Bab 3

4.3K 136 2
                                    


Setelah sejam berlatih, Bancik memanggil pemain perempuan ke court bola tampar pertama untuk friendly bersama pemain SBW. Qaisara hanya duduk di tepi gelanggang memandangkan dia hanya pemain simpanan.

Jump serve yang dilakukan oleh salah seorang pemain SBW menarik minat Qaisara. Memakai jersi bewarna kuning merah dan seluar track pendek paras lutut. Fiqri, 5. Nama dan nombor yang terdapar di jersi tersebut.

'Tu bukan budak yang datang lambat tadi ke?' bisik hati Qaisara. Qaisara leka memerhatikan Fiqri.

"Kau usyar sape hah?" soal Fiqa apabila melihat Qaisara yang asyik memerhatikan pemain SBW.

"Tak de sapa. Aku tengok tu budak jersi no 5 tu. Boek sia dia serve." Balas Qaisara sambil menjuihkan bibir ke arah Fiqri.

"Ouh. Haah lawa gila dia serve. Tadi aku dengar Bancik panggil dia Apek." Kata Fiqa sambil turut memerhatikan Fiqri.

Fiqri yang terasa diperhatikan segera menoleh ke arah dua pemain perempuan yang berada di tep gelanggang. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada mereka sebelum kembali bermain.

"Wehh dia pandang aku then dia senyum la!!" kata Qaisara kepada Fiqa.

"Aku rasa dia perasan la yang kau duk tenung dia macam nak makan je. Tu yang dia pandang tu." Balas Fiqa.

"Maybe"Qaisara mengalihkan matanya dari Fiqri.Dia kembali menumpukan perhatian kepada pemain SMKF.

*****


Sementara menunggu mama Ariana, Qaisara mengambil peluang untuk berjalan-jalan di kawasan tersebut bersama Ariana. Kawasan SBW lebih besar daripada SMKF. Berhadapan padang terdapat tempat parking, pejabat, bangunan yang menempatkan dorm pelajar, masjid dan ruang legar.

Tiba-tiba terdengar suara jeritan.

"Ariana!!!"

Qaisara dan Ariana tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Meremang bulu roma kerana sekarang jam menunjukkan 6.45 petang.

"Ariana!!"

Qaisara ternampak satu susuk tubuh yang sedang berdiri di tepi tingkap bangunan yang menempatkan dorm pelajar. Wajah pelajar tersebut tidak berapa jelas kerana keadaan sekeliling agak gelap.

"Ariana. Apek minta nombor" Jerit pelajar tersebut.

"Jangan layan." Kata Ariana.

Qaisara menurut. Dia tetap memandang ke arah pelajar tersebut yang terus menjerit nama Ariana berulang kali.

*****

Selepasmakan malam, Qaisara terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia mencapaitelefon yang berada di meja yang bersebelahan dengan katil miliknya. notification dibuka terlebih dahulu.

10 messages from 2 chat

f.arianaa_ liked your post.                                                        5

Zaeem Akmal (@zaeem_akmal) request to follow you


WhatsApp dibuka terlebih dahulu. Selepas membalas chat daripada group #AnakAnakMak dan Ariana, Dia membuka instagram miliknya.Profile  Zaeem Akmal dibuka. 

'Budak SBW? Mana pulak budak  ni dapat instagram aku?' soal hati Qaisara. Dia mengapprove request Zaeem Akmal.

Matanya semakin kuyu. Setelah meletakkan telefon dan menutup suis lampu, Qaisara mula melelapkan matanya dan berlalu ke alam mimpi.

^^

goodnight guys.

abaikan typo

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now