03

10.6K 484 4
                                    

AKU mengeluh berat menghempaskan punggung di atas kerusi.

"Belajar bersama? Mama buat lawak ke?" omelku sendiri tak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mama. 

Lebih baiklah aku tak payah belajar daripada terpaksa pergi bersama abang tak guna tu. Mama seperti tidak tahu saja perangai anak terunanya. Sudahlah suka mengganggu aku saat ketiadaan mama sehingga hampir merosakkan kehidupan kami berdua. Mujurlah tiada apa yang berlaku. Kalau tidak, entahlah. Aku sendiri tak sanggup hendak membayangkannya. 

Tuhan, apa yang harus aku lakukan sekarang? Aku tidak mahu menjadi mangsa Imran semasa di sana nanti.

"Atiana! Atiana!"

Aku bangun membuka pintu bilik yang berkunci setelah melihat jam tepat menunjukkan pukul 11 malam. Sudah menjadi kebiasaan ku buat mengunci pintu sebagai langkah berjaga-jaga, mama sendiri tahu namun suara laungan nya di luar memaksa ku membuka pintu.

"Mama, ada apa?" soalku hairan melihat wajah sembabnya. Mama tidak mengendahkan ku dan meluru masuk ke bilik mencari sesuatu.

"Poor, Atiana..." Langkah ku terundur kebelakang apabila Imran tiba-tiba saja muncul di sampingku. Namun yang membuat aku terkedu saat Imran mengucup rambutku dengan matanya yang terpejam rapat. Aku segera menjauhinya.

 Semakin berani dia bertindak mentang-mentanglah rancangan jahatnya berjaya.

"Mama nak Tia jujur dengan mama," Suara mama memenuhi ruang bilik, aku berkerut tidak faham maksud kata-katanya.

"Papa ada sentuh Tia selepas kami bercerai?" Mendengarkan soalan itu, aku cepat-cepat menggeleng. 

"Kenapa mama soal Tia macam tu?" Ku dekati mama yang memejam rapat matanya sambil bertahan dimeja solek. "Kenapa Tia lindungi dia? Dia tu lelaki tak guna!"

Mama mula menangis setelah menatap wajahku sejenak. Aku yang masih tertanya lekas menarik tubuh lemah nya rapat ke dada. Imran yang ada di situ langsung tidak membantu, hanya mengangkat bahunya berkali-kali apabila aku meminta penjelasan mata darinya.

"Mama, Tia tak tipu." Sebaik tangisan nya reda, aku segera memujuk. Namun reaksi mama bertentangan, tubuhnya mula terhuyung hayang.

"Mama, are you okay?" soal Imran mendekati kami. Risau melihat mama yang hilang kekuatan untuk berdiri.

"Mama!" Tubuh itu tersadai lemah di lenganku dalam sekelip mata. Imran yang panik segera membawa mama turun ke bawah meninggalkan aku yang pergi mendapatkan telefon untuk menghubungi bantuan.

Sebaik tiba di hospital kami menyorong masuk katil beroda ke ruang kecemasan dan menunggu sementara doktor menjalankan pemeriksaan ke atas mama. Aku pandang sekilas ke arah Imran. Riak wajahnya sulit. Teragak-agak aku meletakkan tangan di atas bahunya dan menepuk perlahan.

"Tak perlu buat baik dengan aku." Tanganku ditepis kasar. Imran menjeling tajam.

"Imran, Tia, macam mana boleh jadi macam ni sekali?" Kemunculan ahli keluarga bapanya menyesakkan kami yang sedang kesulitan. Nenek mengambil tempat di sisi Imran apabila cucu kesayangan nya tidak bersuara. Dia segera memeluknya erat.

Sedang aku hanya bersandar merenung pintu bilik kecemasan. Sungguh menakutkan untuk hilang kekuatan ku di dalam sana.

"Im, mama macam mana?"

Mendengarkan saja suaranya dari belakangku sudah membuatkan seluruh tubuh menjadi kaku. Aku benci untuk percaya bahawa lelaki itu yang pernah aku panggil ayah, merupakan permulaan dari kisah sengsaraku. 

Dan dari wajahnya yang rupawan itu semua orang menyangka dia baik. Aku salah satunya, sehingga dia menunjukkan belangnya pada malam itu. 

"Atiana..."

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now