Bahuku ditepuk perlahan oleh jurumekap yang kelihatan nya sungguh gembira melihat aku dalam pakaian pengantin dengan mekap yang simple bertemakan natural, pada hari ini akan tercipta nya sejarah dalam buku kehidupan ku kerana ini adalah hari pernikahan ku dengan encik Danish.
Seminggu setelah kejadian itu berlaku, Danish melamar aku untuk dijadikan isteri dan aku pun hanya menerima nya setelah mengambil masa tiga hari untuk berfikir. Berkat keluarga Ummie Aqisha yang juga keluarga sepupu sekali Danish, rancangan pernikahan kami berjalan dengan lancar.
Pada mulanya aku agak susah hati memikirkan tentang perasaan Danish jika mengetahui bahawa aku bukan lagi gadis saat kami bernikah nanti jadi aku membuat keputusan untuk menolak abang sepupu Ummie Aqisha itu tapi dihalang oleh Ummie Aqisha sendiri kerana katanya Danish akan menerima aku seadanya.
"Assalamualaikum." Aku menoleh melihat Ummie Aqisha dimuka pintu bilik, salam nya aku jawab serentak bersama jurumekap.
"Ya Allah, cantiknya.." Aku dipeluk dari belakang lalu kepalanya didaratkan diatas bahuku, jurumekap ketawa mendengar pujian Ummie Aqisha.
"Biasalah, sentuhan jari jemari hakak kan.. tapi sebenarnya kecantikan Atiana ni yang menarik hati, mekup hanya bekerja untuk menaikkan seri." Ummie Aqisha laju mengangguk setuju dengan jurumekap yang juga rakan sekerja nya, aku hanya tersenyum.
"Atiana, kenapa ni ?" Soal Ummie Aqisha sebaik perasan akan riak wajahku yang berubah, jurumekap itu pamit keluar memberikan kami ruang untuk bersembang.
"Saya tak yakin boleh jadi isteri yang baik buat Danish, dia mesti kecewa kalau dia tahu yang saya.." Keluhan berat aku lepaskan, Ummie Aqisha duduk disisi ku lalu tanganku digenggam nya erat.
"Abang Danish akan faham kalau awak terangkan pada dia tentang apa yang berlaku dan saya akan sentiasa tolong awak jadi jangan risau." Aku tersenyum lagi sebelum tubuh Ummie Aqisha aku dakap erat, dialah sahabatku!
"Terima kasih." Ummie Aqisha tersenyum lalu dia menangkap gambar ku. Katanya mahu dihantar kepada rakan-rakan sekolah yang dulunya selalu memburukkan ku tapi sekarang akulah bidadari, katanya.
"Aqisha!" Kami berdua yang sedang rancak berborak memandang kearah pintu bilik, kelihatan salah seorang dari sepupu Ummie Aqisha memanggil-manggil nya.
"Sekejap ya." Aku mengangguk dan menghantar kepergian Ummie Aqisha, entah kemana mereka berlari tapi hatiku jadi tidak enak pula saat ini kerana mendapat satu mesej daripada Danish.
Encik Danish; 2 40
Assalamualaikum Atiana, pertama-tamanya i nak minta maaf atas apa yang pernah i lakukan pada you. I menyesal sebab memperlakukan you seperti perempuan murahan dan jujur i katakan pada you bahawa i sukakan you dan i nak berkahwin dengan you tapi i tak berani, selama i hidup i tak pernah terfikir untuk berkahwin lepas apa yang i lihat pada perkahwinan parents dan kakak abang i. Mereka semua berkahwin atas dasar cinta tapi tidak bahagia, setiap hari bergaduh, curang antara satu sama lain, salah menyalahi. I tak nak lakukan itu semua pada you sebab i betul-betul suka pada you dan i sebenarnya dah jatuh cinta pun pada you kerana you baik, you satu-satunya perempuan yang tolak i walaupun i ada segala nya yang orang perempuan nak kan tapi you terus tolak i sehingga beberapa hari lepas you terima lamaran i, you buat i terkejut. Saat i tahu you terima i hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya i, akhirnya you terima i dan kita bakal berkahwin tapi semalam i terfikir semula.. i tak kan dapat berikan you kebahagiaan hanya dengan cinta dan suka, mesti ada keberanian dan rasa tanggungjawab tapi malangnya i tak mempunyai mereka kerana i bencikan perkahwinan dan rasa tanggungjawab terhadap seseorang selain diri i. Maafkan i Atiana Aqisha, kita tak kan bernikah pada hari ini kerana i pilih untuk lari dari tanggungjawab ini.."
Keluhah berat aku lepaskan, telefon aku masukkan semula kedalam beg tanganku lalu wajahku pada pantulan cermin aku tenung. Dari dulu sampai sekarang nasib aku memang buruk dengan manusia jantina lelaki sampaikan pada hari aku sepatutnya bernikah pun lelaki itu pergi tinggalkan aku kerana takut untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang suami.
"Abang tolongla, Qisha merayu.." kedengaran suara Ummie Aqisha diliar bilik. Aku berkerut hairan mendengarkan kata-katanya, dengan siapa dia bercakap saat ini.
"Tak boleh sayang, abang tak nak.." Keningku terangkan mendengarkan balasan dari orang yang dipujuk oleh Ummie Aqisha, rasanya suara itu tidak asing padaku tapi aku tidak dapat cam wajahnya.
"Kesian lah pada dia, abang Danish pergi macam tu saja pada hari ni sedangkan semua tetamu sudah hadir.. tolonglah abang.." Rayu Ummie Aqisha lagi, aku bangkit dari kerusi meja mekap dan berlalu mendekati pintu bilik untuk mendengar dengan lebih jelas.
"Abang tak boleh sayang, Qisha satu-satunya dan abang tak kan menduakan Qisha lebih-lebih lagi dengan sahabat baik Qisha." Kini tiada lagi yang kedengaran selain bunyi tangisan, pasti Ummie Aqisha menangis tapi kenapa dan dengan siapa dia bercakap.
"Kalau abang tak boleh nikahi dia atas rasa kesian jadi tolong nikahi dia kerana ini permintaan Qisha, Qisha sanggup berkongsi abang dengan dia daripada lihat dia derita lagi. Please abang.." Ummie Aqisha merayu terus membuatkan aku merasa bersalah, dia sanggup berkongsi dengan ku ? Dia sungguh mulia.
Pintu bilik dibuka Ummie Aqisha yang tersenyum gembira melihat aku yang sudah duduk semula di kerusi mekup ku, dia mendekati ku lalu aku dipeluk nya dengan senyuman yang masih meniti kemas dibibir seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Awak dah bersedia ?" Tanganku digenggam kemas oleh Ummie Aqisha yang mengalirkan airmata nya, aku menggeleng lalu genggaman tangannya aku tolak.
"Saya tahu yang Danish dah pergi dan saya tak nak bernikah dengan sesiapa pun." Aku mengemaskan barang-barang ku mahu berlalu dari sini dengan baju kurung pengantin ku, Ummie Aqisha menahan ku sambil menangis teresak-esak terus.
"Tolonglah Atiana, jangan seksa diri awak lagi. Awak layak merasakan kebahagiaan seperti orang lain!" Aku mengangguk dengan senyuman, semestinya aku layak untuk merasakan kebahagiaan seperti orang lain tapi bukan dengan merampas kebahagiaan orang lain.
"Merasa bahagia diatas keperitan wanita lain itu memalukan." Ummie Aqisha laju menggeleng lalu beg tanganku dirampas nya, dia terus merayu padaku agar menerima lelaki yang sudah bergelar suami nya itu sehingga aku berputus asa.
"Saya tahu dia boleh berikan awak kebahagiaan seperti yang dia berikan pada saya dan saya berikan jaminan yang awak akan bahagia, awak cuma prlu setuju dan pernikahan ini akan berlangsung."
"Awak akan menyesal kerana berkongsi dia dengan saya."
"Tidak, tak akan sesekali. Tolonglah lakukan ini demi diri awak sendiri dan demi persahabatan kita.."
Aku mengeluh perlahan, sudah diugut pun dia masih berkeras. Ummie Aqisha terus memeluk ku lalu dia sempat membisikkan kata-kata semangat padaku sebelum kami berjalan seiringan turun kebawah. melihatkan wajah lelaki itu tubuh jadi kaku, jadi dia suami Ummie Aqisha dan bakal suami ku ?