak tangannya. 

Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat telatah Iman yang mencuit hati.

*****

Qaisara membaringkan badannya di atas katil.

Penat. Itu yang Qaisara rasakan setiap hari. Mana tak penat, kalau setiap hari rutin hariannya tak berubah. Pagi pergi sekolah, tengah hari balik rumah untuk mandi dan makan tu pun kadang-kadang tak sempat nak makan, lepastu pergi sekolah balik. Petang dalam pukul 6 baru sampai rumah. Malam dia sibukkan diri membuat kerja rumah yang cikgunya berikan dan mengulangkaji pelajaran. Hari cuti seperti Sabtu dan Ahad dimanfaatkan untuk bangun lewat sedikit.

Bunyi notifacation daripada telefon bimbitnya menarik perhatian, lantas dicapai telefon yang berada di atas meja lampu sebelah katilnya. Chat daripada group #AnakAnakMak dibuka. 

#AnakAnakMak

ECAH- wehhh broken ah

IMAN- kau pahal?

DHIA-asal??

ECAH- Fattah Amin dah kawen ngan Fazura! :(

Bengong

AYU- Eh dorang dah kawen ke?

AMIRAH- Dah. Baru lagi. Kau pergi la tengok dekat Instagram.

AININ- haah. Dorang sekarang pergi Makkah sama-sama.

Daripada kau broken-broken ni Cah. Baik kau pergi tidur. Lagi bagus.

K la. Aku tidur dulu. Night girls

DHIA- Night Q

AININ- Night Q

AYU- Goodnight

Qaisara segera meletakkan telefon di atas meja lalu menutup matanya dan kembali ke Rahmatullah. Ehh silap. Ke alam mimpi.

^^

sorry late update

abaikan typo.

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now