Bab 37

2.7K 75 1
                                    

Qaisara melangkah dengan penuh yakin masuk ke dalam hospital yang bakal jadi tempat pekerjaannya jika dia diterima. Dia berjalan mendekati kaunter untuk bertanyakan tempat temu duga.

Selepas mengatahui tempat temu duga tersebut, Qaisara berjalan menuju ke lif untuk naik ke tingkat paling atas iaitu tingkat 10. Semasa di dalam lif, Qaisara perasan seseorang tetapi dia mengabaikan perasaan tersebut. Apabila dia sampai di tingkat 10, dia keluar dari lif lalu membelok ke kanan seperti yang jururawat di kaunter tersebut arah.

Qaisara berhenti betul-betul di hadapan meja yang mungkin kepunyaan setiausaha pemilik hospital tersebut.

"Err Assalamualikum. Tumpang tanya boleh?" tegur Qaisara. Dia memerhatikan perempuan yang duduk di meja tersebut.

"Waalaikumsalam. Ye cik, boleh saya bantu?" soal wanita tersebut sambil mendongak memandang Qaisara.

"Saya Qaisara Adriana. Saya datang untuk temuduga. Betul ke ini tempatnya?" Qaisara melihat nametag yang tersemat di baju belah kanan wanita tersebut. Wardah.

"Ouh cik Qaisara. Saya Wardah. Ye betul ini tempatnya. Sekejap ye saya bagitau bos." Wardah mula bangun lalu berpusing dan berjalan menuju ke sebuah pintu pejabat yang terletak di belakangnya.

Sementara itu Qaisara membetulkan baju kurung berwarna biru lembut dipadankan degan tudung putih. 

Wardah kembali semula ke Qaisara yang sedang menunggu.

"Cik Qaisara boleh masuk. Bos tunggu di dalam." arah Wardah tersenyum.

"Thanks" ucap Qaisara ringkas. Dia mengetuk pintu pejabat tersebut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam.

*****

Fiqri berjalan masuk ke dalam kafeyang pihak hospital sediakan. Dia membeli sandwich dan setin air nescafe. Setelah membuat pembayaran, Fiqri duduk di meja yang agak tersorok. Matanya melilau memandang sekeliling sambil mengunyah sandwich tersebut. Matanya terhenti pada seorang wanita yang duduk berdua bersama seorang lelaki. 

'Qaisara' detik hati Fiqri. 

Dia hanya memerhatikan Qaisara yang sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki yang dia tidak kenali kerana lelaki tersebut membelakangkan dia. Wajah yang dirinduinya saban hari.  Dia leka memerhatikan untuk melepaskan rindu. 

Tiba-tiba telefonnye berdering. Tumpuannya beralih ke telefon yang berbunyi. Terpapar nama Syafiqa di screen telefonnya. Panggilan tersebut diabaikan. Matanya kembali memandang meja yang Qaisara duduk tetapi Qaisara tidak lagi kelihatan di situ. Matanya melilau ke sekeliling kafe tetapi wajah Qaisara masih tidak dijumpai. Dia mengeluh perlahan.

Fiqri bangun lalu beredar kembali naik ke biliknya.

'Abang rindu adik'

^^

huuuuuuuuuu triple update

esk sis x update so jgn rindu pulak.(perasan)

sorry la. sis kecik lagi. tak tahu mcm mne interview dkt hosp huhuhu

#fiqsara or #fiqnaz ?

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now