Fiqri berjalan di sekitar taman yang kelihatan sunyi itu. Matanya meliar memandang sekeliling. Mencari manusia yang berada di situ malangnya tidak ditemui.
Setelah penat berjalan, Fiqri duduk menghadap tasik yang terbenyang luas di tengah-tengah taman itu.
Dia berpaling ke belakang tatkala bahunya disentuh seseorang. Dia terpaku buat seketika. Seorang perempuan berpakaian serba putih memenuhi pemandangannya. Wajah yang sama seperti orang yang dirinduinya setiap hari. Wajah yang sama seperti kali terakhir dia melihatnya cuma sedikit pucat. Bibir yang sentiasa tersenyum.
"Sayang."
Perempuan itu hanya tersenyum sebelum duduk di sebelah Fiqri.
Fiqri masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya.
"Qaisara Adriana."
Qaisara bangun dari duduknya lalu berjalan beberapa tapak sebelum berpaling semula ke arah Fiqri yang masih duduk. Dia membuat isyarat supaya Fiqri mengikutinya. Dia ingin membawa Fiqri ke sebuah tempat.
Fiqri bangun dan mengikuti langkah Qaisara.
Mereka tiba di satu tempat yang sangat cantik. Pokok-pokok di situ kelihatan segar(?) dan menarik. Ada sebuah buaian yang berada di sepohon pokok yang rendang berwarna putih.
Qaisara duduk di atas buaian tersebut dan membuainya perlahan.
Fiqri memerhatikan Qaisara yang asyik membuai. Dia ingin melepaskan segala rindu selama 6 tahun yang dia pendam.
Tiba-tiba Qaisara menghentikan buaiannya. Dia bangun dan berjalan pergi meninggalkan Fiqri dengan pantas.
"Qaisara!!" Jerit Fiqri sambil cuba mengejar Qaisara tetapi Qaisara terlalu pantas meninggalkannya. Dia kembali ke buaian yang diduduki Qaisara.
"Kenapa Qaisara pergi tinggalkan abang lagi? Abang baru nak lepaskan rindu abang. Kenapa buat abang macam ni. Q tak sayang abang lagi ke?" Dia membuai perlahan buaian tersebut dengan hati yang sedih. Air matanya perlahan-lahan mengalir keluar. Matanya memandang ke hadapan. Menanti Qaisara kembali.
Dari jauh Fiqri terlihat seseorang berjalan menghampirinya. Dia menhentikan buaian itu. Menunggu gerangan tersebut dengan sabar.
Qaisara menghampiri Fiqri. Dia membawa seseorang di belakanya.
Fiqri bangun. Matanya terarah ke arah wanita yang Qaisara bawa.
"Farhah." Fiqri mendekati Farhah dan Qaisara.
"Sayang buat ape dekat sini?" Soal Fiqri.
Farhah dan Qaisara berpandangan sebelum Qaisara mencapai lengan Fiqri yang beralaskan baju yang dipakai Fiqri lalu tangan Farhah diraih. Qaisara menyatukan tangan mereka berdua. Qaisara tersenyum sambil memandang Farhah dan Fiqri.
"Fiqri. Sayang dan cintai kak Farhah lebih dari Fiqri pernah sayang dan cintakan Q. Lupakan cinta dan sayang Fiqri untuk Q. Jaga kak Farhah dan anak-anak abang elok-elok. Adik sayang abang." Qaisara menghadiahkan senyuman untuk Fiqri. Dia berpaling pula ke arah Farhah yang hanya mendengar dan memandangnya dari tadi.
"Akak. Jaga Fiqri baik-baik. Jaga kandungan akak baik-baik. Semoga perkahwinan akak dan Fiqri berkekalan hingga ke jannah. Q sayang akak." Qaisara memeluk Farhah sekejap.
"Q tak boleh lama. Q sayang korang berdua. Assalamualaikum." Ucap Qaisara sebelum perlahan-lahan berundur dan menghilang meninggalkan Farhah dan Fiqri di tamab itu.
*****
"QAISARAAA!!" Fiqri meracau memanggil nama Qaisara.
Farhah terjaga kerana jeritan Fiqri.
"Abang. Bangun bang." Farhah menggoncang lengan Fiqri.
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...