"Sayang thankyou!"
Aku menoleh ke belakang setelah mendengarkan suara ceria Qayyum yang baru pulang dari pejabat, Aqisha yang sedang berborak rancak dengan bonda dipeluk erat oleh Qayyum lalu wajah Aqisha dikucup merata membuatkan Aqisha menjadi lemas.
"Ish abang!" Kedua orang tua Qayyum ketawa melihat gelagat anak sulung mereka yang kelihatan nya benar-benar gembira, bonda mengusap rambut Qayyum.
"Ada apa Qayyum, bukan main gembira lagi anak kesayangan bonda ni?" Lembut saja bonda menyoal Qayyum sehingga terserlah sifat keibuannya yang tidak pernah dia tunjukkan padaku, Qayyum mengucup tangan bonda.
"Masalah dah selesai! Semuanya sebab Qisha tolong selesaikan kerja Qayyum semalam, thankyou sayang!" Aku tersenyum melihat kegembiraan Qayyum, tidak sia-sia aku bantu Qayyum untuk menyelesaikan kerja nya semalam.
"Qisha-"
Aku laju menggelengkan kepala saat Aqisah memandang kearah ku, dia diam membisu sebelum Qayyum memuji nya lagi dan lagi begitu juga dengan bonda. Senang hati ku melihatkan kebahagiaan yang mereka lalui sekarang walaupun semua orang memperlakukan aku seperti tidak wujud.
"Haih.. Syukur Alhamdulillah ada Qisha yang bantu Qayyum, bukan macam yang seorang lagi tu. Hanya tahu datangkan masalah pada Qayyum yang terpaksa tanggung semua beban-beban tu.." Aku menundukkan wajah saat tergigit cili sehingga merasakan kepedasan yang berganda melalui perlian bonda, senyuman Qayyum menjadi layu.
"Bonda.." Qayyum memandang kearahku dengan pandangan serba salahnya, aku hanya tersenyum paksa.
"Atiana!" Kami semua memandang kearah pintu rumah sebaik saja mendengarkan ada suara yang melaung namaku.
"Imran, ada apa?" Soal bonda yang benar-benar kerisauan. Imran tersengih sambil menggeleng sebelum menghulurkan sejambak bunga yang dipenuhi dengan coklat dan terdapat sebatang bunga mawar yang sangat merah ditengah-tengah coklat itu, kepadaku.
"Untuk saya?" Soalku yang terpinga, Imran mengangguk teruja.
"Sebagai tanda terima kasih i pada you." Keningku terangkat mendengarkan kata Imran, sejambak bunga itu bertukar tangan.
"Untuk apa kau berterima kasih?" Soal Qayyum yang memandang aku dan Imran silih berganti, aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Terima kasih sebab Atiana tolong siapkan kerja aku, kalau dia tak talong aku semalam mesti meeting kita tadi blank je. Thank you" Aku memandang Ummie Aqisha yang menundukkan wajahnya menunjukkan dia hampa kerana Inran menyangka bahawa aku yang membantu nya.
"Bila nya dia tolong Imran?" Soal bonda dengan riak tidak puas hati seperti biasa, Imran merenung aku lama sebelum dia mendekatiku.
"When i fall asleep?" Dengan senyuman nakal Imran menjawab soalan bonda, aku mengalihkan wajah saat Qayyum berdehem kuat menyentak tatapan mata aku dan Imran.
"Dasar perempuan murahan! Lepas dah rampas anak pertama aku sekarang anak nombor dua aku pula? Kau ni memang tak tahu malukan? Masuk bilik orang lelaki tengah malam? Entah apa yang kau niatkan sebenarnya?" Aku menundukkan wajah saat dimaki seperti biasa, Aqisha mahu membantu tapi aku menahan nya dengan gelengan kepala.
"Bonda tak baik salah sangka. Imran yakin niat Atiana baik, sepatutnya bonda puji Atiana sebab dah mudahkan kerja Imran.." Pujuk Imran, bonda menghela nafas berat sebelum aku dijeling nya lagi.
"Dah lah!" Bentak bonda dan berlalu masuk kedalam rumah semula, Imran ketawa melihat gelagat bonda nya manakala suasana antara Qayyum, Aqisha dan aku hanya suram.
"Atiana saya nak bercakap dengan awak." Kata Qayyum sebelum berlalu masuk kedalam rumah diikuti Aqisha yang kelihatan nya begitu serba salah padaku, aku hanya tersenyum.
"You memang suka senyum walaupun lepas bonda maki you?" Aku hanya menatap lama wajah Imran tanpa ada rasa mahu membalas nya, sejambak bunga itu aku berikan semula pada Imran.
"Awak yang buat bonda maki saya, kenapa awak buat ni semua?" Soalku dengan begitu naif, Imran tersenyum sumbing.
"Oh you dah tahu?"
"Awak kenal Aqisha lebih baik dari saya Imran, awak tahu setiap gerak geri dia tapi awak sengaja libatkan saya. Apa yang awak nak?" Suara ku masih tenang walaupun darahku mendidih saat ini, tanganku Imran tarik lalu dikucupnya lembut.
"I don't know, i just hate you." Aku mengeluh berat sebelum tangan nya aku tepis dan aku berlalu masuk kedalam rumah mencari Qayyum.
Pasti dia marah.
"Qayyum?" Laungku sewaktu kelibat Qayyum tidak kelihatan didalam bilik kami, Qayyum keluar dari beranda bilik mendekati ku.
"Apa hubungan awak dan Imran? Tolong beritahu kebenaran nya pada saya sebab saya tak sedap hati mengenai hal itu." Dengan jujur Qayyum menyatakan apa yang terbuku dihatinya, aku duduk disisi Qayyum.
"Seperti yang saya beritahu pada awak sebelum ni. Imran abang angkat saya semasa kami disekolah menengah, itu saja." Ringkas saja jawapan ku tapi itulah point yang paling penting, Qayyum masih lagi berkerut hairan menandakan dia tidak puas akan jawapan ku.
"Abang angkat? Maksudnya awak dan Imran ialah adik dan abang angkat masa disekolah dulu seperti saya dan Qisha?" Kini aku pula yang berkerut hairan, tidak aku sangkakan bawa Qayyum dan Aqisha juga adalah adik beradik angkat kerana Aqisha mempunyai keluarga tidak seperti ku.
"Awak dan Qisha adik beradik angkat?" Soalku semula, Qayyum menggeleng.
"Bukan adik beradik angkat cuma adik dan abang angkat, macam awak dan Imran." Aku mengangguk faham akan maksud pada ayat itu, jadi Qayyum memikir kalau aku dan Imran ialah adik dan abang angkat memandangkan itu adalah Adat pelajar sekolah.
Berangkat, adik/abang dan kakak.
"Tolong jangan buat macam tu lagi, awak kena jaga batas dengan Imran tidak kira siapa dia pada awak dimasa lalu. Awak tak boleh masuk bilik dia tengah malam walaupun niat awak baik, awak tak nak kena marah dengan bonda lagi kan?"
"Saya minta maaf-"
"Boleh tak awak jangan menyampuk bila saya tengah bercakap? Mana hormat awak?!" Aku menundukkan wajah saat suara Qayyum menampar kendang telinga ku, air mata ku paksa tahan. Salah aku juga yang sering memotong percakapan nya.
"Saya nak mulai dari hari ni-" Ketukan kuat dipintu bilik membuatkan percakapan Qayyum terhenti, pintu bilik dibuka Aqisha dengan wajah sembab nya. Qayyum terus berlari mendapatkan Aqisha dimuka pintu.
"Sayang kenapa ni???" Soal Qayyum penuh kerisauan, aku juga dilanda kerisauan bila melihatkan keadaan Aqisha.
"Atiana tak bersalah abang, Qisha yang salah.." Kata Aqisha dalam esakan, Qayyum menariknya kedalam pelukan lalu memujuk Aqisha supaya bertenang.
"Disebabkan saya abang Qayyum marah awak, maafkan saya Atiana..." Rayu Aqisha bersungguh-sungguh, aku menggeleng.
"Tak apa Qisha, saya tak ambil hati pun. Awak bawa bertenang ya.." Pujuk ku pula, Qayyum terus membawa Aqisha masuk kedalam bilik mereka.
"I pelik lah dengan you ni Atiana, kenapa you baik sangat? Kenapa you tak bagitahu je yang sebenarnya Aqiah lah perempuan murahan yang masuk bilik i tengah malam? Dan you sebenarnya yang bantu suami you."
Aku menggeleng kepala tidak mahu termakan dengan kata-kata Imran sebelum berlalu turun kebawah untuk memasak makan malam diikuti Imran yang tidak mahu mengalah untuk berdebat dengan ku, aku jadi pelik dengan perangai Imran yang sepertinya sama seperti Imran yang dulu. Apa dia sebenarnya sudah ingat pada aku dan masa lalunya?
"I just hate you.."