BAB TUJUH BELAS

6.9K 298 5
                                    

Aku berkerut hairan dengan senyuman sewaktu mendapat bunga dari pengirim rahsia, pada petang hari begini dapat bunga dari orang yang tidak dikenali sememangnya agak menakutkan tapi kalau ini pemberian suamiku, tidak kah manis? kad yang diselitkan didalam jambak bunga rosa merah itu ku ambil, sempat aku melihat sekeliling sebelum membaca kad itu.

"You're my red rose in his garden"

Kad itu ku masuk kan semula kedalam jambak bunga ros yang mekar dengan indah dan penuh dengan warna merah menyala nya, entah kenapa aku rasa ini semestinya bukan pemberian Qayyum tapi sayang pula aku mahu buang memandangkan sudah terlalu lama semenjak kali terakhir aku melihat bunga ros secantik ini.

"Assalamualaikum." Aku terkebil sendiri saat melihatkan Qayyum, Aqisha dan bonda yang sudah pulang dari klinik. Sangat asyik terhadap bunga ros ini sehingga tidak perasan akan kepulangan mereka, Qayyum melihat pada bunga yang sedang aku pegang.

"Siapa bagi?" Soalnya dengan kening yang terangkat, aku memandang Aqisha yang turut melihat padaku sebelum tawa sinis bonda membuatkan aku jadi semakin panik.

"Tengoklah Qayyum, baru sekejap Qayyum pergi tapi dia dah terima hadiah dari lelaki lain." Wajah Qayyum sudah hilang seri, aku cepat-cepat menggelengkan kepala lalu bunga aku hulurkan pada Aqisha.

"Atiana buat pesanan untuk Qisha, tahniah untuk baby baru.." Aqisha tersenyum lalu bunga itu diambilnya sebelum ros itu dihidu olehnya.

"Em wanginya, terima kasih Atiana saya suka sangat!" Aku tersenyum lalu mengangguk, lega dapat menyelamatkan diri dalam situasi begini tapi rasa bersalah juga kerana menipu mereka.

"Eh tak payah ambil bunga ni!" Bonda membuang bunga itu diatas lantai lalu dipijaknya berkali-kali sehingga hancur, wajah Aqisha bertukar cemberut.

"Nanti kalau Qisha nak bonda boleh tanam taman bunga untuk Qisha dekat belakang rumah tu, Qisha tak boleh sebarangan terima pemberian orang lagi-lagi madu Qisha. Kita tak tahu kalau dia ada baca-baca supaya perkara buruk jadi pada kandungan Qisha ni.."

Sampai begitu sekali bonda memandang ku, betapa hinanya aku simata bonda. Airmata yang bertakung aku tahan dengan senyuman lebarku, Aqisha terus meminta maaf padaku sebelum perutnya digenggam kuat dengan dahi yang berkerut teruk.

"Sayang, kenapa ni?" Soal Qayyum risau, lengan nya Aqisha genggam.

"Aw! Abang sakit..." Aqisha mula menangis, Qayyum terus mendukung Aqisha lalu dibawa masuk kedalam kereta diikuti bonda. Aku sempat berpesan supaya pembantu tumah menjaga rumah sementara aku ikut kehospital dengan kereta ku sendiri.

Sebaik sampai di hospital aku sempat menghantar Aqisha keruang kecemasan sebelum berlalu kesurau untuk menunaikan solat fardhu asar memandangkan azan baru saja dilaungkan dan saat aku kembali ruang kecemasa sudah penuh dengan keluarga Qayyum dan Aqisha.

"Atiana!" Ibu Aqisha memeluk aku erat dan menangis teresak-esak dibahuku, aku memujuk ibu sambil memintanya supaya bersabar dan mendoakan yang terbaik untuk Aqisha.

"Kau perempuan tak tahu malu! Ini semua mesti kerja kau! Kau dengki pada menantu aku jadi kau nak dia keguguran! Kau jampi bunga tu supaya dia pegang dan keguguran kan?!!!" Bonda terus menyerang ku lalu memukul aku berkali-kali sehingga tertunduk-tunduk memandang lantai sambil menangis.

"Ini tak ada kena mengena dengan bunga yang Tia beri pada Qisha lah, cuba kawal sikit diri awak ni!" Marah ayahanda yang cuba menahan bonda, semakin mengamuk bonda dibuatnya apabila ditahan begitu.

"Kenapa abang selalu bela perempuan ni?! Dia ni perempuan tak tahu malu abang! Dia dah rampas Qayyum dari Qisha dan dia ni kuat dengki! Dia jampi bunga itu dan berikan pada Qisha supaya Qisha keguguran! Cuba abang buka mata abang dan lihat siapa dia yang sebenarnya! Dia ni perempuan murahan yang mahukan duit Qayyum!"

Panggg!

Semua orang yang berada disini kaku saat melihatkan ayahanda naik tangan pada bonda yang mengalirkan airmata sambil memandang ayahanda dengan tajam sekali, bonda menoleh menghadap aku lalu aku ditampar dengan lebih kuat sehingga membuatkan kepalaku jadi pening. Bonda menolak-nolak aku sambil terus memukul-mukul ku, amarahnya semakin membuak-buak.

"Bonda bawa mengucap, sabar." Qayyum langsung tidak peduli padaku yang diperlakukan begini dihadapan ramai orang dan hanya memujuk bonda yang menghalauku pergi dari situ, aku bangkit dan berlalu keluar dari ruang kecemasan dengan tergesa-gesa.

Esakan ku jadi semakin kuat saat kaki menyusun langkah kearah kereta, dadaku sudah terasa mula sesak disebabkan esakan ku yang semakin menjadi-jadi. Pandangan orang sekeliling tidak aku hiraukan kerana aku hanya mahu masuk kedalam kereta dan bernafas dengan tenang.

Honnn!

"Kau gila ke?!" Tengking Imran yang menarik aku kesisi jalan, aku tidak mempedulikan nya dan cuba untuk bangkit sendiri dari tanah untuk sampai ke kereta secepat yang mungkin.

"Kau kenapa ni?" Soal Imran panik melihat ku, aku menunjukkan kearah kereta ku tapi dia masih tidak faham akan keinginan ku. Tangan nya aku ambil lalu aku tekap kemulutku, aku mula menghela nafas baru.

Imran kaku dihadapan ku dan hanya melihat apa yang sedang aku lakukan menggunakan tangan nya yang bersaiz besar memandangkan dia seorang lelaki yang memiliki saiz tubuh yang besar dan gagah, aku mula melepaskan tangan nya dan bangkit dari tanah.

"Terima.. kasih" Aku berlalu kearah kereta ku dan mula memandu saat nafasku semakin stabil, penyakit pelik yang aku dapat akibat truma hampir dirogol beramai-ramai semasa sekolah menengah membuatkan hidupku bertambah sukar saja.

Aku tidak dapat merasakan nikmat menangis sepuasnya kerana dadaku akan sesak seperti tadi sehingga aku sukar untuk bernafas jika aku menangis dan aku juga tidak boleh mempunyai perasaan gembira yang terlalu besar kerana ianya turut membuatkan dadaku sesak.

Bukan semua orang sempurna, aku salah satu daripada ribuan manusia didalam dunia ini yang tampak sempurna tapi memiliki terlalu banyak kekurangan akibat dari masa lalu yang hitam sehingga memberi kesan besar dalam kehidupan ku. Salah satunya ialah kes rogol berapa tahun lalu yang telah mengubah aku menjadi seorang yang bukan lagi diriku.

Aku takut untuk bergaul dengan orang disekeliling ku, takut untuk bercakap terlalu banyak, takut jika lelaki ternampak auratku kerana mereka akan hilang kawalan secara tiba-tiba seperti semua lelaki yang pernah melihat aku tanpa hijab, mereka berubah secara mendadak sehingga mempunyai nafsu besar terhadap aku yang masih kanak-kanak saat pertama kali dicabul.

Aku sedang lena dibuai mimpi saat bapa angkat ku yang pertama menyentuh ku tanpa rasa berdosa sedikit pun, dia menyentuh semua bahagian pada tubuhku membuatkan aku sendiri jadi jijik pada diriku jika teringatkan saat-saat itu. Dia juga ada merakam aktiviti jijik itu setiap hari dan akan melihatnya sewaktu malam, aku turut dipaksa untuk melihat diriku yang disentuh merata oleh nya pada setiap malam.

Betapa terseksa nya aku? Hanya tuhan yang tahu.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now