BAB DUA EMPAT

8.1K 337 18
                                    

"RAJA QAYYUM UQAYL!"

Bergema ruang tamu rumah agam itu saat nama anak lelaki sulung keluarga berketurunan diraja itu dilaung oleh bonda mereka yang berdiri tegak dihadapan anak-anaknya yang sudah berkumpul diruang tamu untuk menerima tohmahan ibu mereka terhadap abang sulung dan kakak ipar mereka yang nombor dua.

"Apa nak jadi dengan Qayyum ni? Qayyum pergi tinggal Qisha yang sedang sarat mengandung direstoran seorang diri dan pergi bersama perempuan tu?! Apa yang perempuan tu dah bagi pada Qayyum sampai anak bonda yang baik hati pun boleh bertukar menjadi seorang lelaki yang tak berguna macam ni?!"

Tengking puan Sri yang sudah berumur 58tahun dengan tegas sekali, anak sulungnya Raja Qayyum Uqayl hanya menundukkan wajah sedar akan salahnya terhadap isteri pertamanya yang sedang sarat mengandung tapi dia tinggalkan seorang diri kerana panas hatinya akan kelakuan pelayan restoran itu pada isteri nombor duanya, Atiana.

"Bonda bawa bertenang.." Pujuk anak bongsu keluarga itu, Fatimah sedaya-upaya cuba untuk menenangkan bonda nya tetapi dia pula yang ditengking kerana berpihak pada Atiana yang sebenarnya langsung tidak bersalah sama sekali.

"Bonda tak apa, Qisha ok je.." Pujuk Aqisha pula yang duduk disamping bonda. Sebenarnya Aqisha sendiri terluka dengan apa yang Qayyum lakukan padanya semalam tapi jika dibandingkan dengan Atiana, dia lebih bertuah jadi dia pendamkan saja lukanya semalam.

"Tak sayang, bonda tak boleh terima ni. Selagi perempuan tu tak diceraikan oleh Qayyum selagi tu bonda tak boleh berdiam diri melihat Qisha ditindas!" Terang bonda, ayahanda mengeluh berat sambil kepalanya digeleng berapa kali. Semakin pening kepalanya bila perangai isterinya bertambah melampau.

"Macam mana kalau ada apa-apa jadi pada Qisha semalam? Nasib baik pelayan restoran tu baik hati tolong hantar Qisha pulang ke rumah! Sudahlah Qayyum tak tinggalkan duit, pergi macam tu saja! Qayyum tak sayangkan Qisha lagi ke? Bonda kecewa dengan Qayyum!"

"Maafkan Qayyum, Qayyum sedar salah Qayyum.. maafkan abang, Qisha." Pinta Qayyum penuh sayu, Aqisha tersenyum lalu mengangguk.

"Tak apa, Qisha tak ambil hati pun.." Lembut saja Aqisha membalas, Qayyum terus lega. Nasibnya baik kerana Aqisha memahami nya, bersyukur dia kerana dikurniakan isteri sebaik Aqisha.

"Kenapa dengan anak-anak bonda ni? Dah tak ada satu pun yang sayang pada bonda lagi? Semua anak bonda menentang bonda demi perempuan murahan tu?!" Amuk puan Sri, mereka menggeleng kepala perlahan sebelum Imran bangkit dari sofa.

"Siapa yang tak sayang bonda? Kami berempat sayang sangat pada bonda tau. Apa kata hujung minggu ni kita pergi bercuti nak? Im sanggup luangkan masa beribu tahun demi menunjukkan rasa cinta Im terhadap bonda.." Ujar Imran penuh mesra, Fatimah tertawa kecil melihat cara Imran bercakap dengan bonda mereka seperti dia bercakap dengan wanita-wanita yang sering digodanya.

"Qisha setuju dengan Im, kita pergi bercuti ya hujung minggu ni?" Soal Aqisha penuh teruja, mereka semua mengangguk setuju termasuk Qayyum yang sudah tidak sabar untuk memberitahu kan hal ini pada Atiana.

"Dengan syarat, perempuan tu tak boleh ikut!" Sempat puan Sri menyatakan syarat nya sebelum dia bersetuju, Qayyum terpinga sendiri mendengarkan syarat bonda. Tidak tahu kenapa syarat itu terasa berat baginya, mungkin kerana dia sudah lama tidak berjauhan dari Atiana Aqisha.

"Tapi bonda-"

"Tak ada tapi, tapi Raja Qayyum Uqayl! Bonda tak nak dia ikut! Muktamad!" Bonda berlalu naik keatas diikuti Aqisha yang cuba untuk memujuk bonda, Aqisha sendiri tidak setuju jika madunya tidak dibenarkan ikut bercuti sedangkan Atiana juga adalah ahli keluarga mereka.

"Qayyum, Qayyum.. kan aku pernah cakap yang kau tak kan berjaya dapatkan kedua-dua mereka.." Tenang saja Amirul menyindir abang sulungnya, Qayyum mendengus keraa bila mendengarkan kata Amirul itu. Mula lah adiknya mahu mengungkit kisah dihari perkahwinan nya dan Atiana pada dua bulan lepas.

"Angah, tak payahlah cari pasal.." Sampuk Fatimah yang mencebik geram akan perangai Angah nya yang sering sekali menyebelahi bonda mereka memandangkan dia salah seorang peminat Ummie Aqisha.

"Dah, dah. Tak perlu bertengkar mengenai hal kecil, kita bercuti untuk menyenangkan hati bonda jadi kita ikut saja apa yang bonda mahukan." Cadang ayahanda yang selalunya tidak setuju dengan keinginan isterinya tapi kalau ini satu-satunya cara untuk melihat isterinya kembali menjadi puan Sri yang dia cintai dulu, dia setuju.

"Ya, Im setuju dengan ayahanda... So guys, just do it okey?" Imran menepuk-nepuk bahu Qayyum yang hanya mempamerkan riak wajah tidak senangnya, dia benar-benar tidak setuju akan syarat bonda.

"Kesian kak Tia.." Gumam Fatimah, dia sendiri merasa sedih dengan apa yang perlu Atiana lalui sebagai isteri kedua Along nya.

"Tak perlu nak kesian sangat, mana tahu nasib kau sama seperti dia?" Amirul tertawa jahat sebelum dia berlalu naik keatas diikuti adiknya Fatimah yang membebel panjang bila disumpah oleh abangnya itu.

"Apa yang teruk sangat berkahwin dengan aku?" Soal Qayyum tidak puaa hati bila dua adiknya mempertikaikan mengenai takdir Atiana yang sepertinya terlalu malang kerana berkahwin dengan nya, Imran dan ayahanda tertawa besar setelah mendengarkan soalan Qayyum itu.

"Kau boleh tanya apa? Kau ni memang tak ada perasaan kan? Macam manalah Atiana boleh tertarik dengan lelaki kaku seperti kau sedangkan aku jauh lebih menawan.." Wajah Qayyum bertukar bengis mendengarkan kata-kata Imran, bagaimana seorang adik boleh membandingkan dirinya secara terang-terangan dihadapan nya?

Tidak malukah?

"Oh relax bro, I'm just kidding.. you're the best!" Imran ketawa dihujung katanya sebelum dia membuka hal kerja dan berbincang dengan ayahanda, Qayyum masih lagi dengan riak tidak puas hatinya kerana dia begitu benci bila Imran menyebut nama Atiana.

Ada sesuatu yang lain antara Imran dan Atiana, bukan hanya abang dan adik angkat tapi sesuatu yang lebih erat memandangkan Atiana punya cincin yang sama seperti arwah ibu Imran. Qayyum baru menyedari tentang cincin itu saat terlihat kan gambar arwah ibu Imran dibilik pejabat adiknya, ianya benar-benar sama dengan cincin milik isterinya Atiana.

Apa sebenarnya hubungan mereka?












Hi assalamualaikum! Harini saya nak jawab beberapa soalan yang sering diajukan, harap-harap readers puas hati dengan jawapan saya ♥

(1)

Q; Kenapa Atiana tak minta cerai je?

A; sebab ini yang dia inginkan, keluarga.

(2)

Q; Aqisha ni sebenarnya baik ke jahat?

A; wallahua'lam (tunggu dan lihat dibab akan datang)

(3)

Q; Kenapa malang sangat nasib si Atiana ni?

A; Sebab saya si kejam yang reka storyline, hehe..

(4)

Q;Kenapa Atiana masih bersabar?

A; Kerana dia yakin, akan ada kebahagiaan buatnya suatu hari nanti.

"Akan ada kebaikkan buat hamba-hambaNya yang bersabar.."



Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now