04

10K 424 4
                                    

AKU mencebik melihat jam di tangan sudah tepat pukul 8 malam, namun aku masih di ofis menyiapkan kerja yang diberi Puan Amina sewaktu bertembung dengan aku di parking lot tadi. Haih... Bukan main lagi dia kenakan aku. Mentang-mentanglah aku ni pekerja baru.

Lekas aku buka laci meja yang terkunci dan membawa keluar stock coklat untuk kegunaan pada waktu ni. Sejak pergi meninggalkan rumah aku mula bergantung pada makanan pemanis mulut di saat tertekan jika dimarahi atau diganggu oleh pekerja bermasalah di syarikat ini seperti ketua bahagian pemasaran.

Aku sendiri mati akal bila berhadapan dengan dia yang sering mengganggu aku sehingga aku menjadi trauma lagi. Dan terpaksa berjumpa dengan doktor psikiatri setiap bulan untuk membantu aku yang benar-benar 'anti' terhadap sikap manusia bernama lelaki.

Sambil mulut sibuk mengunyah coklat, tangan kembali berjalan di atas papan kekunci untuk menyelesaikan kerja sebelum lewat malam kerana aku sudah berjanji dengan rakan serumah untuk pulang awal dan makan malam bersama.

"Hai, tak balik lagi?" Kehadiran Encik Danish tidak aku endahkan, kepala ku geleng perlahan tidak berminat untuk melayaninya. Sungguh panjang umur. Baru saja fikirkan dia, muncul pula si encik atasan ini.

"You ni memang tak suka pada I, kan?" Kerja ku terhenti dek kerana soalan Encik Danish. Coklat di atas meja ku berikan pada nya beserta senyum manis. Mana mungkin aku mengaku tidak menyenangi atasan, melainkan aku bersedia keluar dari syarikat ini.

"Untuk I?" soalnya berbasa-basi.

"Taklah, untuk jiran nenek tiri saya..." gumamku sendiri. "Apa you cakap?"

"Er.. encik ambillah coklat ni dan balik dulu. Saya ada banyak kerja lagi. Selamat malam."

Dia ketawa melihat aku panik. Tidak menyangka gegendang telinganya begitu bersih sehingga mampu mendengar suara berbisik ku. Encuk Danish menerima coklat permberian ku, namun dia masih lagi berdiri di hadapan meja sambil tersenyum-senyum seperti kerang busuk.

"Kenapa you ni rajin sangat? Sekarangkan dah pukul 8 malam," omelnya menjeling sekilas jam tangan yang dipakai. Aku kembali bekerja setelah putus asa mengusirnya dari syarikat yang 40% milik keluarganya.

"You ni memang jenis yang jual mahal ataupun I bukan taste you?" Penuh kerut dahinya bertanya. Aku cukup berani untuk memekakkan telinga saat ini.

"You... Janganlah sombong sangat dengan I. I ni bukanlah jenis yang suka kacau perempuan tapi you yang tak nak layan I." Encik Danish menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk rapat dengan ku. Segera aku bangkit dari kerusi dan menghempas fail ke atas meja, tanda protes.

"Encik, tolonglah jangan ganggu saya. Saya ada banyak lagi kerja nak disiapkan sebelum meeting esok." Jariku menunjuk pada fail tebal yang masih tersisa. Dia mengeluh panjang.

"Inikan bukan kerja you. Kenapa you buat? Puan Amina buli you lagi?" Tanpa memikirkan akibatnya Encik Danish menolak tumpukan fail yang kemas tersusun, menyebabkan nota-nota yang ku selit bertaburan.

"Encik Danish!" Aku luar biasa marah apabila Danish mengambil kesempatan untuk menyentuh tangan ku semasa membantu aku mengutip kertas di lantai. Segera ku capai beg tangan dan ingin berlalu, namun pelukan dari belakang menyekat langkah ku.

"Lepaskan saya!" Aku meronta dalam pelukan nya dengan air mata yang mengalir deras. Mengapa aku sering diperlakukan begini oleh insan bernama lelaki?

Tanpa berlengah aku memijak kakinya dan memberi tamparan kuat menyebabkan kepala Danish terpusing ke sisi. Sungguh aku lelah dengan sikapnya, tapi aku masih menahan diri sehingga minit yang lepas.

Apa yang tidak kena dengan dunia zaman ni? Tiada lagikah manusia bernama lelaki yang benar-benar baik dan bersifat malu? Ke mana perginya lelaki-lelaki yang baik?

Setibanya di rumah, aku naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan kembali ke bawah untuk membasahkan tekak. Hampir saja aku tersedak bila melihat rakan serumah yang hanya memerhati ku sejak tadi tanpa bersuara.

"Tia, apa alasan U lambat kali ni?" soal Gina tak puas hati. Jam sudah menunjukkan pukul 10malam, tapi penuntut Uni ini masih berjaga.

"Sorry, saya ada kerja lebih tadi." balasku sambil menggaru kepala yang tak gatal. Kak Lina mengeluh berat, menatap ku dengan sedih.

"Tia kena buli lagi dengan puan Amina tu?" Mereka terlalu masak dengan alasan ku jika pulang terlewat. Pasti dan semestinya aku diberikan kerja lebih, kerana itu sudah berlaku sejak hari kedua aku bekerja di sana.

"U pun Tia, kenapa baik sangat? Ikut je apa orang suruh. Kalau U tak nak OT, balik saja lah." Amuk Gina. Kak Lina menepuk belakangnya dan minta untuk bertenang.

"Puan Aminah tu baik. Cumanya dia perlukan bantuan untuk meeting besar esok." jelas ku untuk menyedapkan hati mereka. Namun Gina bertambah kesal dan berlalu naik meninggalkan kami.

Kak Lina menghela dan mencapai tangan ku, "Akak tahu Tia seorang yang baik. Tapi jangan biarkan orang terus memijak kita sampai kita tak punya lagi suara sendiri."

Aku mengangguk lemah. Memeluk tubuhnya dengan sendu di hati. Tak terkata syukur ku terhadap kebaikan kak Lina yang telah merawatku sejak dihantar keluar oleh Imran dari rumah arwah mama.

"Imran mesti gembira tengok Tia sekarang, kuat. Akak doakan Imran dapat membahagiakan Tia dan menggalas tanggungjawab dengan baik selepas rancangan bijak dia berjaya." Tawa kak Lina mengilai sebelum meninggalkan aku yang tertanya maksud dari kata-katanya.

Aku naik ke bilik untuk berehat. Kepala mula terisi dengan pelbagai idea untuk hari esok saat mata bertukar kuyu. Aku harus bertolak awal untuk menyiapkan kertas kerja yang tersisa. Sekaligus bersedia menanggung kemarahan Puan Amina yang sudah berpesan untuk menyelesaikannya pada malam ini.

Tubuh ku pusing menghadap jendela bilik. Memerhatikan langsir putih yang terbang ditiup angin. Tanpa sedar tangan ku naik menggenggam cincin permata yang bergantung pada rantai di leher. Lalu tiba-tiba saja wajah tawa Imran muncul di benak ku.

"Tunggu aku, Tia. Aku sayang kau."

Terbeliak mata ku menghadam gambaran yang baru saja di mainkan. Entah bila kepala ku mencipta gambaran palsu itu. Mungkin kerana aku sudah terbiasa dengan gangguan Imran, dan merasa kesepian setelah berpisah darinya.

"Mama betul. Tia memang tak dapat berpisah dengan Imran, dan sekarang Tia kesunyian."

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now