Aku memerhatikan keadaan Aqisha dari luar bilik kerana Qayyum mencadangkan agar kami hanya melihat keadaan Aqisha dari luar saja takut bonda mangamuk lagi jika melihat kami datang bersama. Kata Qayyum, Aqisha terkena alahan pada bunga-bunga jadi ianya bukanlah salah aku mahupun bunga ros itu tapi ianya kerana separuh ibu mengandung yang ada alahan pada bunga.
"Atiana, mari makan dulu." Aku mengambil tempat disisi Qayyum sebelum plastik berisikan makanan dihulurkan kepadaku, sambil mengunyah makanan aku mengangguk menjawab soalan Qayyum yang sepertinya berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang diriku jadi aku hanya menjawab sehingga soalan itu..
"Awak kenal Imran kan? Macam awak boleh berkenalan dengan Imran?" Air mineral aku teguk untuk membasahkan tekak sebelum aku berdehem beberapa kali sambil memikirkan jawapan bagi soalan ini, aku masih belum sedia untuk bercerita mengenai hubungan aku dan Imran dimasa lalu kami.
"Awak tak perlu beri jawapan kalau soalan ini membuatkan awak tak selesa. Saya cuma tertanya-tanya macam mana awak boleh berkenalan dengan Imran, itu saja." Aku mengangguk faham dengan apa yang cuba Qayyum sampaikan sebelum telefon pintarnya berdering.
"Sekejap." Pamit Qayyum yang melihat pada skrin telefon nya, aku mengangguk dan Qayyum pun berjalan menjauhi ku untuk menjawab panggilan itu yang kelihatan nya cukup penting. Tiada angin atau ribut, muncul pula Imran yang terus mengambil tempat disisiku.
"Ish aku tak sukalah datang hospital ni, truma." Omel Imran, kening ku terangkat sebaik mendengarkan katanya. Sejak bila abang long Imran ada truma sedangkan semasa kami remaja dia seorang yang gagah perkasa dan tidak takut pada apa-apapun.
"Kenapa awak truma?" Soalku terasa ingin tahu benar, Imran mengeluh berat.
"Aku sebenarnya tak suka bercerita perihal diri pada orang tapi kalau kau nak tahu, apa salahnya kan?" Aku mengangguk setuju, ternyata perangai nya yang satu ini masih tidak berubah walaupun dia sudah tidak mempunyai sifat nakal dan gengster seperti satu ketika dahulu.
"Aku pernah kemalangan sewaktu umur aku 18 tahun, aku lupa ingatan dan bila aku bangun dari koma aku ada di hospital dan tak ingat apa pun yang dah jadi.."
Aku hilang kata-kata saat mendengarkan cerita Imran, rupanya dia telah kemalangan sewaktu berumur 18 tahun dan hilang ingatan jadi sebab itulah dia tidak datang semula pada ku untuk membawa aku pulang seperti yang telah dia janjikan. Airmata kegembiran menitis laju sewaktu aku semakin yakin bawa Imran yang berada dihadapan ku ini adalah Imran nakal yang tidak pernah mengaku aku sebagai adiknya.
"Kau kenapa?!" Soal Imran panik, aku tersenyum lalu airmataku kesat.
"Apa nama panjang awak?" Imran berkerut pelik dengan soalan ku.
"Kenapa kau tanya?" Aku membuka rantai dileher lalu menunjukkan cincin pemberian nya kepadaku.
"Awak ingat tak pada cincin ni?" Kening Imran berkerut-kerut cuba untuk mengingati cincin yang sedang aku tunjukkan padanya sebelum dia menggeleng.
"Siapa punya? Kenapa aku patut ingat pada cincin ni?" Soal Imran semakin hairan, aku ketawa dengan airmata yang tidak berhenti mengalir.
"Saya bersyukur sebab awak selamat dari kemalangan tu walaupun agak sedih bila awak tak ingat pada saya tapi tak apa sekurang-kurangnya awak selamat." Mahu saja aku memeluk Imran yang mempamerkan wajah blur nya saat ini, sungguh aku gembira kerana kini aku yakin dia Imran ku!
"Atiana." Qayyum yang sudah kembali mengambil tempat disisiku yang satu lagi, aku cepat-cepat mengesat airmata ku.
"Kenapa ni?" Soal Qayyum pada Imran yang memeluk bahuku supaya rapat dengan nya, wajahnya cukup tenang sekali dihadapan Qayyum.
"Bini kau ni kenal aku sebelum kemalangan, kami dah nak berkahwin rupanya.." Qayyum begitu terkejut mendengarkan gurauan Imran, aku laju menggeleng menafikan gurauan Imran yang dianggap serius oleh Qayyum.
"Ini buktinya." Imran menunjukkan cincin itu membuatkan aku semakin laju menggeleng.
"Aku yang bagi ni pada kau kan?" Aku mengangguk kemudian menggeleng kemudian mengangguk lagi.
"Ya! memang betul ini Imran bagi tapi hubungan kami berdua tidak lebih daripada seorang adik dan abang nya saja, Imran berikan ni pada saya sebagai tanda perpisahan.." Terangku bersungguh-sungguh tidak mahu Qayyum salah faham, Imran menarik ku lebih rapat lagi dengan nya.
"Walaupun aku hilang ingatan tapi aku tahu yang diri aku ni bukanlah jenis yang peduli untuk berpisah dengan siapa pun jadi kalau aku berikan cincin tu pada kau sebagai tanda perpisahan kita mesti kau ni sangat istimewa pada aku kan?" Hidungku dicuit Imran yang tersenyum nakal, Qayyum bangkit dari kerusi lalu aku ditarik sekali dengan nya.
"Cerita yang dah lama berlalu tak perlu diungkit lagi, sekarang Atiana Aqisha adalah isteri aku." Aku agak terkejut saat mendengarkan pengakuan yang keluar dari mulut Raja Qayyum Uqayl, Imran ketawa sumping sambil mengangguk.
"Ya, sama juga seperti Ummie Aqisha.. Kau memang suka pada perempuan yang aku cinta kan?" Senyuman Imran mati ditukar dengan riak bengis nya, tangan ku dicapai lalu dikucupnya lembut dihadapan Qayyum sebelum dia berlalu dari koridor hospital ini.
"Apa hubungan awak dengan dia sebenarnya?!" Qayyum tiba-tiba saja meninggikan suaranya padaku membuatkan aku terasa hati akan nya, tangan ku yang digenggam dia lepaskan dan dia mula melangkah pergi untuk berlalu dari hospital diikuti dengan ku yang terpinga-pinga.
"Hubungan saya dan Imran seperti adik dan abang saja, tak lebih!" Balasku jujur, Qayyum terus melangkah tanpa mempedulikan ku sebelum dia menahan taxi.
"Saya ada kerja, awak balik lah dulu."
Duit diberikan pada pemandu taxi dan Qayyum pun berlalu masuk kedalam kereta nya, aku mengeluh berat dan meminta pemandu taxi untuk menghantarkan aku ke rumah bonda sambil mata terus memerhatikan kereta Qayyum yang masih belum bergerak dari tempat parking nya sebelum taxi berlalu keluar dari perkarangan hospital.
Aku menghempas kan punggung keatas kerusi hempuk yang berpasangan dengan meja kerja sambil mengurut pelipis kening ku saat teringatkan cerita wanita asing yang telah menjadi kakak iparku nombor dua, jadi dia juga adalah seorang gadis yang berasal dari masa lalu ku setelah Ummie Aqisha. Kenapa takdir mereka selalu seiringan ?
Aku telah membohong Atiana semalam saat dia bertanya tentang perasaanku terhadap Ummie Aqisha, kononnya aku baru berkenalan dengan Aqisha saat bonda mengadakan majlis kesyukuran kerana aku baru pulang dari luar negara sedangkan bonda mengadakan majlis kesyukuran kerana aku telah keluar dari hospital.
Dulu saat aku terjaga dari koma Ummie Aqisha ialah orang pertama yang aku lihat setelah melelapkan mata seperti mayat yang masih hidup jadi disebabkan aku terlalu gembira melihat nya aku segera memeluknya tanpa berfikir tentang apa-apa yang lain kerana aku merasakan lega melihat dia disitu.
"I-imran, awak dah bangun!"
Aqisha turut teruja melihat ku sebelum dia membawa aku kembali kekatil, pelbagai soalan dia ajukan tapi satupun aku tidak ingat jadi dia menelefon seseorang sebelum sebuah keluarga kecil datang dan memperkenalkan diri mereka sebagai keluarga angkat ku memandangkan aku sudah tidak mempunyai orang tua kandungku.
Laci meja aku buka, satu album gambar yang merupakan kenangan terakhir aku dengan keluarga kandung ku sebelum aku dan ayah ku kemalangan jalan raya kononnya kerana mencari adik perempuan ku yang lari dari rumah dan kami kemalangan sewaktu ingin kerumah rakan nya untuk membawa dia pulang semula. Aku berhenti menyelak saat melihatkan cincin yang sama seperti yang Atiana tunjukkan padaku dipakai oleh arwah ibu ku, jadi cincin itu ialah kepunyaan ibu.
"Kenapa aku bagi kau barang paling berharga kalau hubungan kita hanya sekadar seorang adik dan abang? Atau aku bertepuk sebelah tangan?" Gambar seorang gadis ayu berbaju kurung dan bertudung labuh yang berdiri disisiku didalam gambar keluarga itu membuatkan aku tersenyum sendiri, entah kenapa adik perempuan ku ini terlalu comel orangnya sehingga aku jadi jatuh cinta terhadap nya.
Tapi benarkah dia adik perempuan ku?