Bab 5

3.8K 109 0
                                    

Seorang budak lelaki berjalan keluar dari dorm yang menempatkan beberapa pelajar SBW.

"Wei cepat la" gesa budak lelaki tersebut.

"Sabar la Fiq. Yang kau nak marah-marah ni kenapa? PMS eh?" balas salah seorang kawan budak lelaki tersebut. Yang lain hanya tergelak mendengar soalan daripada Aiman.

Fiqri hanya menjeling ke arah Aiman.Kalau bukan sebab Aiman ni kawan baiknya dah lama dia siku Aiman.

"Korang ni boleh cepat sikit tak. Macam perempuan la. Entah apa yang korang buat tah. Kita dah lambat nak pergi prep la. Nanti warden marah kalau dia nampak kita still dekat sini. Kau bukan tak kenal warden macam mana. Kang dia ingat kita ponteng. Aku tak nak la kena denda. Jatuh air muka aku sebagai ketua dorm yang ......." kata-kata Fiqri terhenti apabila sebelah tangan Aiman menutup mulutnya.

Aiman segera melepaskan tangannya daripada mulut Fiqri. "Stop membebel please. Macam mak nenek tau tak. Mak nenek pun tak membebel macam kau. Pok pek pok pek tak berhenti." 

Fiqri terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Aiman.

"Jom ah gerak. Yang kau tercegat dekat situ dah kenapa?" Sergah Aiman.

"Nak gerak la ni." Fiqri menjeling Aiman lalu bergerak ke kelas prep.

*****

Selepas supper Fiqri bergerak balik ke dorm. Memandangkan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM, dia telah menghadkan permainan kesukaannya iaitu bola tampar. Dia mula bermain sejak daripada tingkatan 3 lagi. Sebelum bermain bola tampar, dia adalah wakil negeri bagi permainan hoki. Setelah setahun belajar bermain bola tampar, dia mula pandai bermain sampai peringkat negeri. Dia juga merupakan pemain utama untuk pasukan sekolahnya. 

Tiba-tiba dia teringat dekat budak perempuan yang memandangnya beberapa hari lepas semasa latihan bola tampar dengan SMKF di SBW.

"Comel." tanpa sedar Fiqri menuturkan perkataan tersebut.

"Apa yang comel?" soal Aiman yang terdengar apa yang dikata oleh Fiqri.

"Hah? Err nothing." Fiqri tersedar. Lantas berpura-pura membaca buku Chemistry. Biasa la budak sains. 

Aiman hanya menggelengkan kepalanya dan kembali mengulangkaji.

*****

Qaisara mengstalk instagram bancik. Dia ingin mencari instagram kepunyaan budak lelaki yang membuat jump serve semasa latihan di SBW lepas. Beberapa minit kemudian dia telah menjumpai instagram budak lelaki tersebut.

@fiq_wfie  

"Yeayyy dah jumpa" sorak Qaisara riang.

"Sara, kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni. Pergi tidur." arah abangnya yang kebetulan lalu di hadapan biliknya. 

"Opss. Okay bang." Qaisara segera menutup lampu biliknya.

Apa ingat Qaisara ni anak tunggal ke? Dia mempunyai 2 kakak dan seorang abang.dan dia merupakan anak bongsu. Kakaknya yang sulung, Qraisya Nabila berumur 24 tahun. Kakaknya merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat. Kakaknya yang nombor 2 pula, Qistina Izzati berumur 22 tahun. Bekerja sebagai Sales Assistant di kedai barangan bayi Manjaku berdekatan dengan rumah. Abangnya, Qalif Adrian berumur 18 tahun. Bekerja di restoran makanan segera  KFC sementara menunggu panggilan untuk masuk ke universiti.Dan akhir sekali ialah Qaisara Adriana. Berumur 16 tahun. Pelajar SMKF.

Qaisara menutup telefon bimbitnya dan mula berlayar ke alam mimpi.

^^

abaikan typo 


TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now