BAB ENAM BELAS

7.1K 297 8
                                    

Makan malam kali ini dimasak oleh Ummie Aqisha, tidak aku nafikan bahawa Aqisha adalah seorang yang sempurna. Dia menutupi aurat dengan sempurna, lahir dari keluarga baik yang kaya, mempunyai adab dan sangat-sangat merendah diri malahan hatiny terlalu baik sehingga dia sanggup berkongsi suaminya dengan wanita lain.

"Em sedapnya anak bonda masak..." Puji bonda kagum dengan Ummie Aqisha, aku tersenyum melihat kan kedua mereka yang benar-benar rapat nampaknya.

"Biasa je bonda, Atiana masak lagi sedap." Sampuk Imran, kami semua memandang kearahnya termasuk lah aku. Terkejut juga bila dia memujiku secara tiba-tiba, apakah ini bermaksud dia sudah ingat semula padaku ?

"Haih, Ran pun dah terkena sihir perempuan tak tahu malu ni ?" Sinis saja bonda menyoal Imran tapi pandangan nya beralih padaku, ayahanda mengeluh berat.

"Boleh tak kalau awak jangan burukkan suasana dimeja makan? Anak-anak balik melawat kita tapi awak tak habis-habis nak cari pasal dengan Atiana." Bonda mencebik geram kerana dimarahi oleh ayahanda sebelum bonda menyambung semula makan nya.

"Tapi memang betul apa yang Imran cakap, masakan Qisha biasa-biasa saja tak macam masakan Atiana yang betul-betul sedap.." Aku hanya tersenyum saat dipuji terus oleh Aqisha, sebenarnya aku tidak gemar jika dipuji mengenai sesuatu yang ada pada diriku memandangkan semua bala yang ada padaku datang dari diriku sendiri.

"Masakan kak Tia memang yang terbaik!" Sorak Fatimah dengan gembira sekali, aku yang melihat telatah nya hanya ketawa kecil.

"So Qayyum, bila kau kawin dengan bini nombor dua?" Soal Imran kelihatan tidak mempunyai riak seperti biasa tapi kini agak ramah, Qayyum memandang ku.

"Kawin paksa, perempuan tak tahu malu tu paksa Qayyum." Sampuk bonda, aku mengeluh kecil sambil memekakkan telinga mendengar hinaan dari bonda.

"Tak adalah, Qisha yang beri keizinan pada abang--- bwekk!" Aqisha menahan mulutnya sebelum berlari kedapur diikuti Qayyum yang benar-benar risau begitu juga dengan bonda.

"She's pregnant." Ujar Imran padaku, tidak tahu apa motif nya tapi aku terkejut saat mendengarkan kata Imran sebentar tadi. Kalau benar Aqisha mengandung, aku...

"Mari naik sayang, berehat." Dari meja makan dapat ku lihat Qayyum memapah Aqisha dengan penuh lembut sambil memujuk Aqisha yang sudah bertukar lemah setelah memuntahkan semula makanan yang dimakan nya.

Sungguh aku katakan sebagai isteri kedua Qayyum, aku cemburu melihat cara Qayyum melayan Ummie Aqisha dengan penuh kasih sayang sedang kan aku hanya dilayan kerana itu tanggungjawab nya sebagai seorang suami. Aku mengharapkan layanan yang sama darinya seperti yang Aqisha dapat.

"Ayahanda naik dulu." Pamit ayahanda, aku mengangguk. Fatimah dan Amirul juga pamit naik untuk berehat setelah seharian bekerja dan kini hanya tinggal aku dan Imran dimeja makan.

"So macam mana you boleh bernikah dengan Qayyum?" Kening ku terangkat mendengarkan soalan nya, aku sempat membasahkan tekak dengan air jus buah didalam gelas sebelum menjawab soalan nya.

"My fiance run away when the day comes, Qisha rasa bersalah atas kelakuan abang sepupunya jadi Qisha minta Qayyum menggantikan tempat abang sepupunya dan berkahwin dengan saya." Imran mengangguk dengan wajah tidak berminat nya sebelum sudu dan garfu diletak diatas pinggan.

"Very difficult since be a third person, right?" Imran tersenyum sumbing lalu air jusnya diteguk rakus, aku hanya tersenyum hambar sebelum mengangguk perlahan mengiakan kata-kata nya. Sangat sukar menjadi orang ketiga antara dua pasang bahagia, sering dipijak pijak seperti sampah yang datang untuk mengemis kasih sayang.

"Would you like to have some tea with me at koridor ?" Aku mengangguk setuju saat Imran mempelawa, dia bangkit menuju ke koridor manakala aku mengemas dulu meja makan sebelum membawa tea keluar rumah.

"You bukan typical perempuan yang mahukan duit Qayyum semata-mata, kan?" Aku tersenyum sebelum cawan yang berisi tea panas aku letakkan semula diatas alasnya, soalan Imran membuatkan aku jad geli hati memandangkan soalan itu tidak berapa sesuai dengan Imran yang dulunya langsung tidak kisah mengenai orang disekeliling nya.

"Duit boleh dicari Imran, saya hanya perlukan kasih sayang dari Qayyum.." Jujur aku menjawab soalan Imran yang mengangkat keningnya sambil menghirup tea panas nya, dia tertawa sumping.

"You really don't know much about Raja Qayyum Uqayl, Aren't you?" Aku menjungkitkan sebelah bahu sebelum mengangguk, Imran tersenyum lalu dia membuka telefon pintar nya sebelum menunjukkan skrin telefon pintarnya padaku.

"Awak dan Qisha?" Soalku terpinga sendiri, Imran menayangkan riak wajah loya buruknya sebelum dia merenung lama gambar itu lalu mengangguk.

"This is a big mistake that i ever made in my whole life, i love her so much till the day she chose to be my sister in-law. Can you imagine how i feel at that day?" Tawa hambar Imran menghiasi akhir katanya, aku terkedu mendengarkan ceritanya. Jadi selama ini dia menyukai Ummie Aqisha?

"Awak suka pada Qisha selama ni? Sejak sekolah lagi?" Soalku yang inginkan kepastian, Imran mematikan telefon pintarnya dan perhatian nya ditumpukan kepada ku.

"Sekolah? I baru kenal dengan Qisha lima tahun lepas masa bonda buat majlis doa kesyukuran sebab i baru balik dari luar negara." Imran menghirup lagi minuman nya, aku berkerut hairan dengan kisahnya yang berbeza dari apa yang sepatutnya. Apa yang sedang terjadi disini, apa benar ini adalah Imran yang telah berjanji untuk kembali semula padaku ?

"Why you look at me like that?" Imran tersenyum sumbing sambil matanya menatapku begitu juga dengan aku yang menatap wajahnya untuk memastikan bahawa aku tidak tersalah orang.

"Awak mengingatkan saya pada seseorang." Balasku sebelum kepalaku geleng laju, bila difikir-fikirkan semula mustahil Imaran melupaiku memandangkan dia telah berjanji padaku untuk kembali tapi Imran in terlalu sama dengan abangku.

"Seseorang? Siapa? Qayyum?" Duganya dalam tawa, aku turut ketawa. Apa dia ingat aku terlalu angau pada Qayyum sehingga melihat nya sebagai Qayyum, tidak pasal pasal pula masalah baru yang lebih besar timbul diantara aku dan keluarga ini.

"Atiana." Kami menoleh, wajah Qayyum menghiasi pandangan.

"Panjang umur." Gumam Imran, aku bangkit dari kerusi.

"Dah lewat ni, bila awak nak masuk tidur?" Soal Qayyum lalu jam ditangan nya dijeling sekilas, aku berdehem perlahan untuk menghilangkan rasa kekok antara kami.

"Oh i lupa yang you isteri orang. By the way nice to have a long conversation with you sister in-law number two, goodnight and have a sweet dreams." Beria-ia Imran mengucapkan kata-kata selamat malam padaku sebelum berlalu, aku membawa minuman kami kedapur sebelum naik keatas bersama Qayyum yang menunggu ku.

"Awak tidur disini?" Soalku sebelum membuka hijab yang tersarung kemas menutupi kepalaku, Qayyum mengalihkan pandangannya ketempat lain.

"Sorry, saya tak tahu yang awak tidur dengan saya sebab tadi aku kata nak teman Qisha." Risau aku dibuatnya saat Qayyum kelihatan seperti marah benar padaku sehingga dia tidak mahu melihat wajahku, keluhan berat Qayyum lepaskan.

"Tidak kiralah sama ada saya tidur dengan awak ataupun tidak tapi awak tetap kena masuk awal kebilik bukan bersembang dengan adik ipar pada lewat malam macam ni." Aku mengangguk faham sebelum aku mengibarkan tilam kami seperti yang sering Qayyum lakukan sebelum naik tidur keatas katil.

"Awak berehat lah dulu, saya nak mandi sekejap." Pamitku bersama tuala dibahu, pakaian Qayyum yang telah aku sediakan diatas katil sebelum masuk mandi terus dicapai Qayyum yang berlalu keluar dari bilik ku. Jadi dia hanya mahu mengambil pakaian nya dan berlalu, haih aku sudah mengharapkan lebih dari itu.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now