Qaisara berdiri menghadap cermin. Pakaiannya dibelek-belek. Tudung dibetulkan sedikit.
(abaikan beg tu. Ni apa yang Qaisara pakai)
Setelah puas dengan penampilannya,Qaisara berlalu mencapai beg tangannya. Sebelum dia keluar dari bilik, Dia memeriksa segala keperluannya berada di dalam beg. Selepas itu dia keluar dengan hati yang gembira.
*****
Qaisara mencari kelibat abang kesayangannya. Dia melihat sekeliling tetapi orang yang dicarinya tetap tidak dijumpai. Qaisara membuat panggilan ke Fiqri.
"Abang, adik dah sampai. Abang dekat mana?"
"Ouh ha okay"
Setelah mematikan panggilan tersebut, Qaisara bergerak ke kedai Burger King untuk bertemu dengan Fiqri yang menunggu di situ.
Dari pintu masuk, Qaisara sudah dapat melihat Fiqri yang duduk berseorangan di meja yang agak tersorok.Qaisara segera mendekati Fiqri yang leka dengan telefonnya.
"Asaalamualaikum." ucap Qaisara apabila sampai di hadapan Fiqri.
"Waalaikumsalam" jawab Fiqri sambil memandang ke arah Qaisara.
"Adikk!! Duduk la." pelawa Fiqri sambil tersenyum.
Qaisara menarik kerusi berhadapan dengan Fiqri.
"Lepas ni kita tengok wayang eh. Abang nak makan dulu. Adik nak makan pape tak?" soal Fiqri. Dia bangun dari kerusinya .
"Tak kisah" balas Qaisara. Dia menghulurkan RM50 kepada Fiqri.
"Ehh tak pe abang belanja." tolak Fiqri.
"Tak yah. Adik belanja. Nanti wayang, abang pulak belanja boleh?" usik Qaisara. Dia terus menghulurkan duit tersebut.
"Okay no problem" Fiqri berlalu ke kaunter untuk memesan makanan.
Beberapa minit selepas itu, Fiqri kembali semula bersama dulang makanan yang berisi 2 burger dan 2 cawan air. Dulang diletakkan di hadapan Qaisara.
"Jap eh, Q nak pergi toilet." Qaisara bangun dan berlalu ke tandas.
Keluar sahaja dari tandas, Qaisara terlihat seorang perempuan yang duduk di sebelah Fiqri. Mereka berbual mesra. Selepas membasuh tangan, Qaisara segera mendekati meeka.
Dia kembali duduk di hadapan Fiqri. Dia memerhatikan perempuan yang duduk di sebelah Fiqri. 'Macam kenal je perempuan ni'
Fiqri yang berborak dengan perempuan yang disebelahnya memandang ke hadapan tempat Qaisara duduk.
"Adik, ni la kak Farhah yang paling abang sayang. Awak ni Qaisara" Fiqri memperkenalkan Qaisara dan Farhah sesama sendiri.
'Patut la muka nampak familiar, rupanya kak Farhah. Tapi Fiqri tak cakap pun yang Kak Farhah ada sekali' hati Qaisara mula berkata-kata. Bagai ditusuk hatinya apabila Fiqri memperkenalkan Farhah sebagai wanita yang paling dia sayang.
"Hai kak" tegur Qaisara mesra.Dia melihat penampilan Farhah yang menarik perhatiannya. Baru dia perasan yang baju Fiqri dan Farhah sama warna.
(Pakaian Farhah. Kasut farhah flat shoes.Bukan mcm dkt ats tu eh)
"Hai Qaisara." balas Farhah.
"Panggil Q or adik je kak" kata Qaisara apabila Farhah memanggilnya dengan nama penuh.
"Akak tak makan ke?" soal Qaisara apabila dia melihat Farhah hanya memandang dan berborak dengan Fiqri.
"Akak dah makan dah sebelum datang sini" jawab Farhah.
Qaisara hanya menganggukkan kepalanya lalu meneruskan makan.
^^
Cukup la ni an?
penat la type bebanyak.
nnty sis update lagi.
biar la typo tu.
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...