BAB LAPAN BELAS

7.1K 323 2
                                    

Aku menolak pintu rumah perlahan, ikutkan syaitan sudah lama aku balik kerumah kak Lina dan menginap disana selama seminggu tapi disebabkan rasa hormat terhadap Qayyum aku memaksa hati supaya terus tabah dan pulang berehat dirumah orangtua Qayyum.

Daun pintu bilik aku pulas sebelum meloloskan diri masuk kedalam bilik, langkah ku mati saat melihatkan kelibat Qayyum yan duduk dibirai katil dan masih belum tidur menunggu kepulangan ku mungkin. Aku sebenarnya tiada mood untuk bersesi soal jawab pada malam ini jadi untuk elakkan nya aku segera berlalu masuk kedalam bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri aku keluar dari bilik air dan mengambil tempat diatas katil yang masih kosong, gebar ku tarik menutupi bahagian bawah tubuh ku sehingga paras lengan kerana kesejukan. Qayyum bangkit dari birai katil dan membuka lampu bilik, aku terus bangun duduk bersandar pada kepala katil.

"Awak ke mana? Balik lewat malam macam ni, awak tu isteri orang bukan bujang lagi." Aku menundukkan wajah tidak berani untuk melihat wajah Qayyum yang sepertinya dalam angin tidak baik, tidak pasal pasal aku ditampar pula nanti.

Ish apa aku merepek ni, Qayyum bukan lelaki seperti itu!

"Saya minta maaf, saya cuma perlukan ruang lepas apa yang dah berlaku." Keluhan berat Qayyum lepaskan sebelum dia mengambil tempat disisiku, rambut ku yang terjuntai kedepan dia selitkan pada belakang telinga.

"Saya juga minta maaf atas apa yang dah berlaku, bonda tak pernah berkelakuan begitu sepanjang hayat saya hidup sebagai anak bonda mungkin ada sesuatu yang benar-benar mengganggu fikiran bonda." Aku hanya mengangguk faham dengan airmata yang mula mengalir, Qayyum menarikku kedalam pelukannya.

Aku dipeluk Qayyum???

"Saya minta maaf bagi pihak bonda, saya juga minta maaf akan kekurangan saya sebagai suami awak. Saya sepatutnya melindungi awak tapi saya malahan lari dari masalah ini sampai kan awak terpaksa tanggung seorang diri." Tangisan ku jadi semakin lebat saja sebelum aku memaksa diriku untuk bertenang kerana tidak mahu sesak nafas pada saat-saat seperti ini.

"Lepas ni saya akan cuba untuk berdiri disisi awak dan tanggung masalah ini bersama, jadi jangan risau.." Dahiku dikucup mesra oleh Qayyum, aku tergamam memandangkan ini adalah kali kedua dia mengucup dahiku dan kali pertama adalah disaat setelah kami berdua sudah diijabkabulkan.

"Mari kita tidur, awak pun dah penat menangis seharian kan?" Sempat Qayyum mengusik ku memandangkan mataku begitu lebam kerana terlalu lama menangis dalam seharian ini, aku tersenyum malu. Qayyum membaringkan aku semula diatas bantal dan bangkit untuk menutupi lampu bilik.

"Goodnight Atiana." Bisik Qayyum yang berpusing menghadap ku dari sisi, aku tersenyum lalu nafas berat ku lepaskan sebelum mataku pejam rapat dan tubuhku turut berpusing berhadapan dengan Qayyum.

"Goodnight Qayyum."





Siapa dia? Apa kisahnya? Apa ada padanya selain wajah cantik manis itu? Jujur aku katakan bahawa dia adalah seorang wanita yang cantik dan benar-benar manis orang nya tapi aku langsung tidak terfikir untuk bernikah dengan seorang lagi wanita kerana dihati ini hanya ada seorang permaisuri, Ummie Aqisha.

Sebut saja nama Aqisha aku jadi teringat pada wanita yang sudah diijabkabulkan dengan ku itu memandangkan dia mempunyai nama belakang yang sama dengan isteri ku tapi mereka tiada apa-apa ikatan selain rakan sekolah dan apa yang gilanya, isteri ku mati-matian memujuk aku supaya bernikah dengan rakan sekolahnya itu.

Saat kali pertama melihat dia melepaskan hijabnya sungguh aku terpegun kerana dia begitu anggun sekali sehingga membuatkan aku lupa apa yang telah berlaku antara kami, Atiana Aqisha berjaya membuatkan jiwa lelaki ku jadi huru hara dengan kecantikan yang hanya dia tunjukkan pada aku yang sudah sah bergelar suaminya, tapi hanya suami untuk melindungi nya.

Itulah yang diminta oleh Atiana sewaktu kami pertama kali tidur sebilik sebagai pasangan baru berkahwin. Atiana ialah seorang wanita yang sangat berdikari dan bekerja keras, dia tidak pernah meminta ku untuk mengemaskan bilik kami walau sesibuk mana pun dia malahan dia melarang ku untuk berkeliaran dibilik saat dia sedang mengemas kerana tidak mahu alu menolong nya.

Hari-hari berlalu dengan pantas sekali sehingga tiba masa aku harus membawa Atiana kerumah orang tua ku untuk berjumpa dengan mereka dan meminta restu dari bonda yang pastinya akan mengamuk besar, aku sangat risau dan gemuruh akan reaksi yang akan ditunjukkan oleh bonda nanti tapi Atiana menggenggam kemas tanganku dan mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik saja.

Seperti yang aku jangkakan, bonda tidak mahu menerima Atiana Aqisha selain Ummie Aqisha lalu melemparkan kata-kata hinaan pada Atiana yang disembah pula dengan air jus. Aku jadi kelu kerana hilang akal untuk tidak tahu apa yang patut aku katakan saat itu kerana bonda menyuruh aku untuk melepaskan Atiana jika benar aku anak lelakinya.

Aku sayang pada bonda tapi kasihan pada Atiana yang sangat-sangat memerlukan aku. Jadi kerana tidak mampu membuat keputusan aku lari kerumah Aqisha, sifat manja Aqisha membuatkan hatiku yang gundah gulana mula diusap perlahan dengan tawa Aqisha yang benar-benar aku rindukan setelah seminggu tidak tidur sekatil dengan nya tapi dalam masa yang sama fikiran ku beralih memikirkan Atiana disana.

Sudah hampir seminggu berlalu semenjak aku tinggalkan Atiana seorang diri disana dan pagi ini Fatimah menghantarkan bekal yang diberi Atiana buatku, Fatimah juga ada bercerita bagaimana layanan bonda terhadap Atiana yang terus saja disimbah dengan pelbagai makanan dan minuman seperti tong sampah, hatiku bercelaru.

Saat makan tengahari diluar pejabat bersama Aqisha aku ada terfikir untuk memberitahu nya bahawa aku mahu pulang kerumah orang tua ku untuk menziarahi Atiana tapi aku tidak mahu Aqisha terasa hati kerana aku masih lagi berada didalam minggunya jadi aku tidak patut memikirkan isteri nombor duaku dirumah bonda walau apa pun yang berlaku.

"Selamat makan tengahari abang :)"

Note kecil yang ditampal pada penutup bekas plastik yang sudah kosong dibersihkan oleh Imran dan dipulangkan semula padaku membuatkan aku jadi kesal kerana telah memberikan bekal yang dibuat Atiana kepada orang lain sedangkan bekal itu dibuat khas untuk ku, sudah terlalu lama aku tidak makan masakan nya dan aku rindu..

Akhirnya sampai juga pada hari pertama minggu baruku bersama Atiana, dia kelihatan sihat tapi sudah semakin kurus walaupun baru seminggu berlalu. Pasti dia dikerjakan teruk-teruk oleh bonda seteruk yang Fatimah ceritakan padaku tapi apa yang boleh aku lakukan selain mengasihi nya terus tanpa dapat membantu nya sedikit pun?

Kepulangan Imran membuatkan aku sedikit terganggu memandangkan Aqisha beria-ia menunggu Imran pulang dengan teruja sekali, walaupun hubungan cinta diantara mereka sudah lama berakhir tapi aku masih merasa terganggu kerana reaksi Aqisha yang selalu saja gembira jika bercerita mengenai Imran sehingga membuatkan aku cemburu tapi aku tidak pernah memarahinya kerana aku sayang dan cinta padanya jadi aku percaya dia telah melupakan Imran.

Tapi malam ini aku jadi sangat marah sewaktu menangkap Imran dan Atiana berborak dua-dua di koridor rumah sambil bergelak tawa seperti sudah lama berkenalan, aku menyuruh Atiana untuk naik tidur dan aku memarahi nya dengan alasan dia adalah isteri ku jadi dia tidak sepatutnya bersembang lagi pada lewat malam begini sebaliknya menunggu aku didalam bilik.

Aku sendiri tidak tahu apa masalah aku, aku sangat mencintai Ummie Aqisha jadi tiada siapa yang dapat merebut tempat Ummie Aqisha termasuklah wanita sesempurna Atiana Aqisha tapi kenapa kadang kala aku terlalu asyik memikirkan Atiana sehingga aku keliru akan perasaan ku yang sebenar terhadap wanita itu, apa aku cinta padanya?

Ataupun ianya hanya kerana jiwa lelaki aku yang begitu menginginkan dia?

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now