Farhah melintas setelah memastikan tiada kereta yang lalu. Tanpa disedari, sebuah kereta yang sedang meluncur laju menuju ke arahya.
"Farhah!!" jerit seseorang.
Farhah memandang ke arah kereta yang laju mendekatinya. Dia memejamkan mata tatkala kereta itu semakin menghampiri.
Farhah terasa seperti berada di dalam pelukan seseorang. Dia membuka matanya. Kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di bawahnya. Dia pantas berdiri apabila menyedari lelaki yang menyelamatkannya adalah Fiqri.
Fiqri membuka matanya. Dia berdiri membersihkan baju kemejanya.
"Lain kali hati-hati." kata Fiqri sambil memandang Farhah yang menunduk. Menyedari Farhah yang membisu, Fiqri mengambil keputusan untuk beredar. Hanya kebetulan dia berada di situ kerana baru habis berjumpa dengan Aiman.
"Fiqri." panggil Farhah. Farhah menunjukkan sesuatu di dahi Fiqri.
Fiqri menyentuh dahinya yang terasa sakit. Kelihatan darah mengalir di tepi dahinya. Mungkin disebabkan terhantuk sedikit di jalan tar semasa menyelamatkan Farhah.
"Dahi awak luka." Farhah masih memandang ke arah Fiqri.
"Tak apa. Sikit je ni. Nanti baik la." Fiqri tidak mahu berlama di situ. Dia tersenyum ke arah Farhah sebelum beredar.
Farhah mengejar Fiqri lalu pergelangan tangan Fiqri diraih.
"KIta pergi satu tempat. Saya letakkan ubat dekat luka awak." Kata Farhah dengan serba salah.
"Tak apa la. Saya boleh letak sendiri." tolak Fiqri lembut.
"No. Saya letakkan. Lagipun awak dah selamatkan saya." Farhah tetap berdegil mahu meletakkan ubat di luka Fiqri.
Fiqri hanya diam. Dia mengikut langkah Farhah yang menuju ke kereta.
*****
"Sh*t. Tah lelaki mana yang selamatkan perempuan tu. Kalau lelaki tu tak de tadi mesti perempuan tu dah mati. Erghhh nak tak nak kena cari cara lain untuk hapuskan perempuan tu." rungut seseorang. Dia menekan pedal minyak membuatkan kereta yang dipandunya semakin laju.
*****
Fiqri hanya diam semasa Farhah merawat lukanya. Matanya melihat wajah Farhah yang jarak hanya beberapa inci dari wajahnya. Farhah membawanya ke sebuah tasik berdekatan tempat kejadian.
"Okay done" kata Farhah yang gembira melihat hasil kerjanya.
Fiqri meraba perlahan dahinya yang sudah diletakkan ubat dan ditampal.
"Thanks" ucap Fiqri perlahan. Dia bangun dan berdiri di hadapan Farhah. Senyuman diberikan.
"Thanks juga sebab selamatkan saya tadi." Farhah turut bangun berdiri berhadapan dengan Fiqri.
"Lain kali hati-hati. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital." pesan Fiqri.
"Okayy. Jom saya hantar awak dekat kereta awak balik." Farhah berjalan terlebih dahulu menuju ke keretanya yang diparking berdekatan dengan tempat mereka duduk diikuti dengan Fiqri.
^^
sorry late update hari ni. busy sikit.
nampaknya target nak habiskan dlm 50 bab tak sampai. haihh
sape agaknya yang nak bunuh Farhah?
YOU ARE READING
TAKDIR KITA BERDUA ✓
RomanceHighest ranking: #1 in complete (18/12/18) Sukan bola tampar menemukan Qaisara Adriana dan Fiqri Wafie. Dalam diam Qaisara Adriana memendam perasaan terhadap Fiqri Wafie. Beberapa tahun berhubung, Fiqri Wafie membuat keputusan untuk melamar Qaisar...