BAB DUA PULUH

7.7K 307 6
                                    

Aku menatap sunyi ruangan bayi yang telah disediakan didalam satu bilik lebih ditingkat atas rumah agam milik orang tua Qayyum ini, katil bayi dan kesemua permainan milik cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi oleh menantu pertama keluarga ini aku lihat satu-satu.

Apa yang akan terjadi sekiranya aku mengandung anak Qayyum? Apa bayiku akan ditendang keluar dari rumah ini ataupun bayiku juga merasakan kasih sayang daripada semua orang yang duduk didalam rumah agam ini seperti bayi pertama Aqisha dan Qayyum. Aku tidak rela jika anak ku mendapatkan kehinaan yang sama seperti ku, aku tidak rela.

Perutku usap lembut, mata mula terasa hangat sebelum aku memejamkan mata rapat dan air mata pun jatuh bercucuran saat terfikir akan nasib bayiku suatu hari nanti. Aku tidak mahu anak ku melalui nasib yang sama seperti ku tapi aku sendiri tidak dapat membantu diriku jadi bagaimana aku mahu membantu anak ku nanti?

"Atiana?" Airmata ku kesat sebelum aku menoleh, kelihatan wajah Aqisha dengan perut nya yang semakin membulat berjalan perlahan-lahan ke arah ku sebelum perutnya dia usap lembut.

"Awak kenapa?" Aku laju menggeleng dengan senyuman sebelum Aqisha ku paksa duduk diatas kerusi yang aku ambilkan buatnya, pasti dia penat berdiri terlalu lama dengan perut yang besar begitu.

"Awak terfikir lagi mengenai bonda?" Sekali lagi aku menggeleng membuatkan Aqisha tersenyum, tangan ku yang sejuk ditarik lalu digenggam nya kemas.

"Saya percaya bonda akan layan awak dengan baik, bonda pasti akan berubah suatu hari nanti.." Aku hanya tersenyum paksa, tidak tahu sama ada benar atau salah jika aku menerima harapan palsu ini kerana bonda sendiri sudah banyak kali memberitahu padaku bahawa aku tidak akan pernah dia terima sebagai menantu kedua dari anak pertamanya.

"Awak janganlah sedih, kuatkan semangat sebab saya sentiasa ada disini.." Aku mengangguk dengan perasaan terharu. Kadang-kadang aku jadi tertanya mengapa Ummie Aqisha terlalu baik sehinggakan dia sanggup berkongsi dengan ku, apa dia anak seorang malaikat?

"Atiana! Atiana!" Aku dan Aqisha memandang ke arah pintu bilik saat mendengarkan namaku yang dilaungkan berkali-kali, sebelum aku ingin berlalu keluar dari bilik bayi aku sempat membantu Aqisha bangkit dari kerusi dan kami pun berjalan turun kebawah bersama.

"Ada apa bonda?" Aku mendekati bonda begitu juga Aqisha.

Panggg!

"Kau perempuan tak tahu malu! Tiada latar belakang! Kehidupan buruk! Tiada didikan agama! Perempuan kotor! Kau ni sampah masyarakat! Kenapalah anak menantu aku terlalu baik dan kutip binatang kurap seperti kau ?!" Aku menundukkan wajah sambil mengemam bibir tidak mahu tangisan ku didengari sesiapa pun.

"Bonda bawa bertenang, apa yang jadi kenapa bonda marah sangat?" Soal Aqisha lembut saja, bonda memberikan gadget tablet nya ke pada Aqisha yang membaca apa yang terpampang didalam skrin tablet itu dengan tekun sekali.

"Disebabkan perempuan ni nak bunuh diri dekat syarikat kita, nama Qayyum jadi buruk dan syarikat mengalami kerugian besar!" Aku hilang kata-kata sebaik mendengarkan penjelasan bonda, jadi ini mengenai isu aku hampir membunuh diri dari atas bangunan syarikat telah tersebar dan membuatkan syarikat mengalami kerugian yang besar?

"Ya Allah.." Aqisha menekup mulutnya sebelum bonda memapah Aqisha duduk diatas sofa, mengalir airmata Aqisha memikirkan masalah yang harus Qayyum hadapi sekarang. Aku yang bersalah akan kerugian yang syarikat keluarga Qayyum alami disebabkan aku, Qayyum terpaksa menanggung beban.

"Maafkan Atiana, bonda." Aku masih menundukkan wajah, bonda tidak menghiraukan aku sebelum berlalu bersama Aqisha yang dibawa naik semula untuk berehat.

Sebulan telah berlalu semenjak kejadian bunga yang menyebabkan Aqisha dimasukkan kehospital, tiada apa yang berubah sepanjang sebulan aku disini. Bonda masih melayan aku seperti dulu malahan sekarang bonda semakin membenci aku dan sentiasa membuat jarak antara aku dan Aqisha kerana takut aku akan melukakan cucu pertamanya.

Aku tidak tahu menahu tentang hal ini memandangkan aku bukanlah jenis yang aktif dalam berita terkini dan Qayyum juga tidak akan sesekali memberitahu ku mengenai masalah yang dia lalui di pejabat nya disebabkan oleh ku, apa yang sudah kau lakukan Atiana?



Aku naik ke tingkat atas sebaik saja selesai melakukan kerja didapur, pintu bilik ku tolak perlahan kerana menyangka Qayyum sudah lena memandangkan dia sering pulang lewat sekarang jadi pastinya dia keletihan tapi kelibat nya masih ada dimeja kerja sambil perhatian nya ditumpukan sepenuhnya pada skrin komputer berselang-seli dengan fail-fail kerja nya.

"Awak tak tidur lagi?" Sengaja aku berbasa basi sedangkan aku sendiri nampak Qayyum masih terjaga dimeja kerja nya, Qayyum hanya menggelengkan kepalanya. Aku turun semula kebawah untuk membuat minuman buat Qayyum dan kembali semula kebilik.

"Ada apa-apa ke yang saya boleh tolong?" Soalku lalu menghulurkan air kepada Qayyum, dia menggeleng lagi.

"Terima kasih." Perlahan saja suaranya mengucapkan terima kasih padaku sepertinya dia benar-benar keletihan, aku duduk dibirai katil sambil merenung wajah Qayyum.

"Saya minta maaf sebab dah susahkan awak, kalau ada apa-apa yang saya boleh tolong awak beritahu pada saya dan saya akan tolong awak." Qayyum menghela nafas panjang sebelum fail-fail nya ditutup, kini perhatian nya beralih padaku.

"Tak ada apa yang awak perlu tolong Atiana dan masalah syarikat bukan salah awak." Dengan begitu lembut Qayyum cuba menenangkan diriku yang risau mengenai nya sebelum dia bangkit dari meja kerjanya.

"Saya masih ada kerja nak disiapkan, awak tidur dulu." Aku mengangguk sebelum Qayyum berlalu masuk kedalam bilik air. Kasihan aku melihat keadaan Qayyum yang sekarang, jika ada apa-apa yang boleh aku lakukan untuk melihat Qayyum yang dulu pasti akan ku lakukan.

Tidak seperti yang Qayyum minta, mataku masih belum lelap padahal jam sudah menunjukkan pada pukul tiga pagi. Qayyum yang masih sibuk menyiapkan kerjanya membuatkan aku tidak dapat lena sendiri diatas katil ini jadi aku menunggu Qayyum sehingga kerjanya selesai.

"Qayyum?" Aku mendekati Qayyum yang terlena diatas kerusi hempuk nya sambil tangan sibuk menekan keyboard membuatkan kerjanya hancur seperti belacan, kesian benar pada suamiku yang benar-benar keletihan akibat masalah yang aku datangkan padanya.

"Qayyum bangun, tidur dekat tilam.." Perlahan-lahan aku mengejut Qayyum sebelum aku memapah dia yang mamai ke atas katil dan setelah Qayyum sudah kembali lena aku melangkah ke arah meja kerjanya untuk melihat jika ada apa-apa yang boleh ku bantu.

"Eh, ni bahagian aku bekerja dulu!" Kebetulan sekali Qayyum sedang menyelesaikan masalah dibahagian tempat aku bekerja jadi aku boleh membantu nya dari sini, tanpa menunggu lagi jari jemari ku mula menari diatas keyboard komputer dan mata melihat catatan didalam fail disisi keyboard.

Harap-harap bantuan aku pada malam ini dapat memudahkan hari Qayyum nanti pagi, saya akan bantu awak selagi saya berdaya.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now