BAB TIGA BELAS

7.4K 283 1
                                    

Aku mengisi kesemua pinggan yang ada diatas meja ini dengan nasi lemak yang aku masak sendiri pada awal pagi tadi, kelihatan Fatimah orang pertama yang duduk dimeja makan diikuti dengan Ayahanda dan Angah. Bonda pula masih tidak turun walaupun sudah hampir setengah jam kami menunggu nya.

"Mari makan, bonda tu magok tak nak makan." Ujar ayahanda tenang saja dan mula menjamah hidangan yang telah tersedia, Fatimah makan dengan senang sekali manakala Angah hanya beriak dingin seperti biasa.

"Sedapnya, siapa masak ni?" Soal Fatimah yang makan dengan begitu sopan sekali walaupun dia bukanlah jenis yang begitu tapi sudah diajar dari kecil lagi adab ketika makan maka dia jadi terbiasa. Aku tersenyum, lega Fatimah menyukai masakan ku.

"Puan Atiana yang masak cik, semuanya puan Atiana lakukan sendiri dari potong bahan hinggalah hidangkan makanan.." Jawab pembantu rumah yang telah berkhidmat lama pada keluarga ini, Fatimah ternganga.

"Wah hebat betul kak Tia!" Aku hanya menggelengkan kepala saat terus dipuji oleh Fatimah yang makan dengan begitu selera sekali. Melihatkan pinggan angah yang telah kosong aku bangkit dai kerusi.

"Awak nak tambah lagi?" Soalku pada angah yang mengangkat sebelah keningnya sambil melihat dalam wajahku, angah kemudian nya bangkit dari kerusi bersama pinggan nya yang terus dia letakkan kedalam singki.

"Tak perlu susahkan diri untuk ambil hati kami, kau fahamkan maksud bonda yang 'aku tak akan terima kau sampai bila-bila?" Bisik angah dan terus berlalu keluar rumah, airmata yang bertakung saat teringatkan kejadian itu aku tahan lalu senyuman aku terbitkan.

"Maafkan angah ya Atiana, bonda dan angah tu memang keras kepala tapi sebenarnya hati mereka lembut." Ayahanda mengeluh berat begitu juga dengan Fatimah yang kelihatan nya sudah hilang selera makan nya.

"Tak apa ayahanda, Tia okay.." Aku menambahkan lagi nasi lemak kedalam pinggan ayahanda begitu juga pinggan Fatimah, beria-ia aku memujuk dia untuk makan lebih banyak kerana takut nasi lemak yang aku masak terlalu banyak tidak habis.

Setelah Fatimah selesai makan aku memberinya bekal nasi lemak tanpa dia minta kerana semalam dia ada cerita padaku bahawa dia sering tidak sempat keluar makan tengahari jika dipejabat kerana terlalu banyak kerja yang perlu dia lakukan memandangkan dia jenis yang lambat dalam membuat kerja.

"Susah-susah je kak Tia ni.." Ujar Fatimah yang aku minta dia tunggu untuk ku berikan bekal makanan nya, aku laju menggeleng menidakkan kata-kata Fatimah.

"Mana ada susah, akak takut tak habis nanti membazir pula jadi lebih baik bagi Fatimah boleh makan nanti tengahari." Fatimah tersenyum lega bersama keluhan berat lalu tangan ku digenggam nya kemas.

"Terima kasih, akak baik sangat." Aku ketawa mendengarkan pujian Fatimah, apa yang baik nya aku ini jika sudah merampas hak milik sahabat ku sendiri.

"Lagisatu Fatimah, nanti kalau jumpa along tolong bagi beg ni ya." Pesanku lalu memberikan beg kertas yang satu lagi buat Qayyum, Fatimah tersenyum nakal lalu mengangguk laju.

"Alright boss! Fatimah gerak dulu, Assalamualaikum.." Aku membalas salam yang diucapkan oleh Fatimah yang berlalu dari perkarangan rumah. Melihatkan sekeliling rumah agam ini saja sudah membuatkan senyuman ku mati, apa yang harus aku lakukan disini?

"Puan Atiana, saya nak tanya mana satu warna yang puan suka untuk cadar tilam puan?" Aku berkerut pelik dengan soalan pembantu rumah yang paling muda diantara yang lain, dua cadar berwarna kelabu dan putih ditunjukkan padaku.

"Akak tak perlulah panggil saya puan, tapi cadar ni untuk apa?" Soalku hairan, wanita itu tersenyum.

"Tapi puan kan puan dalam rumah ni jadi saya mesti panggil puan, puan.." Bersungguh-sungguh wanita itu menerangkan kepada ku, aku ketawa kecil sambil mengangguk faham.

"Tak perlu panggil dia puan, dia ni tak ubah seperti perempuan simpanan Qayyum saja." Kedengaran lantang suara bonda dari tingkat atas yang sedang melihat kearah kami, pembantu rumah itu tunduk lalu meminta pamit dariku.

"Bonda nak makan? Atiana bawa makan naik atas ya.." Ujarku dengan suara yang bergetar, bonda menjeling ku dan berlalu masuk kedalam bilik nya. Aku segera mengatur langkah kedapur untuk membawa makanan bonda.

"Puan ada apa?" Soal salah seorang pembantu rumah, aku tersenyum sambil tangan sibuk menguruskan makanan untuk bonda.

"Saya nak bawa makanan kebilik bonda, akak semua ni dah makan ke?" Mereka menggeleng kepala, aku melihat jam ditangan yang sudah menunjukkan pada pukul lapan pagi tapi pembantu rumah masih belum menjamah apa-apa makanan.

"Kalau macam tu akak semua makanlah dulu, nanti sakit perut pula kalau makan lewat." Ujarku sambil mata masih peka pada menyiapkan hidangan untuk bonda, mereka masih lagi diri ditempat masing-masing.

"Kami masih belum masak lagi puan." Aku berkerut dahi mendengar kata salah seorang dari mereka, aku melihat nasi lemak yang masih banyak dan pasti cukup buat mereka semua.

"Kami tak boleh makan masakan puan, puan kan puan dalam rumah ni.." Pergerakan ku terhenti sewaktu mendengarkan ayat itu, senyuman sumbing ku timbul saat teringatkan kata-kata mama sebentar tadi.

"Saya ni tak ubah seperti perempuan simpanan tuan Qayyum saja jadi tak perlulah membandingkan sesama kita.." Aku memandang keatas menahan air mata dari mengalir, suasana didapur jadi sunyi buat seketika sebelum aku berpusing semula untuk membantu hidangan kebilik bonda.

"Jadi semua orang mesti kena makan masakan saya, habiskan lah ya.." Aku meminta pamit sambil tersenyum seperti orang bodoh, mereka semua mengikut arahan ku dan mula mengambil tempat duduk masing-masing.

"Kesian kan puan tu." Kakiku berhenti melangkah jauh dari dapur saat terdengarkan kata salah seorang daripada mereka.

"Puan Atiana terpaksa bersusah payah untuk ambil hati semua orang dalam rumah ni sedangkan puan Aqisha hanya duduk diam tapi semua orang suka padanya, memang kesian."

"Apa boleh buat, itulah nasib menjadi isteri kedua tuan muda. Pasti akan dilayan seperti seorang hamba.."

Sebagai seorang hamba? Bagiku perkataan itu terlalu berat memandangkan aku masih baru disini bersama dengan keluarga Qayyum, tapi aku setuju dengan mereka mengenai nasib buruk wanita yang berkahwin dengan tuan muda dan menjadi isteri kedua seperti ku.

"Bonda, Tia masuk.." Kataku meminta izin untuk masuk kedalam bilik kedua orang tua Qayyum sebelum kaki ku melangkah mendekati bonda yang sedang duduk disofa berhadapan dengan televisyen sambil membaca buku.

"Bonda hari ni Tia masak nasi lemak, bonda cubalah rasa sikit." Pujuk ku saat melihatkan bonda yang langsung tidak mengendahkan aku, bonda menutup bukunya lalu merenung wajahku ku.

"Kau suruh aku makan masakan kau?" Soal bonda dengan suaranya yang tegas, aku menggeleng.

"Tia tak suruh cumanya---"

"Eh kau dengar sini baik-baik. Aku ni bukan jenis yang baik hati tau, sekali aku dah benci sampai bila-bila pun aku benci sebab perempuan macam kau ni memang layak dibenci daripada dibela-bela terus." Aku tundukkan kepala dengan mata yang terpejam rapat, kata-kata bonda begitu tajam sehingga airmata ku mengalir.

"Apa yang kau nak? Kalau kau nak duit kau minta dan aku akan bagi pada kau." Aku menggeleng perlahan lalu air mata ku kesat, nafas ku hembus perlahan.

"Tia tak perlukan duit bonda, cuma kasih sayang dari Qayyum yang Tia harapkan."

"Dasar perempuan tak tahu malu!" Tawa sinis bonda lepaskan sebelum bonda bangkit dari tempat duduk nya dan berlalu kedalam bilik air, aku juga melangkah keluar dari bilik bonda dan berlalu kedalam bilik ku.

Tangisan yang aku tahan akhir nya pecah juga, teresak-esak aku dibelakang pintu bilik kerana terlalu kesedihan. Apa salah aku sehingga aku begitu hina dimata bonda yang terus menilaiku sebagai perempuan tidak baik, aku cuma kekurangan kasih sayang tapi semenjak hadirnya Qayyum semuanya telah berubah.

Aku perlukan dia.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now