BAB DUA LIMA

12.2K 377 12
                                    

Atiana turun dari teksi setelah sampai dihadapan sebuah bangunan hotel bertaraf lima bintang yang paling popular dinegara ini, setelah duduk berjam didalam kapal terbang akhirnya dia sampai juga dinegara pilihan keluarga suaminya untuk bercuti dengan satu misi penting.

Beg kecil diatas bagasinya dilihat lagi untuk memastikan kalau beg itu masih ada bersama nya kerana beg itu adalah misi yang perlu dia bawa ke sini diatas arahan puan Sri, ibu mertua nya. Setelah mengucapkan terima kasih pada pemandu teksi, Atiana menarik bagasinya masuk kedalam lobi hotel dan mendekati kaunter pertanyaan.

"Hello, welcome to Pan Pacific hotel. can i help you miss?" Soal seorang wanita penuh ramah yang bekerja sebagai penjaga kaunter pertanyaan hotel, dua orang lagi rakan nya sibuk melayan pelanggan yang menanyakan arah ke pantai.

"Err..." Atiana hilang kata saat terlihat kelibat keluarga suaminya yang baru keluar dari lif hotel, dengan segera dia memakai kaca mata hitamnya sambil bawah wajahnya ditutup dengan shawl nya supaya mereka tidak mengecam nya.

"Miss?" Atiana segera beriak biasa semula setelah keluarga suaminya berlalu meninggalkan perkarangan hotel, wanita yang berada dihadapan nya hanya memerhatikan kelakuan pelik Atiana dengan senyuman paksa.

"Sorry." Ucap Atiana penuh janggal, dia berlalu ke ruang menunggu yang disediakan disisi lobi hotel. Sambil sibuk menunggu kehadiran bonda nya, sempat Atiana membelek telefon pintarnya sebelum satu pesanan masuk.

Qayyum Uqayl;
              Awak tengah buat apa? Dah makan kebelum? Jangan keluar rumah tau, bahaya saya tak ada dekat malaysia. Nanti saya balik, kita jalan-jalan ya.

Atiana tersenyum gembira sambil membaca pesanan dari suaminya, tidak dia sangka kalau Qayyum akan ingat padanya walaupun sedang bercuti bersama keluarga dan itu bermaksud dia penting buat Qayyum bukan? Makin lebar saja senyuman Atiana saat memikirkan soalan yang dia sendiri ajukan.

"Yang kau senyum seorang diri ni kenapa?" Soal puan Sri yang kini berada dihadapan Atiana, senyuman Atiana mati sebelum tangan puan Sri dikucupnya lembut.

"Bonda masih rasa sakit?" Atiana jadi risau semula bila teringatkan cara puan Sri bercakap dengannya saat di telefon tadi pagi, suara bonda seperti sedang menanggung kesakitan yang teramat membuatkan Atiana terus mengambil penerbangan ke Singapore pada pagi tadi juga.

"Aku ok, barang aku mana?" Atiana menghulurkan beg kecil yang dipenuhi dengan ubat-ubatan puan Sri sebelum dia berlalu untuk membeli air mineral buat ibu mertua nya yang perlu menelan ubat dengan segera sebelum sakitnya datang lagi kerana lewat mengambil ubat.

"Bismillah.." Sempat Atiana membimbing ibu mertuanya saat melihatkan puan Sri mahu menelan ubat. Setelah semua ubat sudah ditelan, puan Sri mahu berlalu ke biliknya.

"Bonda, Tia teman kebilik ya.." Pinta Atiana sebelum membimbing puan Sri yang terus menolak Atiana, pandangan tajam diberikan pada Atiana.

"Aku bukan tenat pun, tak perlu layan aku macam orang dah nak mati." Atiana menundukkan wajahnya saat dimarahi oleh puan Sri ditengah-tengah lobi hotel, puan Sri melihat pada beg bagasi Atiana.

"Kau belum mendaftar bilik kan?" Atiana mengangguk dengan senyuman, dia menyangka kalau puan Sri akan mempelawa dia untuk duduk sebilik dengan puan Sri memandangkan puan Sri mengarahkan Atiana supaya datang kesini tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain termasuk Qayyum.

"Jangan tinggal disini, pergi tinggal dihotel yang jauh dari kami. Aku tak nak mereka tahu tentang sakit aku dam kau ada disini, jangan rosakkan percutian kami." Atiana mengangguk faham akan arahan baru puan Sri sebelum dia berlalu keluar dari lobi hotel dengan perasaan sedih dihalau tapi dia masih lagi tersenyum.

Atiana memandang sekeliling hotel mencari hala tujunya sekarang kerana selama empat hari keluarga suaminya bercuti disini, dia perlu berpura-pura seperti mereka semua jauh darinya sedangkan mereka berada ditempat yang sama dengan nya kerana puan Sri menyuruh Atiana untuk membantu nya yang sedang sakit tanpa diketahui oleh ahli keluarga yang lain.

"Masuk." Atiana melihat kearah puan Sri yang sudah duduk didalam perut teksi dihadapan nya sambil menepuk tempat duduk penumpang disisinya, tanpa menunggu lama Atiana terus masuk kedalam kereta.

"Tak apa ke bonda teman Tia ni?" Soal Atiana yang teragak-agak, dia gembira kerana puan Sri mahu menemani nya untuk mencari hotel tempat dia tinggal selama empat hari ini tapi dia juga merasa bersalah kerana telah menyusahkan puan Sri.

"Aku teman kau sebab aku tak nak menyusahkan diri aku kalau kau hilang nanti, tak pasal-pasal pula anak-anak aku bermusuhan dengan aku disebabkan kau." Dingin saja puan Sri menjelaskan kebaikan yang sedang dia lakukan tika ini, Atiana masih tersenyum senang.

Walaupun niat puan Sri bukanlah kerana kasihan padanya tapi sekurang-kurangnya puan Sri telah menyusahkan diri untuk membantunya mencari bilik hotel. Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba disebuh hotel kecil yang jauh dari hotel tempat keluar Qayyum menginap.

"Kau nak tinggal disini?" Soal puan Sri sebelum matanya melilau melihat sekeliling hotel, dia dapat agak kalau hotel ini adalah tempat pelacur mencari pelanggan tapi hotel kecil ini satu-satunya yang masih ada kekosongan bilik dikawasan bandar memandangkan sekarang musim cuti.

"Bonda jangan risau, Tia pandai jaga diri.." Ujar Atiana dengan yakin sebaik melihatkan riak wajah bonda yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu mengenai hotel ini, Atiana sendiri sudah lupa kalau dia hampir pernah dirogol secara beramai-ramai.

"Bonda rehat dulu ya?" Atiana mengemaskan pakaian nya sebelum membantu puan Sri yang kelihatan nya mula mendapat kesan mengantuk dari ubat yang barusan dimakan nya, televisyen diperlahankan sebelum kaki Atiana melangkah keluar dari bilik hotel untuk mencari makan malam buat mereka berdua.





"Atiana, Atiana!" Atiana berlari anak masuk semula kedalam biliknya sebaik mendengarkan suara puan Sri yang melaung kuat namanya, entah kenapa puan Sri merasa lega bila melihatkan keadaan Atiana yang baik-baik saja.

"Kau pergi mana?" Soal puan Sri senadar, Atiana mengambil pinggan disisi katil sebelum dia duduk disamping puan Sri.

"Berborak dengan beberapa pekerja, tadi Tia keluar beli makanan.." Cerita Atiana santai tidak seperti selalu, kali ini dia merasakan tidak apa kalau dia bercakap biasa-biasa saja dengan puan Sri memandangkan puan Sri ialah ibu mertuanya.

"Bagi, aku boleh makan sendiri." Guman puan Sri sewaktu Atiana mahu menyuapkan nasi padanya, Atiana tertawa kecil sebelum wajah puan Sri ditatap nya.

"Apa salahnya Tia suapkan? Dapat pahala besar tau suap bonda." Lembut saja Atiana membalas, puan Sri menjeling nya sebelum pandangan nya beralih pada wanita-wanita berpakaian terdedah yang masih lagi duduk dihadapan bilik Atiana.

"Dengan sesiapa pun kau berkawan kan?" Sinis saja soalan yang diajukan puan Sri sebelum dia terbatuk kuat, pasti Atiana sedang mengutuknya didalam hati!

"Tia boleh berkawan dengan sesiapa saja tapi batas mesti dijaga.." Tenang Atiana berseloroh sebelum dia berlalu kepintu bilik untuk memberitahu mereka dia mahu berehat, mereka pun bersurai.

"Kau tahukan mereka tu pelacur?" Atiana tersenyum tapi dia tidak membalas soalan puan Sri, telefon pintar puan Sri yang asyik berbunyi dihulurkan pada puan Sri.

"Walaikumusalam Qayyum.." Balas puan Sri lembut saja, Atiana pamit kebilik air memberikan ruang puan Sri bercakap dengan Qayyum.

"Bonda jumpa kawan, ada.. bonda ada seorang kawan disini." Bohong puan Sri yang tidak mahu anak atau menantu nya mengetahui mengenai sakit nya dan kehadiran Atiana disini.

"Atiana tak jawab telefon? Oh tak perlu risau, bonda yakin Atiana baik-baik saja.." Walaupun kedengaran agak pelik bila puan Sri bercakap dengan baik mengenai Atiana, Qayyum merasa lega. Dari pagi tadi dia memikirkan keadaan Atiana yang tinggal seorang diri di Malaysia, agaknya apalah keadaan Atiana?

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now