"Ha nak pe?" soal Fiqri.
"Game suku akhir pukul 2.30 lawan SMK Kirana" jawab Aiman. Yes budak tu kawan baik Fiqri.
"Ouh ha ok thanks bagitau." Fiqri membungkus kembali bekas makanan yang telah habis. Qaisara menghulurkan air mineral yang telah dibuka kepada Fiqri.
"Tolong basuhkan" Pinta Fiqri.
"Mengada" kata Qaisara
"Tahnye. Bukan dua-dua tangan kau kotor." tambah Aiman jengkel.
"Ehh kau. Sibuk je. Blah sana." Halau Fiqri.
Qaisara tergelak kecil saat Aiman membuat muka meluat sebelum pergi dari situ.
"Mal." Jerit Fiqri ke arah kumpulan pemain SBW yang masih makan.
"Pe kau nak?" tanya Akmal.
"Baling mineral water 1." arah Fiqri lagak ketua.
"Datang la amik sendiri. Kaki ada an" Akmal tidak mempedulikan arahan Fiqri lalu kembali menyambung makan.
"Ishh kau ni. Zaeem tolong paskan mineral water" Fiqri meminta tolong Zaeem pula.
"Tak yah Zaeem. Biar Apek datang amik sendiri. Dating je tau" hasut Akmal.
"Biar la. Yang kau dengki asal? Tau la awek kau jauh. Tak de dekat sini." Macam budak-budak pula dua orang ni.
Qaisara yang melihat muka serba salah Zaeem pantas mengambil mineral water dari dalam kotak bersebelahan dengannya dan menghulurkan kepada Fiqri.
"Thanks dik."
"My pleasure"
*****
Qaisara memerhatikan sekeliling. Dia sekarang berada di luar kawasan perlawanan. Alhamdulillah game akhir tadi SMKF menang dan berada di tempat pertama. Lelaki pula dapat tempat kedua.
Dia kembali membuka telefon yang berada di tangannya untuk membalas chat daripada mamanya dan mengscroll instagram.
*****
Fiqri yang baru keluar dari court terpandangkan Qaisara yang duduk berseorangan di bangku yang disediakan dan sedang bermain telefon. Dia mengambil keputusan untuk mendekati Qaisara.
"Adik" sergah Fiqri.Dia mengambil tempat di sebelah Qaisara.
Qaisara yang terkejut hampir mencampakkan telefon yang dipegangnya. Pantas dia berpaling ke arah Fiqri yang duduk di sebelahnya.
"Abangggg!!" Kecik besar-kecik besar je Qaisara melihat Fiqri sekarang.
"Ye sayang" Fiqri mempamerkan muka tidak bersalah. Dia meletakkan sebelah tangannya di tempat penyandar belakang Qaisara.
Qaisara terdiam. Tak jadi nak marah kerana Fiqri memanggilnya dengan panggilan 'sayang'. #Qaisaramelt
"Eii abang ni. Cuba tegur elok-elok. Tak pun bagi salam. Ni tak, main sergah je. Kalau telefon adik jatuh tadi macam mana? Nak ganti ke? Nasib adik tak de sakit jantung, kalau tak dah lama adik tinggalkan abang." bebel Qaisara.
"Daripada adik membebel, baik adik teman abang pergi kedai bawah tu. Nak beli makanan. Lapar la." Rengek Fiqri. Dia mula bangun dari kerusi.
Qaisara melihat jam tangannya. 'Patut la pakcik sorang ni lapar. Dah pukul 4.30 rupanya.' bisik hati Qaisara.Dia mula bangun dan mencapai mineral water yang dia bawa tadi. Takkan nak tinggal pulak.
Mereka beriringan ke kedai yang berhampiran. Senyuman dilemparkan kepada pemain-pemain dari sekolah lain yang berpampasan dengan mereka.
Fiqri membeli keropok lekor, 2 cucuk bebola dan air milo. Qaisara hanya memerhati.
"Adik nak beli pape tak?" soal Fiqri apabila melihat Qaisara hanya mendiamkan diri dan asyik mengikutnya sahaja.
"Tak. Adik dah ada mineral ni cukup la." balas Qaisara.
Mereka kembali ke tempat Qaisara duduk tadi.
^^
continue bab 10
sis buat pjg sikit bab sweet dorang.
abaikan la typo semua tu mls nk check
byee
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...