BAB DUA TIGA

7.5K 332 12
                                    

Atiana tersenyum girang melihat layanan mesra Qayyum pada Aqisha yang duduk disamping nya membuatkan mereka berdua mendapat perhatian pelanggan lain yang berada didalam restoran mewah ini, Atiana langsung tidak mengambil hati akan layanan berat sebelah Qayyum terhadapnya kerana baginya Aqisha lebih layak mendapatkan layanan sebegitu memandangkan dia sedang mengandung sekarang.

"Abang dengan Tia bila nak pergi honeymoon?" Soal Aqisha dengan senyuman manis nya seperti perkara itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan terhadap nya, Atiana dan Qayyum saling berpandangan sebelum masing-masing tersenyum paksa.

"Adalah, sibuk je nak tahu." Gurau Qayyum sebelum perut Aqisha diusik, Aqisha mencebik geram bila terus diganggu Qayyum. Atiana tertawa melihat mereka berdua sebelum pelayan datang mendekati meja mereka untuk mengambil pesanan.

"Encik, puan nak makan apa?" Soal seorang pelayan lelaki kacak yang berdiri disisi Atiana, Qayyum dan Aqisha masih lagi bergurau manja dihadapan pelayan itu membuatkan pelayan itu tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.

"Saya nak yang sama." Pesan Qayyum pada pelayan itu, dia memasan hidangan yang sama dengan Aqisha membuatkan Aqisha mencebik menyampah dengan perangai mengada-ngada Qayyum itu.

"Sibuk je nak ikut Qisha." Omel Aqisha tidak puas hati, Qayyum terus mengusik Aqisha membuatkan omelan Aqisha semakin panjang berjela. Atiana hanya tersenyum melihat kemesraan suaminya dan madunya.

"Awak, nak makan apa?" Soal pelayan itu pada Atiana dengan senyuman manisnya, Atiana masih membelek manu sebelum pandangan nya beralih pada pelayan itu.

"Ada tak makanan manis?" Soal Atiana penuh naif, pelayan itu ketawa sebelum dia mengangguk.

"Ada tapi tak semanis sayalah, awak nak ke?" Atiana tertawa mendengarkan soalan pelayan itu begitu juga dengan pelayan itu sendiri yang mengajukan soalan sebegitu rupa pada Atiana, dia memikir kalau dia punya chance untuk duduk diatas pelamin bersama wanita cantik dihadapan nya.

"Saya nak beef potato salad dan aiskrim jus apple.." Santai saja Atiana bercakap dengan pelayan lelaki itu membuatkan Qayyum berkerut pelik melihat perkembangan nya kerana Atiana tidak pernah seramah ini dengan lelaki selain dirinya.

"Aiskrim jus apple? Okay, nak tambah cinta tak?" Sempat lagi pelayan itu bergurau membuatkan Aqisha yang mendengar soalan pelayan itu pada Atiana juga turut ketawa sama dengan Atiana yang disoal manakala Qayyum hanya beriak biasa.

"Tak nak lah, cinta tak baik untuk kesihatan sebab terlalu manis." Atiana seronok melayan kan lelaki itu sebelum mereka bertiga ketawa besar dan pelayan itupun berlalu untuk menyiapkan kerjanya yang lain, entah kenapa meja mereka jadi sunyi selepas mood Qayyum bertukar cuaca.

"Qisha nak pergi tandas jap." Pamit Aqisha yang dibantu oleh Qayyum.

"Biar abang tolong.." Lembut saja Qayyum memujuk Aqisha yang terus menolak pertolongan Qayyum.

"Qisha boleh pergi sendiri, abang teman lah Tia dekat sini.." Sibuk pula Aqisha merisaukan Atiana sedangkan dia yang sarat mengandung, Qayyum mengeluh berat sebelum dia menuruti kehendak Aqisha untuk menemankan Atiana dimeja mereka.

"Awak, saya nak tanya sesuatu boleh?" Soal Atiana menghalau suasana sunyi antara mereka, Qayyum mengangguk sambil bermain telefon pintar nya.

"Kalau saya nak bekerja, boleh tak?" Kening Qayyum terangkat bila mendengarkan soalan itu, dia menyimpan kan semula telefon nya kedalam poket seluar nya.

"Kerja apa?" Kini perhatian Qayyum diberikan sepenuhnya pada Atiana yang duduk dihadapan nya, Atiana hanya tersenyum paksa bila melihatkan wajah Qayyum yang sepertinya tidak menyetujui permintaan nya ini.

"Kerja dibutik umi, Aqisha tak beritahu abang?" Qayyum menggeleng tidak diberitahu apa-apa oleh Aqisha, Atiana menghela nafas panjang.

"Aqisha minta saya gantikan tempat dia dibutik umi, boleh ke saya bekerja disana?" Qayyum membuang pandangan nya keluar tingkap sepertinya dia tidak membenarkan Atiana untuk bekerja semula, Atiana yang memahami riak wajah Qayyum terus diam mengunci mulut. Dia tidak mahu memaksa jika Qayyum tidak membenarkan dia untuk bekerja semula.

"Pesanan encik dan puan, ini awak punya—" Ujar si pelayan lelaki tadi dengan begitu ramah, Qayyum langsung tidak mengendahkan kehadiran pelayan itu sebelum aiskrim milik Atiana tertumpah diatas pangkuan Atiana membuatkan pelayan itu panik dan membantu Atiana membersihkan pangkuan nya.

"Awak, saya minta maaf." Atiana hanya tersenyum sambil terus menggeleng.

"It's ok." Itu saja yang dibalas Atiana kerana pehanya terasa begitu sejuk saat ini lagi-lagi bila disentuh oleh lelaki pelayan yang mencangkung disisinya sekarang.

"Atiana mari balik." Suara Qayyum kedengaran begitu tegas, pelayan itu bangkit dari cangkung dan cuba untuk meminta maaf pada Qayyum atak kecuaian nya.

"Saya betul-betul minat maaf encik atas kecuaian saya—"

"Jangan sentuh isteri aku!" Amuk Qayyum saat pelayan itu kembali menyentuh Atiana, tergamam semua pelanggan melihatkan tayangan percuma yang terjadi dihadapan mereka kini. Si pelayan itu sendiri tercangang bila mengetahui hubungan Qayyum dengan wanita dihadapan nya.

"Mari balik Atiana." Arah Qayyum dingin sebelum meletakkan duit diatas meja makan mereka, Atiana masih terkebil-kebil tapi dia hanya menuruti arahan suaminya dan berlalu keluar dari restoran mewah itu.

"Qayyum, Aqisha—"

"Masuk!" Belum sempat Atiana berkata Qayyum sudah menengking nya, Atiana pun melangkah masuk kedalam perut kereta dan mereka berdua pun berlalu dari perkarangan restoran itu dan meninggalkan Aqisha yang sarat mengandung sendirian.

Sepanjang perjalanan pulang kerumah, Atiana hanya diam membisu sehingga akhirnya dia terlelap didalam kereta kerana perjalanan yang terasa begitu jauh dan disaat Qayyum mengejutkan Atiana, mereka berdua berada dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Qayyum terus membuka pintu rumah dan melangkah masuk kedalam diikuti Atiana yang tidak mengetahui dimana mereka berada sekarang.

"Awak, rumah siapa ni?" Soal Atiana sambil matanya melihat sekeliling rumah, Qayyum meletakkan kunci kereta diatas meja disisi pintu rumah sebelum membelakangi Atiana.

"Awak tahu tak batas seorang wanita dan lelaki?" Soal Qayyum dingin saja, Atiana menghela nafas berat sebelum mengangguk.

"Saya tahu."

"Tapi kenapa awak nampak tak kisah bila lelaki tu sentuh awak?!" Suara Qayyum mula meninggi, Atiana tertunduk memandang lantai.

"Saya pun tak pernah sentuh awak Atiana! Macam mana awak boleh biarkan lelaki lain sentuh awak?" Soal Qayyum terus, Atiana mengemam bibir untuk menahan tangisannya seperti biasa jika dicaci oleh bonda tapi sekarang dia dimarahi oleh Qayyum.

"Maafkan saya." Pinta Atiana dengan suaranya yang tenggelam timbul kerana tangisannya, Qayyum mengeluh berat sebelum dia memusingkan badannya berhadapan dengan Atiana.

"Sudahlah, lupakan hal tu. Mengenai kerja tu, nanti saya fikirkan semula dan ini adalah rumah kita. Rumah saya, awak dan anak-anak kita nanti.." Qayyum sudah kembali tenang walaupun darahnya masih mendidih bila teringatkan seperti mana lelaki itu menyentuh isterinya, Atiana tersenyum dalam tangisan bila mendengarkan kata-kata Qayyum itu.

Rumah mereka dan anak-anak mereka?

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now