BAB DUA DUA

7.5K 343 12
                                    

Daun pintu bilik dibuka oleh Qayyum dengan tergesa-gesa sekali sebelum dia mencari dimana kelibat isteri nombor duanya berada, Atiana yang baru saja keluar dari bilik air terkejut melihat Qayyum yang kini berada dihadapan nya sambil mereka berdua melihat sesama sendiri.

Berderu naik darah Atiana saat Qayyum melihat dia yang hanya bertuala pendek memandangkankan dia baru saja selesai membersihkan diri dan terlupa untuk membawa pakaian nya masuk kedalam bilik air kerana tubuhnya yang terlalu berlengas setelah melakukan semua kerja yang diarahkan oleh bonda.

"Awak pusing!" Arah Atiana saat Qayyum masih lagi tidak mengalihkan pandangan dari tubuhnya yang separuh bogel, Qayyum yang baru tersedar dari lamunan nya segera berpusing ke belakang.

"Kenapa tak pakai baju dalam bilik air?" Soal Qayyum dengan suara yang terketar-ketar sebelum dia memberikan pakaian Atiana yang sudah tersedia diatas katil mereka, Atiana segera menyambut pakaian nya.

"Saya lupa nak bawa baju masuk dalam bilik air, tak tahu pula awak balik awal.." Terang Atiana sebelum menyarung pakaian nya ketubuh sambil bercakap dengan Qayyum yang terus menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana kekok dengan situasi ini.

"Kaki awak lebam, kenapa?" Soal Qayyum yang tadinya terlihat lebam yang ada pada kaki kiri Atiana, kali ini Atiana pula yang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Saya jatuh..." Bohong Atiana sambil mengemam bibirnya, Qayyum menghela nafas berat sebelum dia duduk dibirai katil dan melihat kearah Atiana yang sudah berpakaian kemas dihadapan nya.

"Berehat lah, jangan paksa diri awak untuk buat kerja rumah. Awak isteri saya, bukan pembantu rumah.." Atiana tersenyum mendengarkan kata-kata Qayyum itu, berbunga lebat hatinya bila Qayyum sendiri mengatakan bahawa dia adalah isteri tuan Qayyum.

"Saya okaylah, lagipun saya kan duduk dirumah saja, kalau tak buat kerja dekat rumah ni apa yang saya patut buat? Tak kan saya nak duduk diam goyang kaki pula.." Sengaja Atiana berceloteh manja dengan Qayyum yang dalam mood baiknya, Qayyum tersenyum nipis lalu wajah Atiana ditatap nya lama.

"Maafkan saya." Tangan Atiana digenggam kemas oleh Qayyum yang mempamerkan wajah bersalah nya, berkerut dahi Atiana bila mendengarkan kata maaf dari Qayyum.

"Maaf untuk apa?"

"Sebab marah awak semalam, Qisha dah beritahu pada saya tentang perkara yang sebenarnya. Terima kasih tolong saya siapkan kerja meeting tu, kalau awak tak ada saya tak tahu apa yang akan jadi pada syarikat family Imran." Atiana tersenyum lagi, tangan Qayyum diusapnya lembut.

"Tak apa, saya tak ambil hati pun memandangkan sayalah penyebab utama syarikat hampir bankrap.. maafkan saya Qayyum, saya harap saya boleh putarkan masa dan tak buat keputusan bodoh tu kerana ianya akan menyusahkan suami saya dimasa akan datang."

"Bukan salah awak syarikat mengalami tekanan, awak juga yang tolong saya selesaikan kerja meeting itu jadi sebagai balasan atas kebaikan awak... Saya nak bawa awak dinner malam ni." Atiana ternganga saat Qayyum merancang makan malam buat mereka berdua pada malam ini, sungguh tidak dia jangkakan perkara ini.

"Date pertama kita?!" Soal Atiana teruja, Qayyum ketawa melihat nya.

"Kalau awak gembira macam ni sekali, Qisha pun mesti gembira bila saya beritahu dia nanti." Senyuman Atiana mati, hatinya terasa bagaikan sedang retak secara perlahan-lahan tika ini.

"Aqisha?" Soal Atiana inginkan kepastian, Qayyum mengangguk teruja.

"Kan Qisha ada tolong juga jadi saya nak bawa Qisha sekali, awak tak kisah kan?" Atiana menggeleng dengan senyuman yang cuba dia kuntumkan buat Qayyum, tangan nya diusap Qayyum dengan penuh lembut.

"Sekarang saya gembira sangat sebab tak lama lagi saya akan jadi ayah sama juga dengan Qisha yang bakal jadi ibu dan awak pula akan jadi ummi pada anak-anak kami.." Atiana masih tersenyum walaupun kata-kata Qayyum telah mengguris hatinya, jadi bagi Qayyum Atiana adalah orang luar yang akan menjadi ibu kedua pada anak-anak nya dan Aqisha nanti.

"Bonda!" Atiana dan Qayyum berlari keluar dari bilik setelah mendengarkan jeritan bonda yang datang dari tingkat bawah, dengan segera Qayyum menerpa kearah bonda yang tangannya terluka.

"Ya Allah bonda macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Qayyum penuh risau, tangan bonda ditilik sebelum dia cuba untuk memberhentikan pendarahan dijari bonda nya.

"Maafkan Qisha, ni salah Qisha.." Rayu Aqisha yang menangis disisi bonda, bonda laju menggelengkan kepalanya sebelum wajah manis Aqisha diusap lembut penuh kasih sayang menggunakan tangan kanannya.

"Tak sayang, ini bukan salah Qisha tapi salah perempuan tu!" Bonda menunjuk tepat kearah wajah Atiana yang berdiri dihadapan nya, Qayyum dan rakan-rakan bonda yang datang menziarahi nya berkerut hairan memandangkan Atiana berada diatas saat bonda terluka.

"Salah Tia?" Soal Atiana, bonda menjeling nya.

"Ya salah kau! Disebabkan nama kau aku luka, bukan salah Qisha tapi salah kau! Nama hodoh kau saja buat aku merasa jijik!" Tengking bonda terus, Atiana mengalirkan airmata kerana namanya dihina sedangkan nama itu adalah pemberian arwah ayahnya.

"Sri, you ni melebih-lebih pula." Tegur salah seorang daripada rakan bonda, Atiana cepat-cepat mengesat airmatanya saat bonda merenung nya tajam.

"Kau sengaja nak minta simpati, pergi dari sini." Arah bonda dingin saja, Atiana terus meminta maaf.

"Pergi!" Jerkah bonda, Atiana meminta pamit dari rakan-rakan bonda dan berlalu masuk ke dapur.

"Boleh berikan saya ruang?" Soal Atiana dengan senyuman manis nya pada pembantu rumah yang berkumpul didapur, mereka mengangguk faham dengan keadaan Atiana sebelum kesemua mereka berlalu meninggalkan dapur.

Atiana duduk diatas kerusi yang berpasangan dengan meja kabinet ditengah dapur luas itu sebelum airmatanya mengalir semula, wajah nya ditekup pada telapak tangannya sebelum tangisan nya menjadi semakin lebat. Kehadiran Amirul kedapur membuatkan tangisannya mati serta merta.

"Amirul nak makan?" Soal Atiana ramah sekali dengan senyuman manisnya, Amirul tidak mengendahkan soalan Atiana sebelum dia meneguk rakus air mineral yang disusun kemas diatas meja kabinet.

"Terseksa kan?" Soalan Amirul menarik perhatian Atiana, Amirul ketawa sinis sebelum wajah Atiana ditatap lama oleh nya.

"Kau tak kan boleh kalahkan Aqisha, dia adalah yang pertama dihati bonda ataupun Qayyum." Atiana masih tersenyum dan berpura-pura seperti dia tidak memahami kata-kata Amirul, dia tidak boleh mengalah kerana ini yang dia sentiasa inginkan.

Keluarga.

Imamku MiliknyaWhere stories live. Discover now