02

12.4K 460 6
                                    

AKHIRNYA hari yang aku nantikan selama berbulan-bulan sekolah di sini tiba jua. Sungguh, aku penat dibuli dan dicabul oleh pelajar yang hanya pedulikan nafsu binatang mereka termasuklah Imran.

Walaupun ibu bapanya mengutip aku daripada rumah anak yatim setahun yang lepas, sekaligus menjadikan dia abang aku tetapi di sekolah ini dialah punca semua kejahatan yang dilakukan kepada ku.

"Atiana!"

Aku tersentak saat Imran tiba-tiba muncul dan memeluk aku dari sisi. Mata-mata yang memerhati langsung tidak diendahnya. Malahan dia tersenyum sewaktu rakan-rakannya mengusik kami seperti pasangan kekasih.

"Yang kau tersenyum seorang diri ni kenapa? Yakin sangat yang keputusan kau cemerlang dan kau dapat berjauhan dari aku?"

Aku tidak mengangguk ataupun menggeleng, malas hendak melayan nya. Tak ada guna pun. Buat membazir air liur saja menerangkan pada manusia yang tak mahu faham.

"Atiana, kau jangan ingat kau boleh berjauhan dari aku sebab aku akan pastikan kita sentiasa dekat. Di mana ada
Imran, di situ ada Atiana. Ingat tu."

Senyum paksa muncul bila dijeling tajam oleh Imran sebelum dia beredar dari situ. Entah apa yang dia fikirkan sewaktu melihat cikgu naim yang melintasi kami setelah melihat "kemesraan" tadi. Aku mengeluh perlahan. Tiada siapa tahu tentang hubungan kami berdua dan tindakan Imran merosakkan lagi imejku.

"Isy! Pantang tujuh keturunan aku bila ternampak ada perempuan gatal-gatal dengan boyfriend aku." Aku mengeluh berat buat kesekian kalinya. Inilah punca kenapa aku tak suka bertembung dengan Imran di sekolah.

Belum sempat aku berlalu, tudung yang aku pakai ditarik keluar dari kepala mempamerkan rambutku. Aku jadi panik sendiri dan meminta semula tudungku dipulangkan olehnya. Aku malu. Ya Allah, bantulah aku.

Air mata yang tertahan, mengalir laju. Kenapa aku diperlakukan seperti ini?

"Bagilah balik tudung saya, tolonglah..." rayuku bersungguh. Pelajar-pelajar yang melihat mula berbisik-bisik sesama sendiri dan tersenyum melihat aku tidak bertudung.

"Kau ni cantik rupa-rupanya, Atiana. Patutlah bertutup bagai."

Ku tepis tangan rakan Imran yang ingin menyentuh wajahku dan menyaksikan mereka membuang tudung ku ke lantai, sebelum dipijak oleh Dania dan rakan-rakannya.

"Eh Atiana, kau ni merosakkan maruah perempuan yang bertudung tau. Kau kan murahan, kenapa nak pakai tudung? Aku yakin yang kau akan dapat customer lebih banyak bila mereka nampak betapa cantiknya kau tanpa tudung."

Aku jatuh terduduk melihat shawl satin berwarna putih sudah kotor dengan cap tapak kasut. Tiada siapa yang cuba menolongku sedangkan ramai pelajar melihat aku dalam keadaan begini.

Apa yang sudah jadi pada mereka semua? Kenapa tiada seorang pun yang membantu? Sudah hilangkah perikemanusiaan dalam diri mereka?

"Atiana..."

Wajahku angkat melihat seorang gadis bertudung labuh di hadapanku. Dia melutut untuk menyarungkan tudung bawal yang dipegangnya ke mahkotaku. Air mataku dikesat sebelum aku dibantu bangkit dari lantai. Aku jadi sebak.

"Awak kuat."

Sungguh ku terharu melihat Ummie Aqisha yang selalu cuba berkawan denganku tapi tidak pernah ku endahkan kerana aku berfikir, dia hanya mahu mendapat gelaran gadis paling baik. Namun ternyata aku salah. Dia ikhlas.

"Allah tidak akan uji hamba-Nya jika ujian itu melebihi tahap kekuatan hamba itu.."
Ummie Aqisha mengalirkan air mata buat aku yang tidak punya sebarang hubungan dengannya.

Rakan-rakannya yang tadi hanya menyaksikan aku dibuli, datang menghampiri. Mereka mengesat air mataku dan memeluk aku bersama Aqisha.

"Terima Kasih Aqisha."
.
.
.
.
.

"ALHAMDULILLAH. Tahniah, Atiana!" Kedengaran suara teruja ibu ditalian sebaik saja aku memberitahu keputusan peperiksaan ku yang cemerlang.

"Tia dah ada rancangan nak sambung di mana? Pergi bersama abang Imran ke?" Mendengarkan saja namanya berjaya membunuh senyuman manis ku.

"Mama bersyukur sangat sebab dua-dua anak mama dapat keputusan cemerlang. Mama nak kalian berdua sambung ke luar negara bersama supaya Imran boleh tengok-tengokkan Tia."

Aku mengeluh sewaktu teringatkan kata-kata mama tengah hari tadi, hancur harapan ku untuk bebas dari lelaki itu.

"Atiana! Oh, Atiana!" Laungan suara Imran dari tingkat bawah membuat aku cebik menyampah. Pantang namanya disebut pasti dia muncul.

"Ibu, Atiana kena pergi dulu. Imran panggil."

"Yalah, Atiana pergi tengok dan rehat dulu nanti ibu call semula."

Setelah talian diputuskan, aku berlalu turun ke bawah bersama pisau lipat yang sudah ku simpan kemas dalam poket seluar. Ibu yang merupakan pengetua dipusat asuhan anak yatim tahu mengenai masalah kehidupan ku, sering diperlakukan semudahnya oleh orang sekeliling, lebih-lebih lagi lelaki.

"Atiana!"

Aku laju menoleh bila bahuku ditepuk. Alangkah terkejutnya Aqisha apabila dia
hampir saja terkena hujung pisau yang aku acukan, namun sempat dia elak.

Lekas ku simpan semula pisau itu ke dalam poket dan membantu Aqisha yang jatuh terduduk di lantai.

"Sorry, Aqisha. Saya ingat perompak tadi."

Imran yang bersandar di sisi tangga menatap tajam sebelum berlalu keluar rumah meninggalkan kami berdua. Aku segera menjemput Aqisha duduk sementara aku ke dapur menyediakan hidangan buatnya.

"Er saya betul-betul minta maaf. " ucapku sekali lagi bila melihat tangan nya bergetar hebat. Aqisha tersenyum bersama  gelengan kepala.

"Saya faham. Kita orang perempuan mesti selalu berjaga-jaga. Lagi satu, awak boleh panggil saya Qisha."

Aku mengangguk senang dan pelawa Aqisha menjamah minuman. Wajahnya terlihat tenang namun tangannya masih terketar-ketar bila dia memegang gelas kaca. Pastinya dia terkejut kerana kejadian tadi. Pisau itu benar-benar hampir dengan wajahnya.

Congrats, Atiana. Kau sekali lagi akan kehilangan kawan disebabkan perangai pelik kau yang tiba-tiba acukan pisau
pada orang tak bersalah.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now