Atiana teruja mendengar Qayyum mahu membawanya keluar makan malam. Sudah lama dia nantikan saat romantis ini. Hanya dia dan suaminya duduk mengagumi bintang.
"Kalau awak gembira macam ni sekali, Qisha pun mesti gembira bila saya beritahu dia nanti."
Senyuman Atiana mati. Kedengaran suara hatinya retak.
"Aqisha?" soal Atiana inginkan kepastian. Qayyum mengangguk teruja.
"Kan Qisha ada tolong juga. Jadi, saya nak bawa dia sekali. Awak tak kesah kan?"