05

9.1K 349 3
                                    

AWAL pagi aku tiba di ofis menyelesaikan kerja semalam yang tertangguh. Kelam-kabut jadinya bila puan Amina juga tiba awal bersama orang-orang penting. Melihat wajahku pucat lesu, dia tahu kerjaku belum sempurna. Puan Amina menghantar orang-orang itu ke bilik pejabatnya.

"Atiana, berapa kali I beritahu U tentang masa? Pangkat U sebagai setiausaha ketua team lebih besar dari semua orang, so U kena bijak menguruskan kerja dan masa U." Lembut puan Amina bersuara, aku jadi serba salah padanya. 

"Selesaikan kertas kerja yang belum siap, dan minta Hana bawa minuman ke bilik I." Tanpa berlengah aku mendekati meja Hana dan memberinya arahan puan Amina, sebelum kembali ke meja ku untuk menyelesaikan sisa kerja.

"Uish kemain aura orang-orang kaya tu. Dah tua pun handsome, walaupun sebenarnya tak." Hana yang telah kembali ke tempatnya mengajak aku bersembang. Kerana jiwanya tak memilik rasa sensitif, dia tak peduli untuk memikirkan suaminya di rumah bila berhadapan dengan lelaki kaya.

"Eh Tia, kau tahu tak yang anak kepada pemilik syarikat kita ini dah balik dari overseas? Dengar cerita dia nak ambil bahagian sebagai pemegang saham syarikat. Nak kumpul harta sendiri." Aku anggukan saja cerita Hana sedang tangan menari riang di atas keyboard. Semakin hebat bicaranya buat semangat ku turut membara.

"Lepas tu kan--"

"Hana, sambung kejap lagi boleh? Saya nak pergi susun fail ni kat bilik mesyuarat." Aku segera berlalu meninggalkan Hana yang mencebik. Pantang ceritanya dipotong orang.

Dengan langkah berat ku dekati pintu. Memanjat doa agar hari ini kembali di permudahkan. Namun sesaat aku membuka langkah, kasut tumit milik Kak Lina tersekat pada karpet rosak di lantai. Menyebabkan aku jatuh seperti nangka busuk bersama fail yang bertaburan.

"Ya Allah, sungguh berat hari ku ini!" keluh aku bangkit dari lantai. Tidak menyedari sosok lelaki yang duduk memerhati ku di hujung ruang.

"U bekerja keras sejak pagi, Tuhan pasti balas kesusahan U." Suara itu menarik aku dari kesedihan. Seorang lelaki datang mendekati ku dan berlutut membantu aku mengutip fail di lantai.

"T-terima kasih encik.." Aku tersenyum kekok, malu memikirkan keluhan ku tadi. Lelaki itu membalas dengan senyum manis. Dia kembali ke tempatnya dan memerhati gerak geri ku, sungguh buat aku tak selesa.

"Halo, good morning-- Atiana." Senyum Danish perlahan-lahan pudar bila melihat Atiana di awal harinya. Bukan dia tak gembira. Cuma kejadian semalam kembali menerjah kotak fikiran dan membuat dia malu akan diri sendiri.

Atiana segera menyelesaikan tugasnya dan ingin berlalu keluar. Dia belum sedia berhadapan dengan Danish setelah apa yang berlaku antara mereka semalam. Namun belum sempat dia melangkah pergi, Danish menariknya ke sisi ruang yang mulai penuh.

"I minta maaf. I menyesal buat U macam tu. I tak berniat pun untuk sentuh U." Danish benar-benar insaf setelah di tampar buat kali pertama dalam hidupnya, lebih-lebih lagi oleh wanita yang dia gilai.

"Kita tak perlu cakap mengenai ini sekarang. Encik Danish sila duduk." Dengan keras hati aku mengendahkan Danish, tetapi dia masih berkeras untuk menyelesaikan urusan kami semalam hingga menarik perhatian puan Amina.

"Encik Danish, ada apa-apa masalah ke?" Tatapan sedih ku berikan padanya agar puan Amina membantu aku keluar dari sini. Danish tenang menggeleng. "Tak ada apa. I cuma nak tanya sesuatu pada Atiana."

Puan Amina mengangguk dan berlalu untuk memberi kami ruang. Dia tak boleh di salahkan kerana pangkat Danish lebih tinggi darinya, jadi mana mungkin dia bertingkah hanya untuk menolak aku keluar bilik.

"Encik Danish, perkara ni kita bincang nanti boleh kan? Saya masih ada banyak kerja di luar."

"Bagi I peluang, please!" rayu Danish bersungguh. Aku fade up dengan sikapnya yang terlalu menjengkelkan dan gemar memaksa. Namun siapalah aku untuk melawan.

"Baiklah, saya bagi Encik satu peluang. Selepas tu Encik janji tak kan ganggu saya lagi." Lekas Danish mengangguk setuju. Kesepakatan yang dicapai bersama membuat keduanya gembira. Atianaakan pastikan ini adalah kali terakhir lelaki itu menyusahkan nya.

"So dinner malam ni?" Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"I tunggu U kat lobi tau." Danish begitu teruja sehingga suaranya menarik perhatian orang-orang di situ. Dengan sengih dia berlalu mengambil tempatnya setelah melambai ku. 

Di saat aku melangkah keluar, suara tadi kedengaran. 

"So this is my very first time to show up like this. My name is Syed Ishak and peace be upon you."

Syed Ishak...

.

.

.

.

SELESAI mengerjakan solat maghrib aku sempat mengurus meja puan Amina sebelum turun ke lobi untuk melaksanakan janji tadi petang. Naik rimas aku di buatnya bila encik Danish muncul di depan mejaku pada setiap jam mengingatkan aku mengenai "temujanji" ini.

"Hey, you're late. " Danish tersenyum lebar sebaik melihat aku di muka pintu syarikat. Dia mengusai kolar baju dan membuka pintu kereta buatku. Sejambak bunga ros mereh dihulurkan setelah aku masuk ke tempat duduk. 

"Terima Kasih." Tanpa basa-basi aku menerima pemberiannya. Danish menahan tawa dengan tangan di mulut. Tidak menyangka hari di mana aku menerima bunga darinya tiba jua.

"By the way, U nampak cantik malam ni." Danish pastinya tidak lepaskan peluang untuk bersembang kerana kami hanya berduaan tika ini. Tidak tahu dari mana perkataan cantik itu datang memandangkan aku masih mengenakan baju yang sama sejak pagi.

Aku menoleh, pakaian Danish tampak kasual. Dia pulang awal ke rumah hari ini hanya untuk menukar pakaian nya?

"U ada cadangan nak makan kat mana?" Danish masih memancing aku untuk bercakap dengan nya. Padahal dia sudah menempah tempat makan buat kami sejak tadi petang.

"Makan kat warung pun boleh." balas ku tak endah. Danish ketawa besar dan mengangguk. Sepertinya dia menjangkakan jawapan itu dari ku.

Perjalanan kami terasa jauh disebabakan jammed yang melanda Kuala Lumpur seperti hari-hari lain. Sudah menjadi kebiasaan ku membuang pandangan ke luar tingkap untuk melihat kerenah manusia tiap kali pulang menaiki LRT. Dari jauh sosok pasangan yang berganding tangan bersama anak mereka di sisi jalan buat aku tersenyum.

"U suka budak-budak?" Laju aku mengangguk bila soalan itu diajukan. Danish tersenyum dan mula mengusik.

"Kalau U sudi kawin dengan I, anak kita mesti ramai." Sungguh aku meluat dengan sikapnya yang terlalu longgar, langsung tak memikirkan sensitif seorang wanita lebih-lebih lagi jika berduaan seperti ini. Wajah yang bahang aku alih semula ke tingkap.

Danish tak lagi bersuara bila gurauan nya di biar sepi. Jari-jemari mengetuk di stereng. Dia risau memikirkan sekiranya guraun tadi melebihi batas dan membuat Atiana marah. Setibanya mereka di kawasan tertutup itu, Danish berlari keluar untuk membuka pintu buat Atiana.

"Silakan." Aku berkerut dahi melihat tempat makan di udara yang terkenal pada waktu ini. Sama persis dengan yang Hana ceritakan padaku berapa hari lalu. Aku belum cukup amalan untuk mati, jadi apa benar selamat di atas sana? 

"Saya gayat." ujar ku pada Danish sedang kami mengikuti pekerja yang memandu ke lobi utama. Namun kelemahan aku dipandang sebagai gurauan, menyebabkan Danish ketawa besar.

"Don't worry, tempat ni dijamin selamat..." Aku tak terpujuk dengan kelembutan nya. Masih sangat was-was terhadap tempat ini. 

"Saya tak nak. Kita makan tempat lain." Danish laju menggeleng lalu dengan selamba menarik lengan baju ku agar mengikutinya. 

"Jangan takut, I ada." bisik Danish.

Dia meminta pekerja perempuan di belakang untuk membantu aku memasang tali pinggang keselamatan. Aku hanya mampu menjeling Danish yang terus memaksa. Tidak termakan sedikitpun kata-kata manisnya kerana masalah gayat aku yang serius.

Punya banyak restoran atas tanah, kenapa yang terapung ni juga awak pilih encik Danish oi!

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now