Bab 26

2.5K 79 0
                                    

Qaisara melangkah masuk ke SBW bersama Ariana. 

"Akak bagitau apek yang akak datang dengan Q?" soal Qaisara.

"Tak" jawab Ariana sepatah. 

Ariana dan Qaisara datang ke SBW kerana Fiqri. Fiqri mahu mereka berdua melawatnya buat kali terakhir sebelum Fiqri menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar. Fiqri tidak tahu yang Qaisara datang bersama Ariana kerana Qaisara berbohong ke Fiqri bahawa dia tidak dapat datang kerana dia perlu mengikuti mama dan ayahnya pulang ke kampung.

"Apek kata dia tunggu dekat pondok tepi tangga nak turun padang." kata Ariana. 

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pondok tersebut. Malangnya pondok tersebut kosong. Seorang manusia pun tiada di situ. 

"Tak de pun kak. Mana ni?" Rungut Qaisara. Dia teruja mahu berjumpa dengan Fiqri setelah beberapa bulan tidak berjumpa. 

"Ha tu. Dekat surau tu. Dengan Bancik" Jari telunjuk Ariana laju menunjuk ke arah surau dimana tempat Fiqri dan Bancik sedang duduk berborak.

Laju Ariana dan Qaisara berjalan menghampiri dua lelaki itu.

"Assalamualaikum" ucap Qaisara sambil tersenyum. 

"Hai Bancik" Ariana menegur Bancik terlebih dahulu.

Dua lelaki tersebut menjawab salam yang Qaisara beri secara serentak.

Bancik membalas teguran Ariana dengan melambaikan tangan kanannya.

Qaisara duduk di sebelah Fiqri. 

"Hai abang" 

"Hai. Kata tak datang. Tipu je" kata Fiqri dalam nada rajuk.

Qaisara tergelak kecil. "Saja. Mak ayah memang balik kampung tapi adik tak ikut" 

Fiqri hanya menganggukkan kepalanya sambil mata memandang ke arah depan.

Bancik sudah berlalu dari situ menuju ke gelanggang bola tampar di bawah. Ariana pula duduk di sebelah Qaisara sambil leka menaip sesuatu di telefonnya.

"Kak Farhah kirim salam. Dia kata adik ganti dia datang hari ni." kata Qaisara perlahan sambil melihat riak muka yang Fiqri pamerkan setelah beberapa minit keadaan sunyi.

"Kalau dia ada mesti best kan?" Riak gembira Fiqri pamerkan apabila menyebut nama Farhah.

Qaisara hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan. Dia memaingkan wajahnya ke hadapan. Melihat beberapa pelajar SBW lalu di hadapan mereka untuk pergi ke padang.

'Adik ada tak best ke bang?' Soalan itu hanya mampu ditanya di dalam hati. 

*****

"Akak jom balik. Dah nak pukul 7 dah. Nanti lambat pulak sampai rumah." Qaisara mengajak Ariana pulang kerana jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 

"Ha jom la. Tapi jom amik gambar dengan Apek n Bancik dulu." Ariana memanggil Fiqri yang berada di tepi gelanggang.

Selepas berbual di surau tadi, Ariana, Qaisara dan Fiqri turun ke gelanggang bola tampar untuk melihat latihan yang Bancik jalankan. 

"Kenapa?" soal Fiqri apabila berada di hadapan Ariana.

"Kitaorang nak balik dah. Dah lewat ni." kata Ariana. Qaisara hanya diam memandang Fiqri.

"Ouh. Jom ah aku hantar sampai atas"pelawa Fiqri.

"Tapi kitaorang nak amik gambar dengan kau and bancik." balas Ariana pula.

Mereka bertiga bergilir-gilir mengambil gambar bersama Fiqri.

"Panggilkan Bancik boleh? Nak amik gambar dengan Bancik" pinta Ariana.

Fiqri beredar ke arah bancik yang sedang bercakap dengan pemain SBW di tepi gelanggang. Selepas itu, bancik menghampiri Ariana dan Qaisara. Tempat bancik digantikan dengan Fiqri buat sementara.

Beberapa keping gambar diambil bersama bancik. 

Ariana dan Qaisara segera beredar keluar dari kawasan gelanggang tanpa memberitahu Fiqri. Mereka tidak mahu menyusahkan Fiqri.

Fiqri yang perasan akan ketiadaan Qaisara dan Ariana segera mencari dimana mereka berada. Kelihatan mereka baru sahaja tiba di tangga untuk naik ke atas. Segera dia mencapai telefonnya dan bersalaman dengan bancik. Dia berlari pantas agar dapat mengejar Ariana dan Qaisara yang sudah sampai di pertengahan tangga.

"Wei sekejap la" jerit Fiqri apabila hampir sampai di belakang mereka. 

"Asal tak cakap dulu before gerak?" sal Fiqri sambil memandang Qaisara yang hanya diam.

"Tak nak la menyusahkan kau nak mengahntar kitaorang sampai guard bagai. Baik kau pergi naik dorm kau sana" Ariana menghalau Fiqri secara baik lalu berjalan bersama Qaisara.

"Mana ada menyusahkan. Aku tak hantar sampai guard la. Setengah jalan je aku hantar" Fiqri masih berdegil mahu menghantar Ariana dan Qaisara walaupun separuh jalan.

Melihat Qaisara mendiamkan diri, beg yang disandang Qaisara segera ditarik.

"Adik kenapa diam je?" soal Fiqri. Ariana dibiarkan jalan di hadapan manakal Fiqri dan Qaisara berjalan di belakang. 

Qaisara menggelengkan kepalanya.Tiba-tiba dia teringat akan hadiah yang dia mahu berikan kepada Fiqri. Lantas segera beg sandang yang dibawa diselongkar. Hadiah yang berbalut cantik dihulur kepada Fiqri. 

Fiqri menjongketkan kening. Hadiah yang dihulur tetap diambil.

"For you" jawab Qaisara ringkas. 

"Ouh thanks" ucap Fiqri. Dia membelek-belek hadiah yang diberikan oleh Qaisara. 

Apabila separuh jalan hendak sampai di pondok guard, Fiqri berhenti.

Qaisara juga turut berhenti apabila melihat Fiqri berhenti. Kening dijongketkan tanda kenapa.

"Ariana. Aku hantar sampai sini je eh.Bye. Hati hati" jerit  Fiqri kepada Ariana. 

"Ariana berpusing kebelakang apabila namanya dilaung.

"Ouh ha okayy. Thanks hantarkan. Goodluck SPM" jerit Ariana semula membalas. Dia berhenti di situ untuk menunggu Qaisara.

"Adik, thanks sebab sudi datang lawat abang dekat sini. Thanks untuk hadiah ni juga. Take care. Sayang adik." Fiqri bberpaling ke arah Qaisara yang berada  di sebelahnya pula. Senyuman dihadiahkan ikhlas buat adiknya.

"Abang jaga diri. Goodluck SPM. Adik sayang abang."  Qaisara menghadiahkan senyuman sedikit hambar lalu berjalan meninggalkan Fiqri dan mendekati Ariana tanpa berpaling lagi.

Fiqri memandang sahaja langkah Qaisara dan Ariana yang berlalu pergi. Apabila bayangan Qaisara dan Ariana tidak lagi kelihatan, Fiqri beredar ke dorm untuk membersihkan diri dan ke surau untuk solat Maghrib berjemaah.

^^

yess harini sis buat pjg sikit. klau xphm buat2 phm je la

abaikan typo

kkbye

TAKDIR KITA BERDUA ✓ Where stories live. Discover now