Bab 31

2.9K 84 0
                                    

                                 7 Tahun kemudian

Seorang wanita berblouse biru lembut bersama seluar jeans putih dan tudung biru gelap keluar dari balai ketibaan antarabangsa bersama luggage besar bewarna hitam yang ditarik bersama. Matanya melilau memandang sekeliling mencari wajah yang dia kenali. Matanya terhenti pada seorang lelaki yang sedang melambai ke arahnya bersama senyuman lebar. Pantas dia berjalan laju mendekati lelaki tersebut.

"Sara!!" Pantas lelaki tersebut memeluk Qaisara erat.

Qaisara membalas pelukan tersebut. Rindu dia pada abangnya Qalif.  

"Cantiknya adik abang ni." puji Qalif setelah melepaskan pelukan. 

"Hehehehe abang tak bagitau family kita lagi kan yang Sara balik hari ni?" soal Qaisara sambil mencapai semula luggagenya dan berjalan beriringan dengan Qalif ke kereta. 

"Tak. Ni pun abang dari tempat kerja." jawab Qalif. Apabila sampai sahaja di Honda Civic miliknya, luggage milik Qaisara diambil lalu diletakkan di bonet kereta. Dia masuk kembali ke tempat pemandu dan mula memandu pulang ke rumah.

"So macam mana dekat sana? Semua okay?" soal Qalif memulakan perbualan,

Setelah Qaisara mendapat result Spm yang cemerlang, Qaisara mengambil keputusan untuk sambung belajar di luar negara dalam jurusan sains. Setelah 4 tahun melanjutkan pelajaran di luar negara, Qaisara kembali semula ke Malaysia bersama segulung Ijazah yang dapat membanggakan mama dan ayahnya. Dia teringin sangat mahu berjumpa dengan lelaki yang dirinduinya saban hari. Dia tetap mengikuti setiap perkembangan lelaki tersebut dalam diam walaupun sudah tujuh tahun dia menghilangkan diri. Nombor telefonnya juga bertukar. Hanya familya dan rakan terdekat sahaja yang tahu nombor barunya.

"Okay je. Mama, ayah, kaklong and kakngah  macam mana pulak? Sihat tak?" soal Qaisara pula.

"Semua sihat. Kaklong dah ada anak. Nak masuk dua dah pun. Kakngah nak kahwin lagi 3 bulan. Tak nak tanya pasal abang ke?" terang Qalif ringkas.

"Tak nak." Jawab Qaisara selamber. 

Qalif menarik muka. Sedikit terasa dengan adiknya yang seorang ini.

"Alololo ada orang merajuk la. Hahahahah Tak mo la merajuk. Abang okay tak? Bile nak kahwin?"soal Qaisara dalam nada memujuk.

Tersedak Qalif dibuatnya apabila soalan cepumas keluar dari mulut Qaisara.

"Eh abang kenapa? Sara baru tanya soalan simple je kut." Tanya Qaisara pelik.

"Nothing. Abang nak naik pelamin dengan adik la. Kita buat majlis sekali. " Tiba-tiba idea bernas keluar.

"Abang la kahwin dulu. Adik lama lagi. Abang still dengan kak Najwa kan?" soal Qaisara apabila teringat akan Najwa yang pernah ditemuinya di mall bersama abangnya itu.

"Emm dah lama putus. Dia dah kahwin dah dengan orang lain." jawab Qalif dengan suara datar.

"Ouh sorry Sara tak tau." Serba salah Qaisara mengungkapkan maaf.

"Tak pe. Jom turun dah sampai dah. Sara mesti tak sabar nak jumpa mama kan." kata Qalif setelah keretanya diparking elok di garaj. Dia keluar menuju ke bonet kereta untuk mengeluarkan beg Qaisara.

"Eh Qalif. Awalnya balik." tegur Puan Qalisya yang berada di muka pintu. Dia masih tak perasan akan kehadiran Qaisara.

"Qalif saja balik awal. Qalif ada hadiah untuk mama." Balas Qalif sambil menyalam tangan mamanya.

"Hadiah?" Riak bingung dipamerkan mamanya mencuit hati Qaisara yang berada di dalam kereta.

"Mamaaaaaaa!!!!" jerit Qaisara girang sambil memeluk mamanya yang kelihatan terkejut dengan kehadirannya.

^^

salam maghrib

sis skip sampai Qaisara habis belajar sbb nk pendekkan cite.. tpi mcm makin pjg je. hurm

kk g solat maghrib sne.

byeeeeeeeeeeeeeeee



TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now