"Kak Farhah?" soal Qaisara.
Farhah hanya mampu tersenyum. Dia tidak larat mahu melawan kerana tadi dia dipukul oleh orang suruhan Firdaus.
"Bagus. Korang duduk dalam ni diam-diam. Jangan nak cuba-cuba keluar dari sini eh. Nahas korang nanti aku kerjakan. Sekejap lagi budak aku hantar makanan." Firdaus menolak Farhah ke atas kati single tersebut. Kemudian dia menghampiri Qaisara untuk membuka ikatan tangan dan kaki Qaisara.
Qaisara segera mendekati Farhah setelah ikatan dibuka.
"Toilet ada dekat tepi tu." tunjuk Firdaus lalu keluar dari bilik itu.
Qaisara memandang ke arah yang ditunjukkan Firdaus sebelum memandang Farhah. Tidak perasan pula ada pintu di situ.
"Akak okay?" soal Qaisara. Muka Farhah dibelek perlahan. Bibir Farhah pecah, tepi bibir Farhah lebam dan dahi Farhah sedikit benjol. Mungkin terhantuk di mana-mana.
"Akak okay. Nanti orang suruhan Firdaus datang kejut akak eh. Akak nak tido sekejap." Farhah membetulkan pembaringannya. Ruang ditinggalkan sedikit untuk Qaisara jika Qaisara mahu berbaring. Nasib badan mereka berdua kecil.
"Okay kak." Qaisara bangun dari katil tersebut. Dia menghampiri almari yang berada di sebelah bilik air. Terdapat beberapa helai t-shirt, baju perempuan,seluar jeans dan tuala.
Dia bergerak pula ke bilik air yang ditunjukkan oleh Firdaus sebentar tadi. Dia tidak perasan pula terdapat pintu di sebelah almari tersebut. Dia membuka pintu bilik air tersebut. Seperti bilik air biasa.
Qaisara mula bosan. Dia berbaring di lantai yang dialas dengan tikar kecil bersebelahan katil. Tidak sampai hati mahu mengganggu Farhah yang sedang lena. Matanya mulai kuyu. Perlahan-lahan Qaisara tertidur beralaskan lengannya yang dijadikan bantal.
*****
"Macam mana Qaisara boleh kena culik Fiqri?" soal Qalif.
Seluruh ahli keluarga Qaisara berada di ruang tamu bersama beberapa anggota polis yang sedang berkawal di kawasan luar rumah dan ada yang sedang duduk di meja makan bersama laptop dan beberapa alat untuk menjejaki dimana Qaisara.
Fiqri mula bercerita bagaimana kejadian tersebut berlaku. Dia turut memberitahu nombor plat kereta tersebut.
ASP Hassan mendengar dengan tekun apa yang diceritakan oleh Fiqri sambil mencatat butiran-butiran penting.
Puan Qalisya sudah terlelap di bilik tetamu setelah penat menangis. Encik Arfan pula masih belum tiba dari Johor.
"Sekejap ya. Saya cuba menjejaki kereta tersebut." ASP Hassan berkata lalu beredar ke meja makan.
Semua yang berada di ruang tamu hanya diam membisu. Tiba-tiba telefon milik Fiqri berbunyi. Segera diangkat tanpa melihat nama pemanggil. Semua mata tertumpu ke arah Fiqri.
"Hello"
"Hai Fiqri. Kenal aku tak?"
"Kau siapa? Asal kau culik Qaisara?"
"HAHAHAHA. Aku bagi kau last chance untuk tengok Qaisara. Aku bagi kau sejam. Nanti aku send location. Kalau kau tak nak tengok mayat Qaisara, jangan bawa sesiapa. Okay? "
Talian terus dimatikan sebelum Fiqri sempat menjawab. Dia menunggu location daripada pemanggil yang dia tidak ketahui.
"Penculik tu suruh Fiq datang dekat location yang dia bagi nanti tanpa sesiapa." kata Fiqri sambil memandang ke arah adik beradik Qaisara.
"Qalif, saya dah dapat location di mana Qaisara berada." ASP Hassan muncul di ruang tamu.
"Good. Fiqri pun baru dapat panggilan dari penculik tu. Penculik tu minta Fiqri datang ke tempat dimana Qaisara disembunyikan tanpa sesiapa dan tanpa wang tebusan." beritahu Qalif.
"Okay saya ada rancangan." ASP Hassan mendekati mereka semua lalu memberitahu rancangannya.
^^
sis lanja sikit pepagi ni..
mornite kpd semua burung hantu
klau ayt x btl ke typo ke abaikan la.. mls nk check balik
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomantizmHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...