BAB LIMA BELAS

7K 311 5
                                    

Sudah seminggu berlalu semenjak Qayyum pulang ke rumah Aqisha yang tidak berapa jauh dari sini, aku pula masih lagi bertahan diposisiku sebagai isteri nombor dua Qayyum dengan harapan aku diberikan peluang untuk menunjukkan bahawa aku layak untuk menjadi isterinya.

Dalam masa seminggu ini bermacam jenis hinaan yang aku terima dari bonda mahupun angah, walaupun angah bukan lah jenis yang banyak cakap tapi jika dia merasa meluat dengan ku pasti dia akan mengingatkan pada ku apa yang bonda katakan saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini.

"Sampai bila-bila pun aku tak akan terima kau sebagai menantu aku!"

"Puan!" Aku hampir saja mencampakkan senduk yang sedang ku pegang kerana terkejut dijerkah begitu oleh pembantu rumah bonda, pembantu itu tersenyum.

"Ada apa kak?" Soal ku sambil menepuk-nepuk dada.

"Maaf puan, saya nak tanya puan nak masak apa untuk malam ni sebab cik Fatimah kata tuan Qayyum akan balik kesini." Aku termenung semula saat teringatkan Qayyum, sememangnya ini adalah minggu kami bersama tapi itupun kalau Qayyum mahu pulang kerumah ini.

"Atiana!" Aqisha yang entah datang dari mana terus memeluk aku dengan erat membuatkan aku kaku serta merta, dalam masa yang sama aku tertanya-tanya apa yang dia lakukan disini.

"Ya Allah Ya Rabbi, rindu nya saya pada awak! Awak sihat tak? Macam mana duduk disini? Mesti best kan?" Bertalu-talu soalan yang diajukan Aqisha kepada ku, belum sempat aku menjawab soalan nya kelihatan kelibat bonda yang masuk kedalam dapur.

"Qisha menantu kesayangan bonda!" Bonda terus memeluk Aqisha dengan erat membuatkan aku yang melihat layanan nya terhadap Aqisha jadi cemburu tapi cepat-cepat aku menghalau perasaan jahat itu.

"Bonda apa khabar? Qisha rindu sangat pada bonda.." Begitu manja Aqisha pada ibu Qayyum, alangkah baiknya jika aku mempunyai hubungan sebaik ini dengan bonda.

"Bonda baik sayang.. kalau betul rindu kenapa tak datang ziarah bonda?" Rajuk bonda dipujuk Aqisha yang masih saja terus bermanja-manja walaupun bonda sedang merajuk padanya, mereka berdua ketawa besar sebelum Aqisha mengalihkan pandangannya padaku.

"Atiana, bonda ada marah awak tak?" Soal Aqisha pada bonda yang terus merenung wajahku, aku menundukkan pandangan sebelum mendengarkan suara Qayyum yang memberi salam pada kami dipintu dapur.

"Bonda sihat?" Bonda memeluk Qayyum lalu mengangguk.

"Alhamdulillah sihat, Qayyum dengan Qisha ni sihat ke? Perut tu dah ada isi?" Nakal saja bunyi soalan bonda pada mereka berdua, Aqisha terus tersipu malu manakala Qayyum pula mencuri-curi lihat kearahku.

"Okay bonda faham, mesti kamu berdua tak nak bagitahu disini memandangkan ada orang luar yang akan curi dengar perbualan kita." Pandangan tajam bonda beralih padaku, Qayyum mengeluh perlahan.

"Bonda mari kita ke depan, Aqisha ada kejutan besar buat bonda." Bonda terus ketawa riang saat mendengarkan kata-kata Aqisha yang sebenarnya mahu memberikan aku dan Qayyum ruang berdua.

"Awak dah makan?" Soalku sebaik saja tiga saat telah berlalu sepi tanpa sapaan dari Qayyum yang kelihatan nya gugup, dia laju mengangguk.

"Dah, dah. Awak dah makan?" Aku mengangguk dengan senyuman, tangan ku mula memotong bahan-bahan masakan.

"Awak sihat ke?" Keningku terangkat mendengarkan soalan basa basi dari Qayyum yang benar-benar kekok padaku, aku menuangkan jus buah kedalam gelas lalu ku berikan padanya.

"Sihat alhamdulillah, awak tu sihat ke? Nampak macam gugup je?" Qayyum menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih padaku, haih ada sajalah perangai Qayyum yang membuatkan aku senang hati.

"Puan biar saya uruskan, puan duduklah dihadapan beriadah sekali dengan keluarga tuan Qayyum.." Cadang pembantu rumah yang paling tua disini, aku memandang Qayyum yang mengangguk setuju jadi aku pun ikutkan saja keinginan mereka.

Aku mengambil tempat diatas sofa single yang masih kosong disitu sambil terus mendengarkan topik yang disembang oleh bonda dan Aqisha tanpa ada niat untuk menyampuk, kepulangan Fatimah dan Angah telah mematikan perbualan mereka berdua sebelum Fatimah dan Amirul diajak duduk bersama kerana ada pengumuman penting yang mahu disampaikan.

"Mana Ran?" Soal bonda teruja, Fatimah memandang Amirul yang memandang Along mereka. Qayyum melihat skrin telefon nya sebelum satu lagi enjin kereta kedengaran dihalaman rumah, aku yang tidak tahu apa-apa jadi tertanya-tanya siapakah yang sedang mereka tunggu.

"Panjang umur!" Aqisha kelihatan nya begitu teruja menantikan seseorang yang akan masuk kedalam rumah ini sebentar lagi sehingga Qayyum yang melihatkan keterujaan Aqisha itu berubah cemberut, aku hanya membisu.

"Assalamualaikum." Aku menoleh melihat gerangan lelaki yang barusan memberikan salam. Aku jadi kaku sehingga hilang kata-kata, airmata yang mengalir laju membuatkan dadaku jadi sesak.

"Atiana, awak kenapa?" Soal Qayyum disisi, aku cuba untuk bernafas tenang tapi dadaku merasakan semakin sesak.

"Im...ran" Setelah bertahun-tahun kami berpisah kini aku telah bertemu semula dengan nya, Imran yang tadinya berdiri jauh dariku kini mula melangkah mendekati ku sewaktu aku tergapai-gapai kearahnya.

"Miss are you okay?" Kini kesemua mereka mula panik, aku mengangguk lalu mataku pejam dengan rapat sambil aku cuba bernafas dengan tenang.

"Haih kalau dah namanya perempuan tak tahu malu, memang suka sangat kan ambil perhatian orang.." Sindiran bonda aku hiraukan seperti biasa, saat-saat seperti ini tidak akan aku rosak kan hanya dengan kata sindiran dari bonda. Akhirnya Imran menunaikan janjinya.

"Mari naik berehat." Ujar Qayyum yang memapah ku, aku tidak mengalihkan pandangan daripada wajah Imran yang masih tidak berubah walaupun sudah bertahun-tahun berlalu sebelum kami berlalu naik keatas.

"Awak kenal adik saya, Imran?" Soalan Qayyum aku biar berlalu ditiup angin, tiada jawapan untuk soalan itu memandangkan dia baru menyebut perkataan 'adik'.

"Adik awak?" Soalku semula, Qayyum mengangguk lalu gebar tebal ditarik menutupi bahagian bawah tubuh ku. Entah kenapa sekarang hatiku terasa sangat sedih mendengarkan kenyataan itu.

"Awak berehat lah, malam ni Aqisha tidur sini jadi awak tak keberatan kam kalau saya teman Aqisha untuk malam ni saja ?" Aku hanya mengangguk walaupun hati menjerit tidak, Qayyum tersenyum kemudian berlalu keluar dari bilik.

"Teman?" Keluhan berat aku lepaskan, Aqisha tidak memerlukan teman memandangkan hubungan dia dan keluarga Qayyum sangat baik tapi lain pula dengan aku yang sangat-sangat memerlukan teman.

Cincin pemberian Imran yang aku jadikan sebagai rantai dileher ku buka lalu cincin itu ku tatap lama, bagaimana Imran boleh mempunyai abang dan adik sedangkan dialah satu-satunya anak yang arwah ibu dan uncle ada tapi kini semuanya telah berubah. Imran juga seperti nya sudah lupa terhadap ku..

"Miss are you okay?"

Miss? Tak pernah-pernah Imran memanggil aku begitu sepanjang hayat kami bersama sebagai semua keluarga satu tika dahulu. Ya tuhan apa yang sudah berlaku pada Imran, aku sudah cukup menderita kerana tidak mempunyai sesiapa lagi dalam hidup ini jadi ku mohon jangan mengambil Imran dari ku..

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now