Aku tersenyum melihatkan suasana kekeluargaan yang terjalin indah antara satu sama lain dihadapan ku kini, dari hari pertama sehingga hari ini aku duduk dirumah ini kesemua mereka melayaniku dengan begitu baik sekali kerana itu adalah sifat nurani mereka setelah aku ditinggalkan Danish pada hari pernikahan kami seminggu yang lalu.
"Atiana." Aku menoleh saat disapa, kelihatan wajah tegang Qayyum.
"Ada apa awak?" Soalku yang jadi takut melihatkan wajah nya, Qayyum menarik aku kedapur.
"Parents saya dah balik dari holidays, saya kena bawa awak jumpa mereka." Aku menghela nafas lega, ku sangkakan ada apa-apa yang buruk berlaku sehingga wajah Qayyum jadi tegang sebegitu sekali.
"Oh tak apa, saya okay je." Balasku dengan cukup yakin sekali, Qayyum mengeluh perlahan sebelum wajahnya tunduk melihat lantai.
"Saya tak tahu nak buat apa, bukan senang untuk bercakap dengan bonda.." Qayyum mengurut lembut pelipis keningnya dengan dahi yang berkerut seribu, aku jadi kasihan melihat dia yang melalui masa-masa susah disebabkan oleh aku yang perlu dia bawa berjumpa dengan ibu bapanya. Tangan Qayyum aku genggam kemas.
"Saya minta maaf dah menyusahkan awak, tapi saya mesti berjumpa dengan ibu bapa awak untuk minta restukan hubungan kita." Qayyum tersenyum kemudian mengangguk setuju dengan ku, pipi ku diusapnya lembut menggunakan ibu jarinya membuatkan aku tergamam.
"Ada tepung." Aku cepat-cepat menepuk wajahku untuk membersihkan tepung yang pastinya terkena pada wajahku saat mengemas didapur sebentar tadi, Qayyum tersengih melihatku.
"Macam-macam gelagat awak ni kan?" Aku tertunduk malu dengan Qayyum, pasti dia sangka aku seorang yang tidak peka dalam melakukan pekerjaan sehingga tidak pandai menguruskan diri ku sendiri.
"Okaylah, saya nak pergi jumpa kawan sekejap sebelum balik. Awak kemaslah pakaian, pukul 4 nanti kita bertolak." Aku mengangguk, Qayyum pamit berlalu dan aku segera naik keatas.
Hatiku terasa berdebar kencang bila aku membayangkan bagaimana perjumpaan kali pertama dengan ibu bapa Qayyum, kalau seorang adik nya tidak menerima ku bagaimana pula dengan ibu bapa nya ? Ya Allah kenapa pula aku rasa tak sedap hati mengenai perkara ini ?
"Tia, kemas beg nak pergi mana?" Soal Aqisha yang menjenguk aku dihadapan pintu bilik, aku tersenyum.
"Balik kerumah keluarga Qayyum, saya takut sebenarnya.." Aqisha ketawa lalu meminta izin untuk masuk kedalam bilik ku, dia mengambil tempat disisi ku lalu tangan ku digenggam kemas.
"Jangan risau, bonda dengan ayahanda baik orangnya.." Keluhan berat aku lepaskan, entah kenapa hati ini asyik mengatakan yang aku akan hadapi masalah yang besar jika tetap datang kesana meminta restu mereka.
"Mereka akan terima saya--- maafkan saya.." Aku laju menggelengkan kepala kerana apa yang barusan aku katakan, Aqisha mengusap bahuku cuba untuk menenangkan fikiran ku.
"Tak ada sebab mereka tak terima awak. Awak baik, awak cantik, pandai masak, pandai mengaji dan juga pandai jaga Qayyum.." Aku menutup wajah malu sendiri sewaktu hal kelmarin diungkit Aqisha terus, sudah lah hal itu begitu memalukan sehingga aku tidak dapat tidur sekatil dengan Qayyum.
"Ala buat apa nak malu, awak dan Qayyum kan suami isteri.." Usik Aqisha, aku mengeluh berat.
"Tolonglah jangan bercakap mengenai hal itu lagi, say malu sangat.." Rayuku bersungguh-sungguh, tawa Aqisha meletus kuat membuatkan aku semakin malu saja akan kejadian itu.
Aku melangkah keluar dari bilik air sewaktu melihatkan bilik yang kosong menandakan Qayyum tiada didalam bilik, dengan hanya memakai tuala para dada hingga peha aku memberanikan diri untuk keluar dan terus mengunci pintu bilik. Pakaian diatas katil yang terlupa aku bawa sekali didalam bilik air sebentar tadi sudah hilang entah ke mana.
"Mana pula baju ni ?" Soalku sendiri sambil mencari pakaian ku, mataku terbutang luas bila melihat Qayyum yang baru masuk dari koridor.
"A-atiana." Aku menutup lurahku yang terdedah memandangkan tuala aku lilit terlalu ketat, aku tidak tahu mahu lari kemana jadi aku menyorok di belakang pintu almari.
"Awak ada nampak baju saya atas katil tak?" Soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal, Qayyum berdehem beberapa kali.
"Dalam raga kotor, saya letak."
"Awak itu baju bersih lah.." Aku keluar dari almari dengan tuala kecil yang aku pakai untuk menutup bahuku yang terdedah, raga kotor disisi pun bilik air aku dekati lalu pakaian kotor ku punggah.
"Sorry, saya ingat baju kotor sebab awak selalunya ganti pakaian terus dalam bilik air--"
"Cicak!!!!" Aku berlari anak saat melihatkan makhluk berwarna hijau itu diatas tanganku, entah macam mana aku boleh terlanggar Qayyum lalu kedua-dua kami terbaring. Qayyum diatas tilam, aku diatas Qayyum.
"Jangan tengok!" Jeritku dengan wajah yang mula hangat sewaktu Qayyum memandangkan wajahku dan pastinya dadaku juga akan kelihatan kerana cara baring ini.
"Sorry! Saya tak berniat nak ceroboh privasi awak!" Wajahku jadi merah padam sewaktu merasakan tangan Qayyum memegang pinggang ku, sungguh aku malu.
"Awak boleh bangun tak ni ?" Soal Qayyum dengan mata terpejam, aku menggeleng saat merasakan haiwan itu berjalan dikaki ku.
"Cicak dekat kaki saya..." Airmata laju saja mengalir saat ini, sudah lah aku memalukan diri sendiri dan sekarang tidak boleh bangun kerana cicak yang bertenggek dikaki ku pula.
"Saya tolong ya." Ujar Qayyum lalu pinggang ku dipeluk erat, aku jadi benar-benar kaku saat ini sebelum Qayyum duduk dari baring sama dengan ku diatas ribanya.
"Awak, cicak tu!" Tangisan ku jadi semakin kuat saat aku bertentang mata dengan cicik yang sudah naik keatas pehaku, Qayyum yang mendengar terus menahan tawanya.
"Dekat mana cicak tu ?" Soal Qayyum dengan mata yang masih terpejam rapat, aku turut memejam mata rapat kerana tiada kekuatan lagi untuk melihat cicak diatas pehaku sambil menangis teresak-esak.
"Abang! Atiana! Kenapa tu?" Suara Aqisha kedengaran begitu jelas dibalik pintu bilik, aku memanggil nama nya minta dia bantu aku tapi pintu bilik dikunci aku tadi kerana mahu memakai pakaian.
"Nak saya tolong?" Soal Qayyum dengan senyuman nya lalu kakiku disentuh merata, meremang bulu roma aku kerana sentuhan nya memandangkan ini adalah kali pertama lelaki menyentuh ku dalam keadaan sedar.
"Dekat mana? Tak ada pun.." Soal Qayyum, aku jadi tersedar dari tidur seketika ku lalu tangan Qayyum aku letakkan disisi cicak itu.
"D-dekat sebelah kiri, tolong cepat." Aku memejam mata tidak sanggup melihat cicak itu, dalam sekelip mata tangan Qayyum menolak cicak itu jatuh dari pehaku dan aku menghelakan nafas lega.
"Atiana!" Aku dan Qayyum memandang kearah pintu bilik melihat Aqisha dan Fatimah yang terpinga-pinga sendiri melihat kami, Fatimah ketawa besar manakala Aqisha memejamkan matanya sambil bibir mengukir senyuman.
"Ops, sorry ganggu.." Ujar Aqisha yang menarik pintu untuk ditutup semula tapi ditahan oleh Fatimah, aku yang tersedar cepat-cepat turun dari riba Qayyum yang turut ketawa.
"Jangan salah faham, kami--"
"Along ni apalah! Kalau iya pun nak buat projek tunggulah tengah malam, nanti kak Tia minta tolong tak ada yang dengar. Kami ingat apalah tadi sampai kak Tia menangis melalak macam tu, janganlah ganas-ganas.." Aku laju menggelengkan kepala menidakkan kata-kata Fatimah, Qayyum bangkit dari katil dan berlalu kearah pintu bilik.
"Biarlah, kak Tia suka kalau along ganas-ganas." Santai saja Qayyum bergurau dengan adik perempuan nya, aku jadi semakin malu lebih-lebih lagi Aqisha turut melihat apa yang berlaku sebentar tadi.
"Hati-hati dengan cicak.." Qayyum sempat ketawa kecil dihujung katanya sebelum menutup pintu dan berlalu bersama Aqisha dan Fatimah yang terus saja mengusik kami, nampaknya ada bahan baru yang bakal mereka gunakan untuk mengusik ku nanti.
Ah malu!