BAB TUJUH

8.8K 351 1
                                    

Esakan ku menjadi semakin kuat sewaktu aku teringatkan apa yang dikata doktor berapa hari lepas semasa aku membuat pemeriksaan diklinik puan, aku disahkan sebagai seorang puan sebaik saja doktor melakukan ujian terhadapku yang sepatutnya masih gadis kerana status bujang ku dan apa yang lebih teruk..

Aku tidak tahu apa kisah dan siapa lelaki itu tapi aku jadi hilang halatuju sewaktu aku terjaga didalam bilik hotel sendirian ditengah malam dengan tubuhku yang langsung tidak ditutupi dengan seutus benang pun saat itu dan akibat terlalu ketakutan aku hanya mendiamkan diri dan aku memilih untuk merahsiakan hal ini.

Aku langsung tidak mengingati apa yang berlaku selepas sesi makan malam bersama Danish di tempat tinggi itu dan jika aku punya kekuatan untuk tanyakan padanya apa yang terjadi selepas itu pasti sudah aku tanyakan tapi aku tidak mampu kerana terlalu takut malahan alu jadi truma tanpa aku tahu kisah sebenar nya apa.

Airmata yang menitis laju aku kesat kasar, lalu kaki ku melangkah naik keatas para dihujung penjuru atas bangunan 25 tingkat ini dengan hati yang berat. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan sekarang disebabkan kesedihan yang begitu banyak datang menghimpit ku sehinggakan aku tidak mempunyai kekuatan lagi untuk menanggung kesedihan itu.

Cincin silver permberian Imran sijari manisku tenung lama sebelum cincin itu aku kucup lembut, hanya Imran satu-satunya keluarga yang aku punya tapi dia juga tiada disisi ku saat ini jadi tiada siapa lagi yang dapat membantu aku menghadapi kekejaman didunia ini disebabkan oleh insan yang bernama lelaki.

"Atiana!"

Aku menoleh melihat Danish yang berlari kearahku sambil menyuruh aku bertenang dan turun dari para ini memandangkan masalah gayatku yang benar-benar serius katanya tapi selarang rasa gayatku hilang, aku hanya mahu sampai kebawah sana secepat yang mungkin.

"Jangan buat kerja gila, turun lah.." Rayu Danish yang cuba mendekatiku, aku mengundur kebelakang membuatkan Danish cepat-cepat menjarak kan semula diri nya dari aku sambil tangan nya menekan-nekan skrin telefon nya.

"Apa yang jadi lepas kita makan malam bersama ?" Aku menggagahkan diri untuk mengetahui kebenaran sebelum aku membunuh diri, Danish mengeluh berat sebelum tumpuan nya diberikan sepenuhnya kepadaku.

"You pengsan dalam perjalan pulang ke syarikat jadi i bawa you naik dan rehatkan you dalam office i. Satu hari you tidur jadi i ingat nak bawa you kehospital dan lepas tu i pun tak tahu apa yang jadi."

Aku menangis teresak-esak diatas para sambil wajah tertunduk melihat kebawah bangunan yang sudah mula dipenuhi dengan beberapa orang penonton yang konon nya risau melihat aku sedangkan mereka semua tiada sewaktu aku benar-benar perlukan mereka.

"Atiana turun lah, i janji i akan buat apa saja asalkan you turun dari situ." Danish menghulurkan tangan nya padaku sambil kakinya mula membuka langkah mendekatiku, aku laju menggelengkan kepala tidak mahu disentuh nya sebelum langkah mengundur ku mati saat tiada batu lagi yang dapat aku pijak.

"Awak!"

Aku menolehkan wajah melihat semula pada Danish yang kini bersama dengan seorang wanita bertudung kemas menutupi aurat nya dengan begitu sempurna malahan wajah nya sangat manis membuatkan setiap orang yang melihatnya pasti akan merasakan ketenang.

"Ummie Aqisha."

Wanita itu tersenyum sambil laju mengangguk membenarkan apa yang barusan aku sebutkan, setelah berapa tahun kami berpisah tanpa khabar kini kami bertemu semula dalam keadaan aku yang sangat memalukan manakala Ummie Aqisha masih saja sempurna seperti dulu.

"Ya saya Ummie Aqisha, awak apa khabar ?" Aku tertunduk saat air mata mengalir laju sambil menggelengkan kepala, khabar aku selalu saja buruk yang pastinya tidak kira sama ada dulu, sekarang ataupun 50 tahun yang akan datang.

"Adik, mana Qayyum ?!" Soal Danish kepada Ummie Aqisha yang terus memujuk ku untuk turut tapi aku tidak akan termakan dengan pujuk nya lagi sama seperti dulu.

"Aqisha!" Kami mengalihkan pandangan ke arah seorang lelaki yang berlari kearah kami, Ummie Aqisha sempat berbincang sesuatu dengan lelaki itu sebelum lelaki itu datang mendekati ku.

"Cik, bawa bertenang. Apa pun masalah cik semuanya boleh dibawa berbincang, mari turut cik.." Tangan nya dihulurkan kepada ku, tanpa mempedulikan nya aku melangkah semula kebelakang.

"Atiana! Jangan buat keputusan begini.." Jerit Ummie Aqisha yang sudah mengalirkan air mata nya, aku jadi turut sebak melihat nya sebelum tanganku dicapai lelaki itu.

"Ingat Allah Atiana.. keputusan yang awak akan ambil ini adalah satu larangan Allah yang paling berat dan kalau awak mati, nauzubillah akan terus ke neraka." Aku tersentak saat mendengarkan ucapan nya, entah kenapa hatiku jadi sayu dan takut secara tiba-tiba sehingga aku mengubah keputusan ku.

Aku turun dari para ldan terus dipeluk oleh Ummie Aqisha yang menangis lebih teruk dariku, Danish tersenyum lega begitu juga dengan lelaki tadi. Buat kali pertama nya setelah sekian lama aku melihat keikhlasan didalam mata seseorang buatku, dia benar-benar ikhlas membantu ku.

"Syukur Alhamdulillah awak buat keputusan yang betul Atiana, mari saya bawa awak berehat.." Aku hanya mengangguk setuju lalu Ummie Aqisha menarik aku berjalan seiringan dengan nya keluar dari bumbung bangunan syarikat ini.

Sempat aku menoleh melihat lelaki itu yang tersenyum sambil melambai ku, dari cara nya jelas dia memperlakukan aku seperti kanak-kanak kecil yang baru saja dia selamat kan tapi aku tidak kisah mengenai itu kerana aku sudah jatuh hati padanya yang ikhlas dengan ku.




"Apa yang dah berlaku?" Soal Ummie Aqisha yang menghidangkan minuman buatku, aku hanya diam mengelu saat soalan itu diajukan lagi buat kali yang kedua setelah ibu bapa Ummie Aqisha turut menanyakan soalan itu beberapa jam yang lepas.

"Atiana, awak tak percayakan saya?" Aku mengangkat wajah lalu menggeleng perlahan, Ummie Aqisha bangkit dari sofa tempat dia duduk dan beralih kesisi ku lalu aku dipeluk nya erat sambil rambutku diusapnya.

"Saya minta maaf sebab tak berhubung lagi dengan awak semenjak hari tu tapi saya cuma tak nak awak bersedia lagi.." Tangisan ku kembali semula setelah kejadian terakhir kami berdua terimbau kembali dikepala, saat dimana rakan-rakan nya menghinaku.

"Kenapa dia ada disini ? Dia ni bukan perempuan baik-baik lah, mama saya tak bagi berkawan dengan dia."

"Mama saya pun, sebab nanti takut jadi macam dia. Jual badan pada orang untuk cari makan, duit haram!"

"Jom lah pergi dari sini, saya takut nanti terkena tempias kotor dia pula pada kita yang tidak bersalah ni."

Dan Ummie Aqisha hanya diam membisu sebelum turut berlalu meninggalkan aku yang meminta pamit ketandas, hatiku hancur saat itu. Aku benar-benar terluka lebih-lebih lagi saat sahabat baik ku hanya diam tidak membela nasibku dimata rakan-rakan nya dan terus berlalu.

"Saya dirogol." Ummie Aqisha perlahan-lahan melepaskan pelukan nya lalu merenung wajahku untuk mencari kebenaran disebalik kata-kata ku, aku jadi bisu lagi sebelum tangisan Ummie Aqisha menghiasi suasana sunyi didalam bilik tidurnya ini.

"Ya Allah Ya Rabbi! Ampuni dosaku.." Aku dipeluk semula lalu kata maaf diucapkan beribu kali padaku, tangisan kuat Ummie Aqisha membuatkan aku sebak jadi aku juga turut mengalirkan airmata.

"Maafkan saya kerana tiada disisi untuk membantu awak, Atiana.."

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now