Aku terus melipat kain telekung setelah selesai membaca doa, ada banyak kerja lagi yang perlu aku lakukan dibawah tapi aku meminta pamit pada keluarga untuk menunaikan solat isya' dulu dan turun semula untuk membantu. Keluarga yang ada terus menyuruh ku rehat alasannya aku sudah lama melakukan kerja sedangkan aku pengantin tapi aku terus berkeras untuk membantu apa yang patut.
"Baru balik?" Soalku saja berbasa basi dengan Qayyum yang kelihatan nya baru pulang dari masjid, dia diam mengelu dihadapan pintu sambil merenung kearahku membuatkan aku jadi tidak selesa.
"Awak, kenapa?" Aku melambai-lambai pada Qayyum yang laju-laju menggelengkan kepalanya sebelum berpusing semula menghadap pintu.
"Sorry, saya masuk tak ketuk dulu." Aku berkerut hairan, mengapa harus dia ketuk dulu sebelum masuk sedang kan kami adalah suami isteri dan ini juga biliknya.
"Tak apa, bukan salah pun." Aku memakai semula tudung sarungku diatas katil dan melangkah mendekati pintu yang dihalang oleh Qayyum yang masih lagi berdiri sambil menghadap pintu.
"Awak nak makan?" Soalku, Qayyum terus terlompat kebelakang kerana terkejut sebelum dia berdehem beberapa kali itu menghilangkan rasa janggal yang dia cipta antara kami.
"Saya dan makan dengan Qisha." Saat ini, senyuman ku mula mati.
Buat seketika aku terlupa bahawa Qayyum mempunyai Ummie Aqisha, bagaiman aku boleh terlupa bahawa aku hidup bersama suami Ummie Aqisha sedangkan Qisha sanggup korbankan kasih sayang suaminya buatku yang tiada ikatan langsung dengan nya tapi aku malahan mengharapkan lebih dari hubungan ini, kau kejam Atiana Aqisha!
"Awak nak makan? Saya bawa awak keluar makan jom." Aku laju menggeleng dengan senyuman.
"Saya dah makan juga jadi saya tanya awak sama ada awak nak makan atau tak.. saya turun dulu ya." Qayyum mengangguk lalu pintu bilik dia bukakan buatku, wajah Ummie Aqisha terpampang dihadapan pintu bilik kami.
"Qisha, ada apa ?" Soal Qayyum, Aqisha tersenyum.
"Nak melawat Atiana, takut abang buli dia." Aqisha memeluk ku rapat dengan bahunya, Qayyum ketawa.
"Atiana baik so abang tak buli dia.." mata Aqisha terbutang luas mendengarkan apa yang barusan dikatakan oleh Qayyum itu.
"Eh tak aci lah, Qisha kena buli pula?" Rungut Aqisha dengan wajah cemberut nya, Qayyum mencubit pipi Aqisha yang tidak berisi membuatkan Aqisha mengadu kesakitan.
"Ummie Aqisha nakal sebab tu selalu kena buli.." Makin kuat saja Aqisha menjerit sakit membuatkan Qayyum semakin suka mengusik nya terus.
Haih..
Andaikan satu hari nanti aku dilayan begini oleh Qayyum pasti kami akan tersangatlah bahagia. Bukan apa memandangkan sekarang saja aku sudah cukup bahagia kerana layanan Qayyum padaku yang sangat baik walaupun bukan aku yang dia inginkan sebenarnya tapi aku mahukan layanan manja seperti Ummie Aqisha.
"Astaghfirullah!"
Aku beristighfar sebanyak mungkin sewaktu rasa cemburu datang menghimpit, apa lagi yang aku nak setelah Ummie Aqisha berikan segala kepunyaan nya pada aku. Keluarga, suami dan masa nya untuk menjaga aku selama seminggu yang lepas, wake up Atiana!
Setelah selesai melakukan kerja-kerja didapur aku berehat bersama keluarga belah ibu bapa Aqisha diruang tamu sambil bersembang sedikit sebanyak mengenai diriku, pada mulanya masing-masing kekok memandangkan aku jenis yang tidak friendly jika orang lain tidak menegur ku dulu tapi setelah kami masuk dalam pelbagai isu mereka seolah-olah tertarik akan perihal ku.
"Kesian akak Tia. Sudah lah keluarga tak ada, abang Danish pula tinggalkan akak.." Ujar salah seorang dari adik sepupu Aqisha yang perempuan, simpati pada nasib malang yang aku bawa sejak dari kecil lagi.