Qayyum memandang sepi beg kertas yang diberikan oleh adik perempuan nya Fatimah beberapa saat yang lalu, pemberian isteri keduanya itu langsung tidak menarik perhatian nya memandangkan dia ada janji temu bersama isteri pertamanya nanti tengahari.Pintu biliknya dicerobohi tanpa diketuk terlebih dahulu, kelihatan seorang lelaki yang agak mirip dengan nya melangkah masuk kedalam bilik pejabatnya dengan wajah bengis lalu fail ada bersama nya dicampakkan keatas meja Qayyum.
"Apa kau buat ni Qayyum? Semua salah!" Tengking nya, Qayyum mengeluh berat sebelum fail itu disemak sendiri oleh nya.
"Apa yang salah nya Ran? Dah lebih sepuluh kali aku check fail ni sebelum bagi pada kau." Berkerut-kerut kening Qayyum yang hairan akan sikap baru lelaki yang berada dihadapan nya kini.
"Aku tak nak kau buat kerja sambil lewa macam ni Qayyum, pastikan kau hantar balik fail ni pada aku nanti petang dalam keadaan yang sepatutnya ataupun aku serahkan kerja ni pada Amirul dan Fatimah." Sempat Qayyum diugut oleh lelaki yang mempunyai pangkat lebih besar darinya itu sebelum lelaki itu ingin berlalu tapi ditahan oleh Qayyum.
"Aku tahu kau marah pada mama sebab terima pinangan tu tapi janganlah libatkan kami yang sentiasa sokong kau, nah makan ni." Qayyum menghulurkan beg plastik yang diberikan oleh Atiana kepada lelaki itu tanpa rasa bersalah pun, lelaki tadi hanya menerima pemberian Qayyum dengan keluhan sebelum dia berlalu dari situ.
Beg kertas itu diletakkan disisi meja kerja nya sebelum dia duduk dikerusi lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala sebentar tadi kerana kesalahan kecil yang dibuat oleh Qayyum, jam ditangan dia tilik sebelum punat interkom ditekan.
"Berapa banyak meeting i untuk hari ni?" Soalnya pada setiausaha nya melalui interkom yang menyambung dari bilik nya hingga ke meja setiausaha nya diluar biliknya.
"Ada tiga saja pada hari ini dan semuanya dari syarikat iklan, tuan Imran." Lelaki itu melepaskan keluhan berat lalu pelipis keningnya diurut lembut sebelum dia terlihatkan beg kertas yang diberikan oleh Qayyum sebentar tadi.
Jam ditangan yang sudah menunjukkan tepat pada waktu rehat membuatkan hatinya tergerak untuk menjamah sedikit pemberian Qayyum padanya, bekas dari dalam beg kertas itu dikeluarkan dengan hati-hati sekali takut jika sambal nasi lemak itu tumpah keluar.
" Selamat makan tengahari abang :) "
Tersenyum dia membaca kertas yang dilekatkan pada penutup bekas itu, jadi kakak iparnya yang memberikan bekal ini pada Qayyum tapi apa yang peliknya Qayyum memberikan bekal ini padanya tanpa rasa bersalah memandangkan Qayyum selalu kedekut jika Ummie Aqisha membuat bekal buat nya.
Nasi lemak itu disuap kedalam mulutnya sebelum dia mula mengunyah laju, tidak sangka masakan Ummie Aqisha bertambah sedap saja selepas 5 tahun yang lepas. kali terakhir dia memakan masakan wanita itu kerana hubungan mereka yang terhenti disebabkan lamaran Qayyum pada teman wanita nya.
Mulutnya tersenyum sumbing sewaktu minda nya mengimbas semula kenangan buruk yang terjadi saat itu, bagaimana seorang abang sanggup mengambil kekasih adiknya sehingga membuatkan dia memberontak dan lari dari rumah. Sudahlah kedua ibu bapa mereka memberikan restu pada hubungan Qayyum dan Aqisha, makin sakit saja hatinya.
"Wake up Imran, perkara dah lepas jangan dikenang lagi.." Gumamnya sendiri untuk menyedapkan hati yang sedang terluka akibat dipaksa berkahwin terus oleh bonda mereka, sudah lah dia merajuk pada keluarga nya tapi boleh pula bonda mereka merancangkan perkahwinan buatnya dalam diam.
"Imran!" Hampir saja dia tersedak kacang sewaktu adik perempuan nya menyapa dimuka pintu bilik pejabatnya, Fatimah Azzahra ketawa melihatkan wajah kelat abangnya lalu dia mengambil tempat dihadapan abangnya.
"Kau ni memang tak ada adab kan? Masuk tak boleh nak ketuk dulu?" Omelnya pada adik perempuan nya yang hanya tersengih suka sambil terus meminta maaf, dia kemudian nya menyambung semula makan nya.
"Ran apa khabar? Bila nak balik rumah---eh ni bukan Along punya ke?" Soal Fatimah yang hairan bila melihatkan beg kertas yang diberikan Atiana buat Along nya berada dibilik pejabat abangnya yang lain. Abangnya yang dipanggil Imran itu hanya mengangguk.
"Kak Tia buat ni khas untuk Along tapi Along bagi pada Imran pula! Langsung tak pandai menghargai pemberian isteri!" Omel Fatimah pula, abangnya berkerut hairan mendengarkan nama baru dalam kisah hidup mereka.
"Kak Tia, siapa?" Fatimah menjeling abangnya.
"Itulah Ran, lain kali balik rumah bila ayahanda suruh. Tengok sekarang apa pun Ran tak tahu.." Fatimah terus menerus mengomel pada abangnya sehingga Imran naik sebal dan terus menghalau Fatimah keluar dari bilik pejabatnya.
"Ish orang datang nak melawat dia tapi dia halau pula Fatimah ni, bye!" Fatimah berlalu keluar dari bilik abangnya dengan wajah cemberut sekali, terpinga-pinga sendiri Imran jadinya kerana soalan nya yang masih belum dijawab.
Atiana;
Assalammualaikum awak ada dekat mana? Sorry ganggu, saya cuma nak tanya apa yang bonda suka makan sebab saya ingat nak masak makanan kegemaran bonda malam ni.Keluhan berat dilepaskan Qayyum setelah membaca lagi pesanan yang dihantarkan Atiana padanya beberapa jam yang lepas, sudah hampir sepuluh kali dia membaca pesanan itu tapi satu idea pun tiada untuk membalas pesanan Atiana walaupun dia hanya perlu menghantar jawapan bagi soalan itu.
"Abang kenapa?" Soal Aqisha yang perasan akan kelainan Qayyum pada malam ini, Qayyum hanya menggeleng.
"Abang ni jangan lah berahsia dengan Qisha.." Rengek Aqisha dengan manja sekali, Qayyum tersenyum. Lega hatinya melayani perangai Aqisha yang sering saja membuatkan dia tertawa gembira.
"Tak ada apa-apa pun sayang.." Aqisha yang bersandar pada bahu Qayyum didakap erat olehnya sebelum wajah Aqisha dikucup bertalu-talu.
"Abang geli lah!" Berusaha Aqisha menolak tubuh sasa Qayyum tapi dia tetap tidak berdaya untuk melawan suaminya yang gagah perkasa itu.
"Jom masuk bilik!" Aqisha didukung lalu dibawa masuk terus kedalam bilik, ketawa besar Qayyum dibuat nya kerana terlalu gembira dapat mengusik isterinya yang tercinta.
Tapi dirumah agam pula....
Atiana masuk kedalam biliknya dengan senyuman yang masih kemas meniti pada bibirnya lalu pintu bilik ditutup nya perlahan, pakaian nya yang telah kotor dibuka lalu bathrobe disarungkan ketubuh menutupi tubuhnya yang terdedah sebaik pakaian nya yang kotor dibuka dan dibawa masuk kedalam bilik air untuk dibersihkan.
Kuah mee kari yang melekat pada pakaian tidurnya sewaktu bonda mengamuk tidak mahu makan lalu mencampakkan dulang yang dipegang nya sehingga kuah mee kari itu tumpah pada pakaian nya manakala rambutnya pula disimbahi dengan mee yang belum berendam didalam karinya oleh bonda juga.
Setelah selesai membersihkan pakaian nya, Atiana membersihkan rambut nya pula. Mee yang melekat pada rambutnya ditarik perlahan satu-satu sambil merenung dirinya dari pantulan cermin, senyuman nya mula mati saat dia tersedar betapa menyedihkan nya dia dan airmata nya menitis juga.
"Aku nak balik.." Gumam Atiana, dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dia katakan sekarang memandangkan dia tidak mempunyai rumah lain untuk dituju saat ini selain rumah mertua nya ini tapi kehidupan nya seharian disini seolah-olah dia telah berada 1000 tahun didalam neraka.
Dia menangis sekuatnya untuk melepaskan rasa sedih yang dia lalui kini, baru berapa hari saja disini tapi dia sudah hampir putus asa dengan apa yang telah dia dapatkan setelah lama menanti kehadiran lelaki sesempurna Raja Qayyum Uqayl kedalam hidupnya.
"Good luck dearself.."