Qaisara dan Fiqri berjalan ke tempat parking dan menuju ke kereta milik Fiqri setelah selesai menonton wayang. Ketika Qaisara hendak membuka pintu kereta, sebuah kereta Gen2 hitam berhenti di belakang kereta Fiqri secara tiba-tiba. Seorang lelaki bertopeng dan memakai topi keluar dari tempat duduk belakang bersama ssepucuk pistol yang diacukan ke arah Fiqri.
Fiqri terdiam. Dia mengangkat kedua tangannya. Dia risau jika Qaisara diapa-apakan.
Lelaki tersebut merentap tangan Qaisara lalu menarik Qaisara ke arah kereta tersebut.
Qaisara meronta-ronta minta dilepaskan. Fiqri yang mahu bergerak ke arah lelaki tersebut terkaku setelah melihat Qaisara berada di dalam pelukan lelaki tersebut bersama pistol yang diacukan ke arah kepala Qaisara.
"Baik kau duduk situ diam-diam sebelum aku tembak kepala perempuan ni." Arah lelaki tersebut.Air mata Qaisara mengalir kerana ketakutan.
"Awakk" panggil Qaisara.
"Diam la bodoh" kepala Qaisara ditunjal menggunakan pistol. Dia segera menarik Qaisara masuk ke dalam kereta. Kereta tersebut meluncur laju meninggalkan Fiqri.
"Qaisara!!" jeritan Fiqri bergema di tempat parking yang tertutup itu. Matanya mengecam no plat kereta tersebut. Dengan segera, dia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin dan pantas memandu mengejar kereta tersebut.
Sementara itu, dalam kereta Gen2, Qaisara menjerit-jerit meminta pertolongan.
"Wei perempuan. Aku kata diam kan. Diam la." kata lelaki yang menculik Qaisara. Melihatkan Qaisara yang masih tidak dengar kata, lelaki tersebut mengambil keputusan melempang Qaisara kuat menyebabkan Qaisara pengsan.
"Kau buat apa bodoh? Kau jangan macam-macam. Bos marah nanti." marah kawannya yang sedang memandu.
"Dia pengsan je. Nanti bangun la tu. Sakit pulak telinga aku dengar perempuan ni menjerit." bersahaja lelaki tersebut menjawab.
Telefon milik lelaki yang menculik Qaisara berbunyi. Segera diangkat setelah bosnya menelefon.
"Hello bos. Kitaorang dah culik perempuan tu. Ni ada dekat sebelah saya."
"Bagus.. Datang tempat kita jumpa hari tu. Nanti aku bagi upah. Pastikan tak ada sesiapa yang ikut."
"Okay bos" lelaki tersebut mematikan panggilan.
"Bos kata bwa perempuan ni dekat tempat kita jumpa dia hari tu"ujar lelaki tersebut.
Kawannya hanya menganggukkan kepala lalu menekan pedal minyak untuk memecut.
*****
Fiqri tidak dapat mengejar kereta tersebut. Dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah keluarga Qaisara sebelum membuat laporan polis.
'Abang akan selamatkan Qaisara.' tekad Fiqri.
^^
yeayy Qaisara kena culik hihihi
thnks for 1K!!
vote la byk2
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...