"LEPASKANLAH!" Aku meronta kasar untuk melepaskan diri dari pelukan lelaki dihadapan ku yang sering mengambil kesempatan sewaktu ketiadaan ibu.
"Kau memang tak reti nak minta baik-baik?" soalnya lalu menghidu rambut ku dengan mata yang terpejam rapat, dada Imran mula berombak kencang menahan diri yang akan hancur disebabkan nafsu.
"Imran—" Suara ku kian mundur, aku sangat lelah diperlakukan dengan buruk setiap hari oleh setiap lelaki yang berada disekeliling ku termasuk bapa dan abang angkat ku sendiri.
"Kau tak pernah kisah pun kalau budak gatal dekat sekolah tu sentuh kau, kan?" Imran tersenyum sinis melihat air mataku yang melimpah tak bertakung, pelukan nya mula renggang jadi aku segera mengambil kesempatan untuk melarikan diri.
Tapi baru selangkah aku menjauh, rambut ku ditarik kasar menyebabkan kaki kembali melangkah kebelakang kerana kesakitan. Imran hanya ketawa apabila aku merayu setengah mati padanya, saat ini aku benar-benar terdesak.
"Kau memang tak tahu malu kan? Masih lagi tak sedar siapa diri tu lepas dah hancurkan keluarga aku! Sebab kau Tia, mama dan papa aku bercerai!"
Aku jatuh tersembam diatas sofa akibat tamparan hebat dari Imran. Melihat pisau lipat yang tersembunyi kemas di poket beg sekolah yang aku simpan untuk kegunaan kecemasan, terus ku capai lalu acukan pada Imran yang mengundur beberapa langkah dariku.
"Tia tak bersalah, Tia cuma nak ketenangan tapi Tia sedar yang Tia tak akan tenang selagi ada lelaki disekeliling Tia!"
Aku ingin membalas Imran yang gentar apabila menyaksikan keberanian ku cukup buat melukai nya. Dia lalu mencapai kunci kereta diatas meja kopi dan berlalu keluar dari rumah meninggalkan aku yang jatuh terduduk di lantai.
"Atiana Aqisha!"
Aku menoleh apabila namaku dilaung. Terlihat seorang pelajar perempuan dari kelas yang sama dengan ku melambai kan tangannya dan berlari anak menuju ku.
"Saya Ummie Aqisha. Kita sama kelas, sama nama juga." Dengan ramah dia memperkenalkan dirinya sambil mempamerkan name tag di tudungnya.
Aku tak berminat untuk ambil peduli akan perkara seperti itu, "Ada apa ?"
"Em—guru besar panggil awak." Aku mengeluh berat dan beredar dari situ.
"Woi perempuan!" Sejenak mataku terpejam rapat, entah kenapa malang benar nasibku terserempak dengan teman wanita Imran.
"Dekat bilik pengetua ada boyfriend aku. Disebabkan kau, Imran mungkin akan dibuang sekolah jadi kalau pengetua tanya, cakap je 'tak', ok?" ujar Dania berlemah lembut seperti biasa, kenyataan nya dia yang mengetuai kumpulan senior jahat.
Aku mengangguk setuju dan ingin berlalu, tapi masih lagi di tahan."Kau nak mati ke?"
Hampir saja salah seorang dari mereka menghentam ku sebelum ditahan Dania, dia mendekati ku lalu mengusai tudung yang telah kacau akibat di tarik oleh rakan-rakannya sebentar tadi.
"I'm counting on you, be a good girl." ujar Dania dan menolak aku pergi.
"Atiana Aqisha, kamu sihat?" soal pengetua sejurus aku mengambil tempat di hadapannya. Guru disiplin yang berdiri di satu sudut disamping pengetua turut tersenyum pada ku. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Kamu semua tahu kenapa saya panggil?" Pelajar lelaki dihadapan ku masing-masing menggelengkan kepala termasuk lah aku sedangkan kami semua tahu apa puncanya. Dari sudut mata ku lihat senyuman sinis guru disiplin, pasti dia yang membuat aduan tentang kejadian aku dicabul semasa di pondok bas semalam.
"Saya menerima aduan terdapat kes pencabulan keatas pelajar perempuan kelas A-01, Atiana Aqisha, semalam." Tatapan mereka yang membunuh buat aku kecut perut, tak berdaya menyelamatkan diri sama ada di rumah mahupun si sekolah.
"Atiana, betul ke mereka mencabul kamu?" Tindakan pengetua yang bertanya secara umum sangatlah tidak membantu, sebaliknya buat aku merasa lebih takut untuk membongkar kebenaran.
"Atiana?" Suara guru disiplin sedikit menggesa. "Kejadian tu hanya salah faham."
"Awak tak perlu takut Atiana, saya dan pengetua akan lindungi awak." Aku pasti terkesan dengan kata-kata guru disiplin jika belum melihat rupa dibalik wajah baiknya. Lantas aku menggelengkan kepala.
"Saya minta maaf cikgu, tapi kejadian itu hanya salah faham." Pengetua dan guru disiplin sempat berbincang sesama mereka sebelum aku diarahkan pulang ke kelas ditemani guru disiplin. Tangan ku dicengkam nya sewaktu kami berada di tangga sekolah yang sunyi.
"Apa yang awak buat ni? Mereka ada ugut awak ke? Kenapa awak tak jujur?" soal guru disiplin tegas namun suaranya cuba dikawal. Wajahnya langsung tidak ku pandang, jijik!
"Atiana, i'm talking to you!" Dagu ku dicengkam sebelum wajah ku ditolak keatas untuk melihatnya, airmata yang bertakung cuba aku tahan.
"Mereka tak buat apa pun pada saya, saya tak tipu." Sekali lagi aku mengulang perkataan semalam, berharap masalah ini tidak pergi lebih jauh. Tapi ketika aku ingin berlalu, guru disiplin tiba-tiba memeluk ku dengan erat dari belakang membuatkan langkah ku terkunci.
"Saya minta maaf atas apa yang saya dah buat pada awak, saya cuma nak bantu awak keluar dari masalah ni Atiana." Aku tersenyum mendengarkan niat baiknya.
"Bantu?" Sepertinya guru disiplin yang harus dibantu kerana cukup berani mengambil langkah sebegini terhadap muridnya di sekolah.
Sedang di tangga, Imran tenang menyaksikan agenda terlarang itu sambil bersandar di dinding memikirkan kereta audi milik guru disiplin yang bisa dia miliki pada usia semuda ini. Tapi sayang sekali hayatnya tak lama.