Aku menoleh kesisi melihat Qayyum yang hanya menundukkan wajah memandang lantai dari saat pertama kali kami melangkah kaki kedalam rumah agam milik keluarga nya, kedengaran dari bawah suara ibu Qayyum yang mengamuk besar saat mengetahui kedatangan kami kesini.
"Awak okay?" Soalku sambil mengusap bahu Qayyum, soalan ku hanya dibalas dengan senyuman yang dibuat-buat oleh Qayyum sebelum pandangan kami beralih melihat dua gerangan lelaki tua dan wanita yang lebih muda darinya berjalan mendekati ruang tamu.
"Assalamualaikum bonda, bonda apa khabar?" Soal Qayyum yang terus mengucup tangan wanita yang dia gelar sebagai bonda itu, aku jadi terpinga-pinga sendiri mahu mengucup tangan ibu mertua ku tapi belum sempat aku mencapai tangan nya dia sudah terlebih dahulu menarik semula tangan nya.
"Anak ni Atiana ya?" Soal lelaki disisinya ramah setelah melihatkan aku yang terkebil-kebil sendiri, pasti lelaki ini ayah mertua ku. Tangan nya aku kucup kemudian aku mengangguk.
"Ya pakcik, saya Atiana."
"Eh janganlah panggil pakcik, Atiana kan menantu Ayahanda. Panggil saja ayahanda dan bonda.." Aku mengangguk lagi dengan senyuman, nampaknya ibu mertua ku benar-benar tidaj suka padaku tapi ayah mertua ku pula baik-baik saja.
"Ayahanda dan bonda apa khabar? Maafkan Qayyum sebab tak dapat sertai aktiviti disana tapi semuanya baik-baik sajakan?" Begitu seronok aku mendengar cara Qayyum yang bercakap sopan dengan Ayah nya, tidak jauh beza dengan bahasa istana.
"Kami sihat Alhamdulillah---"
"Tak dapat sertai sebab Qayyum berkahwin lagi dalam diam-diam dibelakang kami kan?" Perli bonda dengan wajah cemberut nya, Qayyum menghela nafas berat lalu dia beralih kesisi bondanya. Kedua tapak tangan bonda nya dikucup lembut lalu wajah nya disembamkan diatas riba bondanya.
"Maafkan Qayyum bonda, Qayyum tak berniat untuk membuatkan bonda terasa hati dan Qayyum tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin diam-diam tanpa pengetahuan bonda dan ayahanda tapi perkara ini sangat mendadak sampai Qayyum---" Aku merasa sebak mendengarkan suara Qayyum yang bergetar hebat menunjukkan bahawa dia sedang menangis diriba bondanya, rasa serba salah datang menghimpit ku.
"Maafkan Atiana kerana menyampuk tapi Qayyum tidak bersalah bonda, sebaliknya Qayyum ialah mangsa keadaan yang terpaksa menikahi Tia kerana kasihan pada Tia yang ditinggalkan bakal pengantin lelaki pada hari minggu yang lepas."
Dengan kekuatan yang ada aku cuba membantu Qayyum, ayahanda hanya diam mengunci mlut manakala bonda pula merenung wajahku tajam membuatkan aku kecut perut. Pembantu rumah yang datang untuk menghidangkan minuman dipanggil bonda lalu gelas yang berisikan jus apple disimbah ke wajahku.
"Ya Allah, awak!" Ayahanda menahan bonda yang terus menyimbah wajah ku dengan jus apple yang disediakan didalam empat gelas cawan kaca, aku menundukkan wajah saat airmata mengalir deras.
"Kau ni memang perempuan tak tahu malu! Anak aku ni suami orang, dia dah ada isteri dan dia bahagia dengan isteri dia tapi kau rampas dia dari menantu aku! Perempuan jenis apa kau ni?!" Aku terus ditengking oleh bonda yang masih duduk diatas sofa, Qayyum yang sudah berdiri disisi ibunya hanya dapat melihat aku dimarahi oleh bonda.
"M-maafkan Atiana.." Ucapku tergagap-gagap dalam tangisan, bonda bangkit mendekati ku membuatkan aku semakin membongkok dihadapan nya.
"Aku tak akan sesekali terima kau sebagai menantu aku jadi jangan berangan-angan lagi untuk jadi menantu aku! Dan aku ibu kepada Raja Qayyum Uqayl tak akan restu hubungan kau dengan anak aku sampai bila-bila pun!" Tengking bonda lagi, lututku jadi kebas sebaik saja mendengarkan sumpah bonda.
"Bonda.." Serak suara Qayyum memanggil nama bonda nya, aku jadi semakin serba salah.
"Maafkan Atiana bonda, maafkan Atiana.." Rayuku bersungguh-sungguh, aku tidak sanggup jika bonda tidak merestui hubungan ini lebih-lebih lagi Qayyum sendiri sangat menjaga perasaan bonda nya jadi tidak diberikan restu adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
"Kalau Qayyum benar-benar sayangkan bonda, Qayyum lepaskan perempuan ni!" Aku mengelu, wajah Qayyum aku pandang sekilas sebelum mataku pejam rapat. Aku tidak mahu diceraikan oleh Qayyum kerana aku merasakan kebahagiaan bersama dengan nya tapi..
"Astaghfirullahalazim, bawa mengucap awak.." Pujuk ayahanda langsung tidak bonda endahkan, mereka berdua naik semula keatas meninggalkan kami. Aku terus terduduk diatas lantai sambil menangis tersedu-sedan, Qayyum pula hanya membisu.
"Tanpa restu bonda, hidup tidak akan berjaya dan bahagia.." Gumam Qayyum sendiri, tangisan ku jadi semakin kuat saja sebelum aku dipapah Qayyum naik kebilik kami lalu dia meninggalkan aku didalam bilik dan berlalu keluar.
Malam telah menjelang saat aku keluar dari bilik untuk membantu menyediakan makan malam tapi aku disuruh berehat oleh Ayahanda yang mengarahkan pembantu rumah untuk menghantar makanan kedalam bilik ku terus. Sempat juga Ayahanda meminta maaf kerana kelakuan bonda padaku tapi aku hanya mampu tersenyum.
Setelah selesai makan pintu bilik ku diketuk Fatimah yang juga baru selesai makan bersama keluarga nya dan naik untuk bersembang dengan ku sebelum masuk tidur, jadi dengan adanya kesempatan ini boleh lah aku tanyakan pada nya tentang bonda mereka memandangkan hanya kami berdua saja didalam bilik ini.
"Hm bonda?" Soal Fatimah, aku laju mengangguk.
"Fatimah rasa bonda marah sangat pada akak sebab akak dah rampas Qayyum dari Aqisha ke?" Aku agak kurang jelas sewaktu bonda mengatakan bahawa aku telah merampas Qayyum dari menantu nya bermakna hubungan bonda dengan Aqisha baik-baik saja.
"Maafkan bonda ya kak Tia, bonda tak bermaksud untuk buat akak terasa tapi bonda memang anti kalau tengok kak Qisha dilukai atau terlukai kerana bonda pernah menjaga kak Qisha semasa kak Qisha masih kecil jadi bonda memang sayang benar pada kak Qisha seperti anak kandung.."
Aku mengangguk faham, pasti bonda fikir memang aku yang merampas Qayyum dari Aqisha. Setelah hampir setengah jam aku berborak-borak dengan Fatimah yang merupakan satu-satunya sahabat ku didalam rumah ini, kami masing-masing menguap keletihan jadi Fatimah meminta pamit untuk berehat.
"Fatimah ada nampak along tak?" Soalku sebelum Fatimah membuka pintu bilik, Fatimah mengangguk.
"Along ada balik sekejap tadi tapi dah keluar balik, mungkin malam ni along tidur rumah kak Qisha." Aku mengangguk faham lalu kami sempat mengucapkan selamat malam pada satu sama lain dan Fatimah pun berlalu keluar dari bilik ku, tinggal lah aku seorang.
"Seminit tanpa dia pun aku rasa sunyi sangat, apatah lagi seminggu tanpa dia?" Keluhan berat aku lepaskan, mulai hari ini bermulalah hari-hari yang perlu dijalani dengan adil dan sabar bagi ketiga-tiga pihak.
Bila difikirkan semula kasihan pada Ummie Aqisha yang sudah seminggu tidur tanpa Qayyum disisi jadi seminggu ini adalah hari Qayyum dirumah Aqisha jadi aku harus lalui malam-malam sendiri, aku harus kuat seperti Aqisha ataupun menjadi lebih kuat darinya.
"Good night Qayyum." Aku tersenyum sendiri lalu kepalaku geleng perlahan, seperti orang tidak waras saja aku membayangkan bahawa sekarang Qayyum sedang lena sisiku tapi entah kenapa aku terasa benar-benar 'lain' tanpa Qayyum diatas tilam disisiku.