BAB SEMBILAN

8.2K 334 6
                                    

"Raja Qayyum Uqayl bin Raja Muhammad Ali, aku nikahkan dikau dengan Atiana Aqisha binti Razali dengan maskahwin nya sebanyak dua ratus ringgit tunai.."

Aku menoleh kesisi melihat wajah gembira Ummie Aqisha yang kelihatan nya sungguh teruja saat ini sedangkan dibalik riak wajah itu pasti dia sedang menangis, dia terpaksa berkongsi kasih dengan ku disebabkan dia kasihan padaku yang tidak pernah merasakan kebahagiaan.

"Aku terima nikahnya Atiana Aqisha binti Razali dengan maskahwin nya sebanyak dua ratus ringgit tunai.."

Lelaki itu kelihatan cukup tenang, seperti dia ada masa untuk melatih ucapan akad nikah itu. Seluruh tetamu yang hadir mengucapkan rasa syukur setelah saksi mengesahkan pernikahan ini, kami menadah tangan saat doa mula dibaca oleh jurunikah dan kami mengaminkan doa nya sehingga habis.

"Tahniah!" Ujar Ummie Aqisha dan beberapa makcik-makcik disekitar ku, aku hanya membalas dengan ucapan terima kasih lalu bersalaman dengan mereka sebelum lelaki yang kini sudah sah bergelar suami padaku melangkah mendekati ku.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Cincin emas dikelilingi dengan batu permata disarungkan pada jari manisku sambil mata kami terpaut, aku terus tersenyum lagi tidak mahu orang curiga jika berwajah cemberut.

"Apa khabar ?" Soalnya lalu tangan nya aku kucup lama dan dia pula mengucup lama dahiku membiarkan tetamu dan jurukamera menangkap gambar seperti yang mereka inginkan.

"Baik." Kami disuruh mengusai cara duduk kami diatas pelamin kerana jurukamera mahu menangkap gambar nikah sekaligun jamuan makan secara kecil-kecilan di rumah ibu bapa maduku yang telah mengambil aku sebagai anak angkat mereka.

"Saya minta maaf." Ujarku sambil bergambar dengan keluarga Ummie Aqisha yang mewakili pihak ku dan keluarga Qayyum yang hadir sebagai tetamu tapi sekarang telah menjadi keluarga ku, Qayyum menoleh memandang ku disisi kirinya sebelum wajahnya kembali memandang depan.

"Untuk apa ?"

"Membuat awak menduakan Qisha." Qayyum tertawa kecil mendengarkan jawapan ku, tangan sejuk ku digenggam nya lalu bahuku dipeluk.

"Awak hanyalah mangsa keadaan, jangan risau." Aku terkedu saat hidungku dicuitnya, tetamu yang melihat kami ketawa terus membuatkan wajahku bertukar merah.

"Tahniah!" Terjah Aqisha membuatkan aku hampir saja terjatuh dari pelamin akibat terkejut tapi sempat disambut Qayyum.

"Wuuuuu! Filem Bollywood!" Usik tetamu yang melihat agenda ini, Aqisha juga turut ketawa sebelum aku pamit ketandas kerana terlalu malu.

"Eh kau!" Aku menoleh saat merasakan aku disapa seseorang, kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk disofa ruang tamu atas datang mendekati ku.

"Kau nak apa sebenarnya?! Kenapa kau rampas along dari Qisha?!" Tengking nya kuat, bahuku terhenjut kerana aku terlalu terkejut ditengking sebegitu sekali oleh lelaki yang tidak aku kenali.

"A-awak siapa ?" Aku ditolak ke dinding lalu leherku dicekik nya kuat sehingga aku menjadi lemas.

"Kau memang perempuan murahan! Kau rampas suami kawan baik kau sendiri! Kau tahu tak Qisha merana?!" Tengking nya terus, aku cuba untuk menolak nya tapi dia masih terus mencekik ku sehingga nafasku terasa sesak.

"Angah!" Seorang gadis yang baru saja naik keatas terus menolak lelaki itu jauh dariku dan aku terus terduduk diatas lantai sambil mencari nafas baru, lelaki tadi berlalu turun kebawah.

"Maafkan Angah, kak Atiana tak apa-apa ?" Aku mengangguk sambil menutup mulut yang terus batuk dengan kuat, gadis it berlalu kebawah dan kami semula keatas bersama segelas air.

"Minum kak." Aku meneguk rakus air kosong itu dan tekak ku masakan sedikit lega, masih lagi aku termengah-mengah sebelum aku mengucapkan terima kasih padanya kerana sudah menyelamatkan aku.

"Ingat saya lagi tak ? Fatimah, adik bongsu Qayyum." Aku menggelengkan kepala tanda tidak ingat, baru seminggu aku ketemu lagi dengan Aqisha setelah bertahun lama nya dan banyak cerita yang kami sembangkan sampai aku tidak tahupun yang Aqisha sudah berkahwin.

"Kita satu sekolah dulu, saya kelas bawah kak Tia dan kak Qisha.." Aku cuba memerah otak untuk ingat siapakah gerangan dia dimasa lalu kerana dulu ramai yang selalu mengikuti Aqisha kemana jua dia melangkah jadi mesti Fatimah salah seorang daripada mereka.

"Yang pakai speck mata ke ?" Soalku, Fatimah laju mengangguk teruja.

"Yey kak Tia ingat lagi pada saya!" Aku tersenyum melihat gelagat Fatimah, langsung tidak menyerupai abangnya yang menakutkan tadi.

"Fatimah, yang tadi tu abang Fatimah ke?" Soalku lagi, Fatimah mengangguk.

"Maafkan dia kak Tia, dia tu salah seorang peminat kak Qisha so dia tak boleh tengok kak Qisha sedih atau menangis." Aku mengangguk faham, patutlah dia begitu marah dengan ku rupa-rupanya dia salah seorang peminat Ummie Aqisha.

"Amboi Fatimah, culik kak Tia dari along ya?" Ujar Qayyum yang baru muncul dari tangga, Fatimah mencebik lalu lenganku dipeluk.

"Along tu yang tak pandai jaga kak Tia sampai Angah hampir saja nak bunuh kak Tia tadi tau!" Omel Fatimah kasar, mata Qayyum terbuntang luas sebelum dia lari berjalan mendekati ku lalu aku ditilik nya satu persatu.

"Dia buat apa? Dia lukakan awak? Dekat mana sakit? Nak pergi hospital? Apa dah jadi? Mana angah? Awak okay tak?" Bertalu-talu soalan yang diajukan padaku, Fatimah disisi sudah ketawa riang melihat kerisauan abang nya.

"Saya okay." Balasku dengan yakin, Qayyum menggetip bibir dengan wajah sebal nya.

"Budak seorang ni memang nak kenalah, berapa kali nak cakap ini bukan salah sesiapa tapi dia degil juga!" Ini pertama kali aku melihat riak wajahnya yang marah kerana dia selalu tersenyum saja.

"Biarlah dia along, nanti okaylah tu. Yang along naik atas ni kenapa ? Dah tak sabar sangat nak tunggu malam pertama untuk kali kedua ?" Fatimah tersenyum nakal membuatkan aku yang jadi malu, Qayyum mencubit pipi tembam Fatimah dengan kuat.

"Yang awak ni Fatimah, kecil-kecil lagi dah sibuk pasal malam pertama abang untuk kali kedua kenapa? Yang awak tu bila lagi nak berkahwin dan buat malam pertama sendiri.." Selamba saja mereka adik beradik bercakap mengenai hal sensitif itu tapi kalau aku dengan Imran, er seram.

"Sakitlah along!" Rengek Fatimah, Qayyum terus memeluk adiknya.

"Ala sayang, sayang along ni..." Aku ketawa melihat gelagat mereka berdua, seronoknya kalau aku juga punya seorang adik kandung.

"Atiana, kalau awak nak tukar baju pergilah mesti panas pakai baju ni." Aku tunduk melihat pakaian ku, kain cotton yang dijahit menjadi baju kurung tradisional dengan sulaman manik yang banyak.. sangat panas, berat dan merimaskan.

"Saya tukar baju dulu lah." Qayyum mengangguk, saat aku ingin berlalu tanganku ditahan Fatimah.

"Bawalah along sekali, minta along bukakan zip baju kurung ni--- Aww!" Qayyum mencubit lagi pipi Fatimah yang terus mengusik kami, aku mengalihkan wajah yang sudah terasa hangat kerana terus diusik begitu dan terus berlalu kedalam bilik.

"Sakitlah!" Jerit Fatimah diluar bilik, aku masih malu sendiri.

"Padan muka! Suka sangat usik orang kan? Nanti bila Fatimah kawin along nak usik puas-puas." Ugut Qayyum melawan kerenah adik perempuan nya, aku hanya ketawa dibalik pintu.

"Betullah apa yang Fatimah cakap, along ingat senang ke nak buka zip baju kurung tu? Lagipun apa salahnya kalau along bukakan, dapatlah along tengok tubuh langsing meletop kak Tia tu!" Sekarang aku jadi semakin malu saja, aku berlari kearah cermin sambil melihatkan bentuk pinggang ku yang ternyata langsing.

"Eleh along! Tadi bukan main marah Fatimah tapi sekarang dia tersenyum-senyum sendiri pula macam pengantin baru. Mesti along tengah fikir bentuk badan kak Tia kan ? Dasar lelaki !" Aku menggeleng kan kepala dalam tawa dan berlalu terus kedalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum turun membantu dibawah.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now