Aku terjaga dari lena saat merasakan tidurku sudah puas, tidak tahu sudah berapa lama aku terlelap tapi yang pastinya agak lama sehingga aku merasakan tidurku begitu puas sedangkan aku jarang mendapatkan tidur yang puas kerana mimpi-mimpi buruk yang bakal aku alami ketika tidur lena.
Mataku celikkan berkali-kali kemudian aku gosok sambil melihat sekeliling ruang yang besar ini, rasanya aku tahu dimana aku berada sekarang tapi aku tidak dapat mengingati tempat ini dan seperti ada sesuatu yang menghalang ingatan ku dari mengingati tempat ini dan apa yang telah berlaku.
"Dah bangun ?" Aku mengusai duduk ku saat melihatkan wajah Danish dihadapan ku, dia menghulurkan secawan teh hangat yang benar-benar aku perlukan tika kesejukan begini.
"Green tea, minumlah." Aku membalas senyuman nya lalu dengan perlahan menghirup teh hijau yang begitu harum bau nya dan sangat mendamaikan, Danish hanya terus tersenyum.
"Sejak bila saya tidur ?" Soalku sambil melihatkan jam ditangan yang sudah menunjukkan tepat pada pukul lima petang, Danish diam sejenak sebelum merapati ku.
"Satu hari ?" Tersedak aku mendengar jawapan dari Danish, mataku meliar sekeliling mencari handbeg ku. Aku mahu menelefon rakan dirumah, pasti mereka semua risau mengenai ku kerana tidak pulang tanpa khabar.
"Mana hangbeg saya ? Saya nak telefon kawan saya." Danish hanya menatap wajahku lalu dia menyuruh aku untuk bertenang, aku mula mengikuti arahan nya walaupun hati masih gusar memikirkan rakan-rakan ku dirumah lebih-lebih lagi kak Lina yang pasti sangat risaukan aku.
"You bertenang okay, i cuma nak luangkan masa bersama you.." Tangan Danish naik menyentuh wajahku, aku perlahan-lahan menepis tangan nya.
Tidak tahu apa yang membuatkan aku menjadi sedikit mengantuk semula sedangkan aku sudah puas tidur seharian sehingga tertinggal solat fardhu!
"Solat.." Aku cuba bangkit dari sofa tapi Danish menahan lengan ku, aku ditolak baring semula diatas sofa lalu Danish mula menyentuh tubuhku merata. Mataku pejam rapat cuba untuk gagahkan diri menolak sentuhan nya tapi tangan ku terasa benar-benar berat seperti dihimpit sesuatu yang besar.
"Berhenti.. jangan.." Aku menolak Danish yang kelihatan turut terkena masalah sama dengan ku, kedua-dua kami seperti terbang keawangan tapi aku tidak sekhayal Danish yang semakin tidak waras yang mula menanggalkan tie nya.
Khayal..
Aku melihat kesisi lalu cawan yang diisi teh hijau itu aku tolak sehingga jatuh diatas karpet menyebabkan air nya meresap laju kedalam karpet itu dan menampakkan sisa-sisa pil berwarna putih jelas kelihatan diatas karpet berwarna hitam, dadah ?
Aku menolak Danish yang berada diatas ku saat merasakan pehaku yang diusap dengan tangan kasarnya, dengan kekuatan yang ada aku cuba sedaya upaya untuk lari dari Danish yang benar-benar sudah hilang kewarasan akal fikiran nya dan buktinya dia mula menyentuh ku.
"Tolong!" Aku merangkak kearah pintu bilik pejabat Danish yang kelihatan nya sangat jauh pasti akibat pengaruh pil ini yang terlalu kuat ataupun kerana ini adalah pertama kali pil ini didalam tubuhku jadi kesan nya sangat ketara sehingga aku merasakan mahu terbang jika boleh.
Mendengarkan tawa Danish membuatkan aku semakin takut jika perkara buruk yang tidak diingini berlaku kepada ku, jadi aku terus memaksa diriku supaya gagahkan diri dan keluar dari sini minta bantuan sesiapa saja yang masih ada di syarikat.
"You nak pergi mana ? Minta tolong ?" Soal Danish yang mencapai pinggang ku, aku terus menepis tangannya dan berjaya membuka pintu bilik pejabat nya lalu menjerit meminta tolong.
"Tak ada siapa yang akan tolong you Atiana, hanya kita disini.." Pinggang ku dipeluknya erat lalu tudungku diselaknya, leherku dikucupnya mesra membuatkan aku hilang keseimbangan buat seketika sebelum aku menolak Danish.
"Jangan.. tolong! tolong!" Danish menolak aku ke dinding lalu tudungku diangkat nya sebelum leher ku dikucupnya dengan penuh rakus dan kali ini aku benar-benar hanyut, tubuhku menjadi panas yang lain macam tika ini sewaktu Danish terus menyentuh ku.
"Argh!" Danish mengeluarkan telefon pintar nya yang terus berbunyi nyaring dari dalam poket seluarnya sebelum telefon itu dimatikan lalu disumbat semula kedalam poketnya, aku yang kembali tersedar terus berjalan jauh meninggalkan Danish dibelakang ku.
Punat lif yang menunjukkan pintu ditutup aku tekan berkali-kali kerana tidak mahu Danish dapat mengejar aku kerana jika sekali lagi dia menyentuh aku pasti kami akan terhanyut dan aku akan hilang segalanya. Aku menghela nafas lega saat kelibat Danish sudah tidak kelihatan lagi, aku keluar ke lot parking kereta dan mencari dimana kereta ku parking semalam.
Kunci kereta didalam handbeg ingin ku capai untuk mencari terus kereta ku melalui punat kunci kereta yang akan memberi efek jika kereta ku ada disekitar ku tapi hanya angin yang aku dapat membuatkan aku bertambah pelik, aku menoleh kesisi melihat pada lengan kanan dan kiri ku mencari dimana handbegku berapa saat ini.
"Hangbeg, mana kau ?" Aku membongkok kan tubuhku mencari kemana perginya handbeg ku yang didalam nya terdapat barang-barang berharga milik ku.
"You cari apa ?" Soal satu suara dibelakangku, lambat-lambat aku berdiri lalu menoleh kebelakang melihat tuan empunya badan yang menegurku.
"Beg.." Bisik ku, dia berkerut sebelum melihatku atas bawah.
"Tadi waktu you keluar you memang tak ada bawa beg, mungkin you tertinggal dekat atas." Aku berkerut tidak faham dengan kata-kata nya yang terselit sleng campuran sebelum lambat-lambat mengangguk setuju saja dengan katanya.
"Kunci kereta.." Aku hampir terjatuh tapi sempat ditangkap oleh lelaki yang berada dihadapan aku kini, dia berkerut melihatku sambil bibir seksi nya mula mengukir senyuman sebelum dia ketawa.
"You okay tak ni ? You sakit ke tapi you nampak sihat saja.. Kelakar juga you ni, i ingatkan serius 24jam.." Aku hanya tersenyum lalu mengangguk lagi, kali ini kepala ku terasa begitu ringan sehingga aku seronok memejam mata dan tumbang.
"You! You!" Aku merasakan tubuhku digoncang kuat malahan aku sedar ada yang memanggilku. Aku tidak dapat lagi untuk membuka mataku ssat ini kerana aku merasakan seperti aku benar-benar sedang terbang sekarang tapi ada sesuatu yang begitu menyakitkan berlaku padaku saat ini.
Aku terluka!