Bab 45

3.2K 73 0
                                    

Fiqri menghampiri Qaisara yang sedang termenung sambil duduk di kerusi menghadap tasik.

"Assalamualaikum.Sorry late" Fiqri mengambil tempat di sisi Qaisara.

"Waalaikumsalam. Sokay. Tepat masa." Qaisara masih tidak mengalihkan pandangannya.

"Kenapa adik nak jumpa ni?" Soal Fiqri.Dia berpaling menghadap Qaisara.

Qaisara mengeluarkan kotak baldu yang berisi cincin dan sampul yang berisi gambar mereka.

"Kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang suruh mak ayah abang datang merisik Q padahal abang cintakan Kak Farhah. Apa yang abang cuba lakukan ni?" Qaisara bersuara dengan nada meninggi.

"Abang buat semua ni sebab abang sayangkan Q. Dont worry about Farhah. Abang dengan dia dah lama putus. Sejak Q hilang tanpa khabar berita 7 tahun lepas, abang rasa macam hilang sesuatu. Abang yang putuskan hubungan abang dengan Farhah sebab abang tak nak seksa dia dah. But kitaorang still berkawan. Abang tak nak kehilangan adik lagi. Lepas nampak adik dekat pantai PD hari tu, abang amik keputusan untuk merisik adik." pangjang lebar Fiqri berkata dengan nada memujuk.

Qaisara terdiam. Dia memandang ke dalam mata Fiqri.

Fiqri bangun lalu mencapai kotak baldu yang berada di tangan Qaisara. Dia membuka kotak tersebut. Setelah memastikan tidak ada orang di sekeliling mereka, Fiqri mula melutut. Kotak yang berada di tangannya dihulur ke arah Qaisara.

"Will you be my wife, Qaisara Adriana?" Fiqri memandang tunak ke dalam mata Qaisara.

Qaisara terdiam. Terasa macam berada di alam mimpi. Lelaki yang dia cintai sejak 7 tahun lepas melamarnya pada hari ini. Perlahan-lahan air mata kegembiraan mengalir keluar.

"Ehh adik. Kenapa ni? Jangan la menangis. Abang ada silap cakap ke?" Cemas Fiqri dibuatnya apabila melihat Qaisara menangis.

Qaisara menggeleng.Dia menyeka air matanya lalu tersenyum memandang Fiqri.

"Bila kita nak kahwin?" soal Qaisara.

Fiqri tersenyum lebar. Dia membuat sujud syukur kerana Qaisara terbuka hati untuk menerimanya. 

"Minggu depan abang hantar rombongan meminang sekali bertunang. Hujung bulan depan kita nikah. Okay?" dengan nada teruja Fiqri berkata.

"Awalnya. Mana sempat nak buat persiapan." bantah Qaisara.

"Minggu ni sayang cuti seminggu kan? Sempat beli barang. Kita buat yang wajib je. Dulang-dulang tu tak payah. Nanti datang untuk sarung cincin je." balas Fiqri.

Qaisara menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Dia menyarungkan cincin tersebut ke jari manisnya. Nasib sesuai. Tidak terlampau besar dan tidak terlampau kecil.

Senyuman lebar menghiasi wajah Fiqri. 

^^

hehe sorry lmbt

sis bile dh lyn youtube mmg byk keje tak jln..

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now